Nor Ain Rusli
Nor Ain Rusli

Merajuk | Kenapa Wanita Suka Merajuk?


Wanita Merajuk...
Kenapa wanita suka merajuk? Adakah memang semua wanita suka merajuk atau ada juga wanita yang memang tidak pernah merajuk langsung?! Kalau ada yang tidak pernah merajuk langsung, syabas! Memang jiwa kental.

Wanita jika merajuk ada pelbagai perangai, kadang makin dipujuk makin menjadik2 pulak rajuknya.Merajuk dan sikap kebudak-budakan memang tak dapat dielakkan.

Waima yang matang sekalipun,apabila merajuk akan jadi keanakan.sikap ini hanya terserlah apabila bersama yang tersayang sahaja.

Wanita bertuah jika mempunyai kekasih atau suami yang sangat-sangat memahami dan tidak jemu memujuk. Merajuk bukan bermaksud wanita itu menjadi kurang ajar atau jahat. Biasanya jika merajuk, perempuan akan diam sahaja dan enggan untuk bercakap. Kalau memang tidak dapat pujuk, biarkanlah dia berfikir sejenak. Bagi ruang  untuk dia habiskan rajuk tu... 

Waktu merajuk itulah sebenarnya wanita sedang menguji sejauh mana tahap kesungguhan dan tahap kesabaran si lelaki. Jika dia tidak mampu 'mengendalikan' masalah diri kita yang kecil, lepaskanlah... Takut nanti jika dia menjadi suami, dia langsung tidak mampu kendalikan masalah rumahtangga yang lebih besar dan rumit.

Love yourself first. Siapa tahu lelaki yang lebih memahami dan lebih pintar mengendalikan sikap kita akan muncul.

Jangan pernah berputus asa. Tuhan kan ada 

Take Note : Apa yang aku perasan, aku akan lebih sensitif dengan orang yang aku sayang. Alahaiiii dengan si dia bukan main baldu lagi hati aku. Silap sikit merajuk, salah sikit tarik muka. Hahaaaa padahal dengan kawan-kawan, hati aku bukan main lagi keras bak batu. Walau pun kekadang ada juga baldunya. Bak kata pepatah, aku punya manja hanya dia yang tahu. Semoga dia bertahan dan tak serik dengan perangai tak semegah aku ni :)

6 ulasan

  1. haha..lebih kurang la kita..tp mkin besar mkin penat la nk merajuk x de org pujuk..last2 pujuk hati sendiri je..hahaha

    BalasPadam
  2. hahahhahaha nak bermanja xdapat dipujuk pujuk diri sendiri la jawbnya

    BalasPadam
  3. tak boleh nak buat ape dah lumrah seorang perempuan perangai mcm tu. hehe
    tp kdg2 annoying jugak.

    BalasPadam
  4. merajuk boleh tapi jangan selalu ;)

    www.maisarahsidi.com

    BalasPadam