Nor Ain Rusli
Nor Ain Rusli

Monolog | Part 5

Alamakkkkkkk ! cuti tiga hari dah habis. Esok dah mula kelas seperti biasa. Esok dah mula traning seperti biasa. Oichhh tidakkkkkk ! aku macam tak sedia pun lagi. Macam malas nak pergi kelas. Macam malas nak turun traning.

Hurmmm.. 3 hari cuti, macam-macam benda dah aku makan. Langsung tak berpantang. Hancur terus diet/ pantang larang yang aku amalkan sejak dua tiga minggu ni. Hampeh! Cuti punya pasal, semua benda aku bedal. Meggi aku makan, ais aku kunyah.

Adoii.. esok petang traning mesti sakit sikit ni. Badan pun macam dah berat. Tiga hari cuti, memanjang makan tidur, makan tidur je dalam bilik. Hahaaa habeslah aku macam gini. Hurmmmm.. macam nak menyerah kalah pun ada.

Sebenarnya, aku pun tak tahu aku ni betul-betul nak main netball ke tidak. Tiap petang memang aku turun traning tapi entahlah.. Kekadang aku rasa macam tak berharap pun untuk ikut serta. Tapi kekadang, aku berharap jugak untuk terpilih sekali. Ishhh.. entahlah, hati macam bercampur baur. rasa nak main dan tak nak main tu macam 50-50.

Ikutkan hati, aku macam tak yakin. Tak yakin sebenarnya aku mampu main dengan baik. Almaklumlah, dah hampir dua tahun kowt aku tinggalkan dunia netball ni. Rasa macam takut pulak bila kembali main secara serius. Untuk setakat ni, kalau tak silap dah dua kali aku join dlm friendly. Friendly pertama dengan ikbn dusun tua. Time tu, mula-mula nak main memang aku gementar gila. Ingat lagi, dapat je bola dekat aku terus gabra. Hahaa kalut terus tak tahu nak passing kat siapa. Habis semua orang aku langgar. Rempuh dah macam main ragbi pulak rasa. Tapi alhamdulillah, kami menang. Untuk friendly kedua, aku join waktu friendly dengan ikbn kuala langat. Time ni memang stamina semput giler. Diaorang macam dah terror giler kowt. Kesudahannya dyorang menang dan kami kalah T_T. Untuk friendly ketiga ni, kalau tak silap aku pada minggu ni. Alhamdulillah, aku diberi kepercayaan untuk bermain sekali. Tapi entahlah, aku ni macam tak yakin je. Takut, bimbang, semua ada. Kalau tak silap aku, untuk friendy kali ni kami akan lawan dengan ilp kuala lumpur. Entahlah! aku tak pasti macam mana cara mainan diaorang. Aku tak pasti saiz badan dan kekuatan diaorang tapi aku harap kami ada peluang untuk menang dalam friendly kali ni.

InsyaAllah, kalau diberi kesempatan aku berpeluang untuk turut serta dalam sukan antara ikbn yang akan diadakan pada minggu depan. Ishhhh.. garba wehhh. takut wehh.. hohooo perasaan aku bercampur baur. Tak tahu nak cakap apa. Semoga apa saja keputusannya, itulah yang terbaik untuk aku. Kalau aku terpilih, alhamdulillah. Seandainya aku tak terpilih pun, alhamdulillah. Huhuuu,,


Niat asal aku turun bersukan dan traning netball tu sekadar untuk bersukan dan mengeluarkan peluh. Tapi tak sangka pulak aku mampu pergi hingga ke peringkat ni. Apapun, alhamdulillah. Mungkin inilah jasa dan sumbangan yang dapat aku taburkan sebelum aku keluar pergi praktikal awal tahun depan. 

Monolog | Part 4



Malam ni secara tak sengaja terdengar lagu ni. Sentap! Deep! Oichhhh pedih menusuk kalbu sebenarnya. Tetiba teringat pada kisah lama. 'Tak harus memiliki', mungkin itu perkataan yang tepat buat aku dan dia. Hurmmm ye ke? tapi rasanya tak termiliki tu disebabkan sikap dan salah aku. Entahlahhh..

Orang kata terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata dan perbuatan maka badan dan hatilah yang menerima padahnya. Ye ke? Mungkin kowt. Tapi mungkin ini lebih kepada tiada rezeki dan tiada jodoh kowt. Entahlah! Semua bersimpang siur dalam kepala. 


Cinta tak harus memiliki, cinta tak harus bersatu.. T_T
Rasanya hampir tiga tahun dah berlalu tapi kenapa masih aku kenangan kisah tu. Dia pun dah bahagia kowt dengan kesayangan dia. Huhuuu.. aku jugak yang masih sendirian. Hampeh -_-'

Malam ni macam segar pulak kenangan aku dan dia. Kenangan bercuti di Pantai Cherating. Kenangan lepak Pantai teluk Chempedak. Kenangan berdating tepi longkang depan hostel. Huhuuuu.. indah bila dikenang kembali. Tapi sedikit pedih bila terbayang diruangan mata. Hurmmmm.. 

Aku tahu aku yang salah. Aku tahu silap aku. Aku cuai. Aku kehilangan dia disebabkan kesilapan aku. Sehingga detik ni, hati aku tak pernah lupakan dia. Jujur aku akui, aku masih tak mampu temui insan yang mampu menyayangi aku seperti mana dia sayangi aku. Apa pun berlaku, aku harap dia bahagia disisi insan kesayangan dia kini. Semoga hubungan mereka bahagia sehingga Jannah. Semoga insan kesayangan dia mampu menjaga dia melebihi aku menjaga dia dulu. Hihiii

Mohd Zuhairi a.k.a Sam..
Orang tak pasti awk akan baca or tidak entri ni. Kalau nanti awk terbaca, orang just nak cakapa satu perkataan je pada awak. Maaf. Mungin awk faham apa yang dimaksudkan dengan perkataan tu. Maaf untuk segala yang dah orang lakukan pada awk. orang tahu awk sayang orang tapi orang abaikan perasaan awk dulu. Disebabkan sikap orang, orang kehilangan awk. Hurmmmm.. semuanya dah terlambat. Bila awk dah pergi dari orang, baru orang sedar yang orang sayangkan awak. Orang sayangkan awk sebab awak adalah awak. Awak yang selalu jaga orang, awak yang sentiasa nasihatkan orang, awak yang sentiasa dahulukan orang dalam setiap perkara. Orang doakan awk bahagia dengan wife awak sekarang. Orang harap suatu hari nanti, kita akan jumpa lagi. aen.


Tak harus memiliki..

Awas ! berhati-hati ketika bicara


لا تتحدث عن أموالك أمام فقير
Usah bicara tentang hartamu di depan fakir

لا تتحدث عن صحتك أمام عليل
Usah bicara tentang sihatmu d depan pesakit

لا تتحدث عن قوتك أمام ضعيف
Usah bicara tentang kuatmu di depan yg daif

لا تتحدث عن سعادتك أمام تعيس
Usah bicara tentang bahagiamu di depan yang berduka
 
لا تتحدث عن أولادك أمام عقيم
Usah bicara tentang anak anakmu di depan yang tiada anak

لا تتحدث عن والدك أمام يتيم
Usah bicara tentang orang tuamu di depan si yatim

لا تشمت بجراح الآخرين كي لايأتي يوم يشمتون بك
Usah disakiti orang lain sebegitu, agar kau tidak disakiti seumpamanya nanti

زِن كلامك في كل أمور حياتك
واجعل مراعاة شعور الآخرين جزءاً من شخصيتك
Hiasilah bicaramu dalam setiap urusan hidupmu.
Usah bicara tentang kejayaan kita, kejayaan anak anak, cucu cicit, juga tentang kelebihan & kehebatan di depan mereka yg kurang berjaya... kerana berjaya atau tidak seseorang itu adalah di atas kehendak Allah jua...



Jadikanlah sifat memelihara perasaan orang lain sebahagian sahsiahmu...
Agar tiada hati yang terluka kerana luahan rasa lidah kita yg tidak bertulang...

Sekadar renungan bersama

Monolog | Part 3

Aku berada dalam bilik, sendirian. Niat dihati, aku tidur untuk menghilangkan rasa kepenatan sepanjang hari bersukan. Tapi aku tak mampu. Masih ada tanggungjawab yang perlu aku lunaskan. Hurmm.. tapi aku tade idea nak lunaskannya. Aku pejam mata, terbayang raut wajah, mak, ayah dan adik-adik. Oichhh rindu menikam kalbu. Rasanya hampir dua bulan dah kowt aku tak balik kampung. Ye ke? Alaa lebih kuranglah kowt. Alkesahnya, bukan aku tak nak balik kampung tapi cuti panjang masih tade lagi. Sedih! Hati ni membuak-buak rindukan family tapi apakan daya, tanggungjawab perlu dijalankan dengan amanah. Terpaksa korbankan rasa rindu demi impian dan masa depan.

Alaaa bila sebut tentang family, mesti aku sensitif. Senangnya airmata nak mengalir. Bergenang dah pun, tunggu masa nak kejatuhan. Ya, aku rindu mak, ayah dan adik-adik. Hurmmm.. ikut hati, aku nak balik kampung tapi kekangan masa membataskan semuanya. Mujur telefon menjadi penghubung kami. Huhuuu.. hari-hari call, tapi rindu tetap tak hilang.

Mak thank you for who I am
Thank you for all the things I'm not
Forgive me for the words unsaid
For the times
I forgot.

Mak remember all my life
You showed me love,You sacrificed
Think of those young and early days
How I've changed
along the way.

And I know you believed
And I know you had dreams
And I'm sorry it took all this time to see
That I am where I am because of your truth
And I miss you,Yeah I miss you.

Mak forgive the times you cried
Forgive me for not making right
All of the storms I may have caused
And I've been wrong
Dry your eyes.

Mak I hope this makes you smile
I hope you're happy with my life
At peace with every choice I made
How I've changed
Along the way
'Couse I know you believed in all of my dreams
And I owe it all to you, Mak...


Take Note : Niat hati nak siapkan assmight malam ni, tapi tade idea. Huhuuu tadi pejam mata terbayang raut wajah mak, ayah dan adik-adik so rindu menerjah kalbu. Layan punya layan perasaan, akhirnya airmata kerinduan mengalir juga. Asmight langsung tak bergerak. Tangan lincah sign in blog dan meluahkan kerinduan hati dekat sini. iLOVEu mak, ayah dan adik-adik. 

InsyaAllah nanti 19/09/15 balik kampung sempena cuti mid sem dan Raya Haji.

Fitness | Hari kedua kepenatan

Hari ni merupakan hari kedua , aku dan kekawan turun fitness pagi. Untuk hari ni, rasanya tade lah seteruk pagi semalam. Aktiviti pertama masih lagi seperti semalam. Jog, pusing dari bengkel ke bengkel. Alhamdulillah, kalau semalam aku jog semput-semput, untuk pagi ni aku mampu jog non stop. Maksudnya, walaupun aku badan dah tak larat, kaki dah macam nak putus segala bagai urat tapi aku kuatkan hati. Huhuuu kalau orang lain mampu buat, kenapa tidak aku? So akhirnya aku mampu habiskan jugak. Hahaaa ! Rasa puas hati bila berjaya cabar diri sendiri.

Untuk hari ni, aktiviti kami agak kelam kabut sikit. Entahlah! mungkin sebab corch turun lambat kowt. Tak pun sebab corch tade idea nak traning kami mcm mane. Hahaaa.. Kesudahannya, aktiviti kami tade lah seberat semalam. Aktiviti lari-lari pun tade lah banyak sangat macam semalam. Hari ni rasanya lebih enjoy dan happy. Ala-ala relek santai gitu. Hihii..

Nak dijadikan cerita, pagi tadi team netball lawan dengan team bola sepak. Makkk aikkkk, agak-agak korang siapa yang menang? Pandai ke si boboy tu main games si gegurl? Hahaaa u'oll jangan pandang mereka sebelah mata tau. Games pertama, kami main campur-campur. Untuk satu team ada 4 gurl dan 3 boy. Huhuuu time nie, aku main posisi GK. Agak janggal sikitlah sebab GS yang aku terpaksa guard tu lelaki. Ishhh nak lebih-lebih kan takut terpegang sentuh bagai. Kalau tak lebih-lebihkan nanti tak dabat bola. Kesudahannya, memang GS tu memanjang sumbat goal. Sakit pulak hati aku. Tapi itulah, GS tu memang agak pandai shoot bola laa beb. Kesudahan games, team aku kalah!

Untuk games seterusnya, team boboi lawan team gugurl. Hahaa yang ni memang agak lawak! Macam-macam ragam, macam-macam kerenah yang ada. Tapi aku respect giler lah. Team boboi boleh main dengan 2 or 3 hantaran je. Dah lah dyorang puna balingan jauh-jauh beb. Terbaiklah! Sampai aku terfikir, apa kata kalau hantar team dyorang je yang bertanding netball nanti. Heheee..
Ala teror tu memanglah teror tapi team gegurl tetap menang. Agak sengit games tadi tapi kami tetap berjaya. Huhuuu..

Kesimpulannya, team boboy cakap, kami kena traning dengan lebih lagi kalau nak menang games dekat Seri Iskandar nanti. Dyorang cakap, kami main tadi banyak sangat kelemahan. Hurmm.. itu komen dan kritikan yang jujur kowt dari dyorang. Bagi aku, aku setuju dengan komen tu. Kami memang banyak lagi kelemahan. Tapi itulah, semoga setiap latihan yang kami lakukan akan membuatkan kami lebih cekap dan mahir.

Selesai fitness pukul 10:00 pagi tadi kami terus settlekan apa yang patut dan jam 10:30 pagi kami masuk kelas seperti biasa. Untuk petang ni, seperti biasa jam 5:30 petang, kami akan traning lagi. Ikutkan hati, badan memang penat. Tapi aku cuba cabar diri untuk terus bertahan dan kekal.


Fitness | Hari pertama kepenatan

Hari ni baru je masuk setengah hari. tapi aku macam dah kehilangan tenaga. Dimana punca sebenarnya tenaga aku tercicir? Oichhh bukan tercicirlah! 

Sebenarnya pagi tadi, aku dan team sukan menjalani latihan fitness. Perhhh bunyikkk macam gempakk kan. Tapi tade lah gempak mana. Semput adalah. Pukul 7:00 pagi kami berpakaian sukan lengkap berkasut. Kumpul semua team sukan (netball, badminton, takraw, bola sepak) dan kami disuruh berjoging mengelilingi setiap bengkel yang ada.

Oichhh semput, pancit semua ada. Baru jog separuh jalan, dah tercungap-cungap. Baru jon suku jalan, dah tade nafas. Gilerr lah! Nampak sangat aku dah lama tinggalkan dunia sukan. Hurmmm..

Untuk hari ni, kami diberi latihan untuk kuatkan stamina. Tapi macam aku semakin hilang stamina je. Huhuuu.. ikutkan hati nak menyerah kalah separuh jalan tapi aku cuba kuatkan semangat. Orang lain boleh buat, kenapa aku tak mampu buat, kan? So berpegang dengan persoalan tu lah, akhirnya aku berjaya redahi fitness untuk hari ni. 

Tadi masa tengah fitness, tade pulak aku rasa sakit-sakit. Penat tu memanglah ada tapi tak lah ketara mana. Hurmmmm.. tapikan, lepas je habis fitness tu tadi, Segala bagai rasa yang aku alami. Sakit kepalalah, sakit kakilah, badan sengal-sengallah, mengantuklah. Alahaiii manja sunggu gamaknya badan aku ni. Itulah, dah lama sangat membela lemak, kang dah susah nak buang lemak. Huhuuu..

Hari ni, fitness hari pertama. Bermula jam 7:00 pagi habis jam 10:00 pagi. Pada jam 10:30 pagi, kami akan masuk kelas seperti biasa. Dan pada petangnya pula, jam 5:30 petang, kami akan traning seperti biasa. Itulah jadual kami untuk minggu ni. Bermula minggu hadapan pula, dengar kata kami akan fitness dari pagi sampai ke petang. Jadi, dalam erti kata lain kami dikecualikan menghadiri kelas. Oichhhh penat wehhh.. Nie  dah macam nak jadi atlet negara woiii.. huhuuu..
 
 
Semoga aku mampu hadapi hari ni, esok, lusa dan seterusnya dengan semangat yang semakin tinggi. 

Cerpen | Bodohkan aku melepaskan dia

Aku kenal dengan dia melalui seorang kenalan. Nak disenangkan cerita, dia merupakan salah seorang kawan kepada ex aku. Sepanjang aku bersama dengan ex aku tu, aku tak pernah tahu pun kewujudan dia.*nampak tak setianya aku. tak pandang orang lain pun*. Setiap kali aku dan ex keluar, dia tak pernah pun join sekali. Setiap kali aku ikut ex pergi main futsal or badminton dengan kawan-kawan, aku tak pernah perasan kehadiran dia. Huhuu entah mana dia menyorok.

Hampir dua tahun aku bersama ex, akhirnya kami putus. Entah, tak pasti siapa yang salah sebenarnya. Semuanya seakan mimpi. Katanya, aku yang salah. Aku curang. Tapi bila difikirkan balik, bila masanya aku curang. Dengan siapa lagi yang aku keluar, kalau tidak dengan dia dan kawan-kawan. Dengan siapa lagi yang aku selalu text kalau bukan dengan dia. Entahlah! Orang kata bila seseorang tu dah tak sayangkan kita atau dah ada orang lain, pasti akan dicari berjuta alasan untuk putus. Biarlah dia, aku malas nak ambil peduli. Bukan tak sayang perhubungan kami yang dah hampir dua tahun tu, tapi hati aku sakit. Sakit bila dituduh macam-macam sedangkan aku tak buat  pun semua tu.

Satu hari, dia ws aku. No aku tak kenal so aku ignore kan aje. Hampir seminggu jugaklah, setiap pagi dia say morning, tengah hari ingatkan aku tentang lunch dan malam, dia tak pernah lupa say good night. Aku baca ws yang dia hantar tapi tak tergerak hati untuk reply. Entah! Maybe aku dah malas ambil port kowt. lebih kurang dua minggu lepas tu, aku tersilap call ni. Niat hati nak call kawan sekali tercall dia. Dahlah tak bagi salam. Dia angkat aje call terus aku cakap 'weh ka katne beb. Tolong ambil aku ples, class cancle lah. Bus mcm lambat je. Tolong erk.. syg kau beb!". Ambekaw!
"Ok awak nanti saya ambil awak. Awak katne ni?", sekali aku dengar ayat tu keluar dari mulut dia. terus aku pandang skrin telefon. Ya Allah, aku tersilap dail number lol. Mampus! malu tak terkata, terus aku matikan talian. Lepas kejadian tu, kami terus jadi kawan.

Hampir setahun kami berkawan. Dengan dia, aku tak pernah cover sikap kasar aku. Dia pun macam selesa dengan aku. Dia pun banyak tolong aku. Biasalah, aku kan student yang perantau. Huhuuu memanglah bawak transport sendiri pergi kolej tapi kadang-kadang tu bila transport aku buat hal, dialah penyelamatnya. Mengenali dia, banyak mengajar aku tentang kehidupan. Dia banyak bersusah dengan aku. Pernah suatu ketika dia sanggup korbankan masa tidur dia semata-mata temankan aku pergi klinik. Hurmmm.. baiknya hati dia. Tapi aku yang tersilap langkah. Aku sering sakiti hati dia dalam aku sedar dan tidak.

Dia selalu bawak aku pergi pantai. Sebab dia tahu aku sukakan pantai. Dia selalu belikan aku Mc Flury Orea sebab dia tahu itu kesukaan aku. Dia selalu ajak aku pergi tengok driff kereta sebab dia tahu aku sukakan aktivitu tu. Dia tahu semua tentang aku. Entah! aku pun tak pasti mana dia tahu. Dan dia juga selalu bercerita tentang impian dia pada aku. Katanya dia nak hidup dengan aku. Dia nak aku selalu disisi dia. Dia nak ada susah dan senang dengan aku. Semua benda yang kita lakukan sering kali dia dahulukan aku. Tapi aku? Entahlah!

Hingga satu hari, aku kenal dengan seseorang, Mr.Y. Sejak kenal Mr.Y, aku jarang ada masa dengan dia. Setiap kali dia ajak keluar, macam-macam alasan aku cipta. Setiap kali dia ajak jumpa macam-macam cara yang aku fikir untuk elakkan. Massage? hurmmm.. berkeping-keping dia massage aku, hanya sekeping dua aku reply. Kejamnya aku! Tak lama lepas tu aku diamkan diri. Hampir 6bulan aku bersikap macam tu tapi dia tak pernah jemu contact aku macam selalu. Akhirnya dia pun menyepi. Tiada lagi call, tiada lagi massage, Aku? langusng aku tak massage or call dia bertanya khabar. Pedulikan dia!

Hampir 3 bulan lepas tu, aku tergerak hati nak contact dia. Alhamdulillah, dia masih guna no yang sama. Dia reply massage aku seperti biasa. Aku ada call dia, dia angkat dan cakap macam biasa. Aku ajak dia jumpa dan dia setuju. Aku ingat lagi, malam tulah penetuan segalanya. Pantai menjadi saksi airmata kesesalan aku. Hurmmm.. aku menyesal tapi semua tu  dah terlambat...

Malam tu aku mintak maaf dengan dia. Aku cakap, aku tahu selama ni aku abaikan dia. Aku jauhkan diri dari dia tanpa sebab. Aku buat dia tertunggu-tunggukan aku. Aku banyak sakitakn hati dia padahal aku tahu dia sayangkan aku. Dia anggap aku lebih dari seorang kawan. Aku tahu semua tu tapi aku butakan mata, pekakkan telinga. Dia hanya tersenyum mendengar penjelasan aku. Dia tanya, mana aku hilang. Hurmmm aku cerita kepada dia sejujurnya. Dia hanya senyum. Reaksi muka langsung tak nampak tanda marah, sedih pun tak ada.

Aku tanya dia, dia masih sayangkan aku ke tak. Dia angguk. Aku tanya dia dia serius sayangkan aku ke tak. Dia angguk. lepas tu dia cakap sayang dia pada aku dah tiada guna. Semuanya dah berlalu. Dia tengah cuba lupakan sayang dia pada aku. Aku hanya mampu terdiam saat tu. Katanya, semuanya dah terlambat. Aku datang terlalu lambat. Selama ni dia diam sebab dia tunggu aku datang mencari dia. Hurmmm... katanya dia dah nak kahwin dengan pilihan family dia. Aku senyum, aku tahu dia bergurau sebab dia memang jenis yang suka bergurau. Tapi muka dia time tu serius. Katanya lagi, dia akan kahwin dalam masa terdekat. Bakal isteri dia tu pilihan family. Satu kampung dengan dia. Aku tanya dia, taknak jemput aku sekali ke. Katanya, taknak. Sebab dia tak sampai hati melihat aku di majlis dia nanti. Dia takut dia tak kuat. Hurmmm entahlah... Saat tu aku tak mampu tutur apa-apa. tapi hati ni terasa sakitnya. Seolah-ola aku kehilangan dia.

Sejak hari tu, aku terus sepikan diri. Bagi aku biarlah dia bahagia. Mungkin dia bukan milik aku. Hurmmm... sebulan lepas tu, aku log in facebook. Prakkkkkk! aku ternampak nama dia. Tangan gatal giler nak stalk. Perhhhhh! mula-mala sekali aku nampak gambar dia berbaju melayu purple. Hati aku berdebar. Aku buka album dia. Aku tengok satu persatu. Hati aku hancur. Airmata aku laju kejatuhan. Ya, dia dah kahwin. Dia tak tipu aku. Dia betul-betul dah kahwin. Aku dah kehilangan dia. Aku yang bodoh lepas kan dia. Hurmmm..



Take note : Aku dalam story diatas merupakan salah seorang kawan Ms. kejupenyet. Cerita ini diolah setelah mendengar cerita yang beliau ceritakan kepada Ms. Kejupenyet.

Monolog aku | Dia Part 1

Aku selalu perhatikan dia. Aku tak pasti dia perasan sedar ke tidak yang aku perhatikan dia. Aku suka perhatikan gelagat dia. Dia kuat tidur. Dia selalu smoking. Dia seakan berdikari. Dalam erti kata lain, sorang-sorang pun mampu hiduplah. Dalam kelas, aku selalu tengok dia sorang-sorang. Telefon selalu melekat di tangan. Taip masej dua tiga keping lepas tu senyum sorang-sorang. Entah! Aku pun tak pasti dia masej siapa. Buah hati, mungkin?. Tapi setahu aku dia tade buah hati. Dialah yang bagitahu aku dulu.

Aku suka tengok dia senyum. Tapi susah dia nak tersenyum. Dia pun jarang bercakap dalam kelas. Mungkin simpan suara kowt. Tak pun pemalu. Oichhh haprakkkk lah! Tade nya nak pemalu bagai. Dia selalu jugak kenekan aku dalam kelas. Huhuu aku selesa kawan dengan dia. Dia jenis tak banyak kerenah. Best student dalam kelas tu. Bab-bab pengiraan dia memang terror. Bab-bab membaca lagilah error. Boleh dikatakan, dialah budak bijak dalam kelas. Tapi dia jenis low profile. Simple dan stedy je. Tak gopoh, tak kecoh macam orang lain.






Cerpen | Aku Lelaki Ego

Dia terlalu sayangkan aku. Itu yang aku sangat pasti. Atas sebab itu aku rasa terlalu selesa kerana aku yakin dia tak kan meninggalkan aku. Dia sanggup mengetepikan kepentingan diri sebab nak menjaga hati aku. Sering aku biarkan dia memujuk dirinya sendiri bila dia merajuk. Buat apa aku nak pening-pening pujuk dia kalau dia sendiri akan kembali pada aku dan meminta maaf atas keterlanjuran sikapnya sendiri. Sebarang perselisihan, dia yang akan mengalah dan dia akan menyalahkan dirinya sendiri walaupun jelas memang salah aku.

Dia wanita yang rela berkorban apa sahaja kecuali satu, dia tak mahu dirinya disentuh sebelum kami memiliki ikatan yang sah. Dan atas sebab yang satu itu aku rasa dia perempuan yang membosankan. Nak pimpin tangan pun tak boleh. Apatah lagi nak peluk. Ada pun bergesel bahu itu pun sebab aku yang sengaja. Sampai satu tahap aku rasa dia sangat membosankan. Aku cemburu tengok kawan-kawan aku boleh pegang tangan awek diorang. Tapi aku? Bila aku cakap macam tu, dia cuma senyum dan cakap pada aku, "Belum tentu perempuan yang sentuh boyfriend dia tu sayang boyfriend dia lebih dari saya sayang awak... Belum tentu perempuan tu ada masa susah senang boyfriend dia macam saya ada untuk awak..." Yang nyata, aku langsung tak setuju jawapan dia tu. Aku tengok pasangan lain bahagia, sudah tentu girlfriend kawan-kawan aku sayangkan mereka sebab girlfriend masing-masing membelai kawan-kawan aku dengan penuh kasih sayang. Tapi aku? Jangan harap. Balik-balik jawapan yang sama. Tunggu lepas kahwin. Aku bosan tahu tak! Sampai satu masa aku dah tak tahan lagi.

Aku minta kami berpisah. Aku nampak air matanya berlinang tapi sikit pun aku tak rasa kasihan. "Mungkin kita tak ada jodoh. Awak lelaki yang baik. Awak berhak dapat perempuan yang lebih baik. Saya nak awak janji dengan saya satu benda, untuk kali terakhir. Satu hari nanti bila awak jatuh cinta dan awak betul-betul sayangkan dia, hargai perempuan tu. Mudah-mudahan perempuan tu akan sayang awak, terima awak seadanya, hormati awak sebagai lelaki dan yang paling penting bahagiakan awak. Saya akan bahagia tengok awak bahagia,"tu kata-kata terakhir dia untuk aku. Dia senyum walaupun air mata berlinang. Argh! Tak habis-habis nak tunjuk mulia.

Bosanlah dengan perempuan macam ni. Malas aku menghadap dia lama-lama. Cepat-cepat aku nak blah dari situ. Tiba-tiba ada bunyi hon dan sedar-sedar aku sudah tersungkur di seberang jalan. Satu dentuman yang kuat bergema dan aku lihat dia terbaring di hadapan sebuah kereta. Dia selamatkan aku! Lelaki yang dah menyakitinya! Darah membuak-buak keluar dari kepalanya. Ambulans datang dan membawa aku dan dia pergi. Di hospital keadaan kelam kabut. Dia perlu dibedah segera kerana kecederaan teruk di kepala. Ramai kawan-kawan dan keluarganya turut ada sama. Aku tengok seorang wanita yang hampir sebaya ibuku menangis. Mungkin ibu dia. Mengalirnya air mata seorang ibu kerana aku. Rasa bersalah menimpa aku. Aku dah sakiti dia tapi dia rela berkorban nyawa untuk aku. Aku berdoa semoga dia selamat. Semoga aku sempat meminta maaf. Semoga masih ada ruang dalam hati dia untuk aku. Dia sangat baik. Aku tak mahu kehilangan dia. Dia ikhlas sayangkan aku. Selepas beberapa jam pembedahan selesai. Dia berada di dalam ICU.

Dia koma, tapi doktor kata dia masih mampu mendengar. Tiba-tiba seorang kawannya menghampiri aku. Kawannya menghulurkan sesuatu. "Aku rasa benda ni dia nak bagi pada kau," hanya itu yang gadis itu ucapkan pada aku. Kawannya terus berlalu selepas itu. Pandangan kawannya pada aku penuh benci. Tahukan kawan dia tentang kejadian sebenar? Yang nyata aku tak pernah mahu berbaik dengan kawan-kawan dia. Pernah juga dia bersuara tentang hal itu tapi aku sekadar buat tak tahu. Pulang sahaja aku buka bungkusan itu. Pasti hadiah untuk hari lahirku. Hari lahirku dua minggu lagi. Balutan kertas itu aku buka dan di dalamnya ada botol kaca berbentuk hati. Di dalam botol itu penuh dengan origami berbentuk bintang. Ada kad kecil berwarna biru kegemaranku. Aku sebak membaca bait-bait dalam kad itu.

"Dalam origami bintang ni ada kata-kata saya untuk awak. Awak buka setiap hari SATU sahaja. Mungkin saya tak dapat nak hubungi awak setiap hari sebab kesibukan kerja. Tapi, bila awak baca setiap hari, anggaplah setiap hari saya berhubung dengan awak. Saya nak awak tahu setiap masa awak ada dalam hati saya. Happy Birthday sayang..."

Aku buka botol kaca berbentuk hati itu dan aku ambil satu bintang. Aku buka origami itu dan di dalamnya tertulis,"Love is like a poisonous mushroom. You don't know if it is the real thing until it is too late.."Aku tersenyum sendiri. Aku buka lagi bintang yang seterusnya.

Walaupun dia meletakkan syarat satu hari cuma satu. Di dalam semua origami itu penuh kata-kata semangatnya untuk aku dan suara cintanya yang ikhlas. Demi Allah, sepanjang aku bergelar lelaki dewasa, inilah pertama kali aku menangis semahunya. Air mata aku tak berhenti mengalir sepanjang membaca kata-kata dalam origami itu sehingga habis semuanya aku baca. Aku telah menyakiti seorang wanita yang luhur. Aku melawatnya di hospital. Walaupun mukanya penuh calar, bibirnya pucat dan kepalanya berbalut, dia tetap cantik di mata aku. Dia bukanlah wanita yang memerlukan make up tebal kerana dia memiliki kecantikan asli. Atas sebab itu aku menghalangnya terlalu rapat dengan mana-mana lelaki kerana gusar jika ada yang tertarik. Dia sekadar menurut. Demi menjaga hati aku.

Aku capai tangannya yang berselirat dengan pelbagai wayar yang aku pun tak tahu. Sejuk tapi betapa lembutnya tangannya. Pertama kali aku menyentuhnya. Aku bisikkan ketelinganya,"Sayang..saya datang... Cepatlah sedar. Saya rindukan awak. Saya banyak bersalah pada awak. Saya minta maaf,"pertama kali aku minta maaf darinya. Tiba-tiba denyutan nadinya jadi tidak menentu. Aku panic.

"Hei, apa yang kau dah buat pada dia? Tak cukup kau sakiti kawan aku?" jerkahan kawannya mengejutkan aku. Doktor dan beberapa jururawat bergegas masuk dan aku diminta keluar. Setiap hari aku berdoa supaya dia cepat sembuh, cepat sedar. Aku gusar sekiranya Allah mengambil nyawanya. Bukan aku tidak redha dengan ketentuan, aku sedar aku masih perlukan dia. Aku sayangkan dia. Genap dua minggu, aku mendapat berita dia sudah sedar. Aku bersyukur.

Inilah hadiah hari lahir yang paling bermakna untuk aku. Dia juga sudah dipindahkan ke wad biasa. Aku mahu melawat dia. Aku rindu senyuman dia. Aku mendapat panggilan telefon yang meminta aku mengambil tempahan. Namun kerana terlalu gelojoh, aku terlanggar botol kaca bentuk hati pemberian dia. Ah, semuanya akan aku uruskan nanti. Aku biarkan serpihan kaca bertaburan di lantai. Tak sangka dia menempah kek khas untuk aku. Dia atas kek itu tertera bahagian belakang jersi pasukan bola sepak kegemaranku, Arsenal berserta namaku dan nombor kegemaranku.

Aku senyum sendiri. Bahagianya aku. "Abang bertuah. Girlfriend abang cakap dia tak tahu apa-apa fasal bola. Dia cuma tahu pasukan apa yang abang minat dan nombor yang abang suka. Sebab tu dia tempah kek ni khas untuk abang dan minta abang ambil sebab dia nak buat surprise. Dia cakap dia nak makan kek ni dengan abang. Kakak tu cantik, baik pulak tu. Abang kirim salam pada akak ya?
Abang jaga akak tu elok-elok," ramah gadis yang bekerja sebagai juruwang di kedai itu memberitahuku. Aku senyum sepanjang jalan ke hospital. Sampai di hospital aku lihat dia sedang duduk di atas katil. Tiada sesiapa bersamanya. Dia sekadar termenung. Aku senyum padanya. Dia seakan terkejut melihat aku datang. Aku terfikir juga, boleh ke orang sakit makan kek? Tapi kan dia nak makan kek ni dengan aku.

"Sayang.. terima kasih kek ni. Saya happy sangat awak dah sedar. Adik cashier kedai tu kirim salam pada awak. Dia cakap awak nak makan kek ni dengan saya. Saya suapkan ya?" aku suakan sudu pada dia. Tapi sesuatu yang aku tak pernah duga, dia tepis tangan aku sampai sudu terpelanting ke lantai. Dia tak pernah kasar dengan aku. Dia selalu melayan aku dengan lembut. Aku pernah cuba pegang tangan dia pun dia tolak dengan baik. Mungkin dia terlalu terluka dengan aku.

"Baliklah. Saya makin sakit tengok awak. Bawak balik kek tu sekali. Saya tak nak tengok apa-apa berkaitan awak lagi," pantas dia menarik selimut menutup muka. Aku terkedu sendiri. Dia tak mahu pandang aku lagi. Hati dia dah tertutup untuk aku. Dia tak pernah macam ni. Selang beberapa hari, aku datang lagi tapi katil dia sudah kosong. Aku risau jika apa-apa yang buruk berlaku padanya. Dari jururawat aku tahu dia sudah dibenarkan pulang kerana keadaanya sudah stabil. Tapi yang mebuatkan jantung aku hampir gugur bila jururawat itu memberitahu dia masih menjalani rawatan susulan dan terapi kerana dia lumpuh.

Dia lumpuh kerana aku! Itu semua tiga tahun yang lalu. Sejak kejadian tu aku tak pernah jumpa dia lagi. Tahu apa-apa khabar berita pun tidak kerana aku memang tak pernah nak berbaik dengan kawan-kawannya. Walaupun sudah tiga tahun tapi aku masih merinduinya. Aku tak jumpa wanita yang mampu menyayangi aku lebih dari dia.

Ah, panjangnya menung aku sampai nasi di hadapan mata sudah hampir dingin. Baru aku hendak menyuap makanan ke dalam mulut, mataku terpaku pada satu wajah yang duduk selang beberapa meja dari aku. Dia? Aku pasti tu dia. Senyum dia masih sama. Tapi keadaan tidak lagi serupa. Dia sedang makan bersama lelaki lain. Sesekali aku lihat dia mengusap perutnya. Dia mengandung. Maknanya dia sudah kahwin. Dan aku lihat lelaki yang juga makan di sebelahnya mengusap-usap tangan dia. Pasti itu suaminya. Dan aku sedar aku tak setanding suaminya sebab lelaki itu kelihatan lebih serba-serbi dari aku. Air mataku rasa ingin mengalir. Senyuman mahal milik dia yang dulu cuma untuk aku kini khas buat lelaki lain.

Suaminya lelaki bertuah. Itu aku tak nafikan. Cuma suaminya yang dapat menyentuhnya. Cuma suaminya yang dapat melihat apa yang terlindung. Dan aku sangat pasti, cuma suaminya yang mendapat takhta paling agung dalam hatinya yang suci. Dia seperti botol kaca berbentuk hati yang pernah diberikan padaku dulu. Botol itu sudah pecah, namun aku sudah ganti dengan yang baru. Yang sama tapi tak serupa. Botol yang lama dipilih oleh dia dan yang baru dipilih oleh aku. Walapun aku masih menyimpan serpihan kaca botol itu, bentuknya tak lagi sama macam dulu. Dan sangat mustahil untuk kembali seperti dulu.

Pesanan buat semua lelaki, hargailah wanita yang menyayangi kamu. Jangan jadi macam aku. Matanya sangat cantik tapi aku selalu biarkan dia mengalirkan air mata dengan perbuatanku. Hidungnya yang kecil dan comel selalu aku sesakkan dengan asap rokokku walaupun aku tahu dia tak suka dan asap rokok boleh buat dia sakit kepala. Bibirnya sangat indah tapi aku selalu biarkan bibir itu tersenyum paksa kerana mengalah dengan setiap kemahuanku. Telinganya aku tak pernah nampak, terlindung, tapi telinga itu sering aku biarkan menerima segala marahku. Hatinya sangat lembut, dan aku selalu toreh dengan belati tajam dan aku biarkan dia merawat sendiri luka itu. Akhirnya, aku hanyalah lelaki ego yang tak memiliki apa-apa kerana dia sudah dimiliki orang lain.





Take Note : Aku dalam cerpen diatas ialah salah seprang kawan baik Ms. Kejupenyet. Cerita ni merupakan sebahagian dari kisah hidupnya yang pernah diceritakan kepada Ms. Kejupenyet. Ingat lagi, first time dengar dia bercerita dulu, Ms. Kejupenyet tumpang menangis sama. Sepanjang kami berkawan, itulah kami pertama Ms. Kejupenyet melihat airmata lelakinya. Mungkin diantara mereka tiada jodoh. Apapun Ms. Kejupenyet doakan mereka bahagia dengan pasangan masing-masing kini dan selamanya. Semoga mereka mampu menjadi kawan kembali walaupun bukan lagi bercinta.

Hargailah insan yang menyayangi kita, sanggup bersusah payah dengan kita

Sabtu cuti ganti | Tinggalkan link anda untuk diblogwalking

Assalamualaikum..

Hari ni hari sabtu. Selalunya hari sabtu, aku akan bermalas-malasan atas katil je. Tapi untuk hari ni, aku terpaksa pergi kelas. *terpaksaaaaa*. Ini kerana hari ni, merupakan hari ganti cuti raya aidilfitri baru-baru ni.

Oichhhh mengantukkkk. Ikutkan hati, nak ponteng je, tapi rasa macam sayang pulak nak tinggalkan kelas. Hari ni, pergi kelas mengikut jadual hari jumaat. Jadinya, untuk hari ni, aku ada subjek JomStreet. Giler kau! Kalau aku tak datang kelas memang habislah! Hancur terus segala bagai tugasan aku nanti.

Biasalah, dah namapun student kan. Jadi tak salah kalau korangkan sedikit masa demi kelas. Hohooooo bersusah-susah dahulu, insyaAllah nanti dah habis belajar bolehlah menikmati kesenangan hidup. Cewahhhh gitu!

Oklah, aku pun tak nak merungut panjang lebar. Huhuuu kalau ikutkan hati ni banyak yang nak di luahkan kat sini. Tapi mungkin belum masanya lagi kowt.


Tinggalkan link anda. Nanti akan diblogwalking


Kenapa Si Mati Lebih Memilih Untuk Bersedekah Seandainya Dikembalikan Ke Dunia?

Sebagaimana firman Allah,

"...wahai Tuhanku, alangkah baiknya Engkau lambatkan kedatangan ajalku ke suatu masa yg sedikit saja lagi, supaya aku dpt bersedekah....." -(Surah Munafiqun : Ayat 10)

Sedangkan dia tidak pun berkata "supaya aku dapat mengerjakan umrah" atau "supaya aku dpt solat" atau "supaya aku dpt berpuasa"?

Latihlah anak-anakmu supaya membiasakan diri dgn bersedekah.

"Kalaulah org yg bersedekah itu mengetahui dgn sebenarnya dan dpt menggambarkan bhw sedekah itu diletakkan dalam 'tangan Allah' sebelum ia ke tangan orang faqir, nescaya kelazatan orang yang memberi lebih terasa besar drp kelazatan si penerima." - Ibnu Qayyim.

1) amalan sedekah itu adalah salah satu pintu daripada pintu2 syurga
2) sedekah adalah sebaik2 amalan soleh dan sebaik2 sedekah ialah memberi makan
3) pahala sedekah akan menaungi pemiliknya pada hari kiamat dan melepaskannya dari azab neraka
4) sedekah dapat memadam kemurkaan Allah dan kepanasan kubur
5) sedekah adalah sebaik2 hadiah buat si mati, yang paling bermanfaat untuknya di kubur dan yang ditambah oleh Allah akan rezeki (kerana bersedekah)
6) sedekah adalah satu penyucian harta dan jiwa dpt menggandakan kebaikan.
7) sedekah adalah punca kegembiraan si pemberi dan punca wajahnya bercahaya di hari kiamat
8) sedekah menjadi pengaman dari ketakutan pada hari huru hara besar dan hari yang tiada kesedihan kerana hilang nya sesuatu drpnya (hari kiamat)
9) sedekah menjadi punca keampunan terhadap dosa dan penghapusan daripada kejahatan
10) sebagai pembawa berita gembira tentang pengakhiran yg baik dan punca doa malaikat buatnya
11) orang yg bersedekah adalah org yg terbaik di kalangan manusia. Pahala sedekah pula adalah utk semua yg berkongsi tentang sedekah itu (bukan hanya utk si pemberi)
12) pemberi sedekah dijanjikan kebaikan yg banyak dan pahala yg besar
13) org yg suka menginfaq adalah salah satu sifat orang yg bertaqwa. Dan sedekah menjadi punca lahirnya kasih sayang hamba Allah kepada si pemberi.
14) sedekah tanda dermawan dan salah satu tanda kemuliaan dan kemurahan hati
15) Bersedekah memustajabkan doa dan merungkaikan segala kesulitan.
16) bersedekah menolak bala dan menutup 70 kejahatan di dunia.
17) sedekah memanjangkan umur, menambah rezeki, menjadi punca rezeki dan kemenangan
18) sedekah menjadi ubat, penawar dan penyembuh
19) sedekah menghalang kebakaran, tenggelam akibat banjir dan kecurian
20) pahala sedekah adalah tetap (tidak berbeza-beza) walaupun diberikan kepada haiwan ternakan atau burung2.



Dengan bersedekah, adalah salah satu cara untuk kita mengumpul saham untuk akhirat kelak

Tazkirah pagi khamis | Wanita terhebat

Wanita adalah ciptaan terhebat. Andai di syurga ada bidadari sebagai penyinar maka di dunia ada wanita solehah sebagai perhiasan duniawi. Sehingga ada yang mengatakan andai mereka tidak wujud, sepilah dunia ini. Jika itu hakikatnya, tidak berbanggakah kita dicipta sebagai wanita?

Ya… daripada kitalah lahirnya seorang bijaksana dan daripada kita juga wujud seorang Rasul pemimpin dunia! Maka, benarlah sabda Nabi, wanita itu lebih baik daripada bidadari syurga.

Fitrahnya… kita sebagai wanita tidak akan sepi dengan cubaan. Semakin menjauh semakin pula ia mendekat. Andai demikian, bangunlah segera. Carilah punca dan berusahalah memurnikannya sebelum ia membakar diri.

Ingatlah… wanita hebat ialah apabila seluruh hatinya diserahkan kepada si Pemilik, bukan hanya meratapi takdir yang tertulis. Teruslah menjadi insan terhebat yang dapat menggoncang dunia, menggenggam bara walau diuji bertubi-tubi.



Take Note : Kiriman Kasih Sayang diatas dikongsikan oleh salah seorang saudara Ms. Kejupenyet dalam group ws family. Ms. Kejupenyet terpanggil untuk kongsikannya di sini. Semoga ada imlu dan pengajaran yang bermanfaat dapat kita ambil dari kiriman kasih sayang diatas.

Sentiasa ingat Allah, utamakan solat, ingat keluarga, utamakan keluarga. InsyaAllah segala uruan kita dipermudahkan oleh Allah.

Tazkirah Pagi Rabu | KEKUATAN DOA IFTHIROSH


Ketika duduk iftirosh , iaitu duduk diantara dua sujud ada do’a yang amat dahsyat. Sayang banyak umat islam yang tidak mengerti do’a ini dan membacanya dengan tergesa gesa dan kecepatan tinggi, tanpa memahami maknanya sedangkan ayat ini diturunkan setiap barisnya ada hadis nya maka kita kenalah wajib membaca dengan penuh khusyuk dan fahami maknanya janganlah bersolat hanya menjalankan rutin kehidupan sahaja dan akhirnya umpama buih dilaut sahaja dan paling ditakuti kita digolongkan dikalangan orang-orang islam yang munafiq, nauzubillah minzaliq, sepatutnya hari ini lebih baik dari semalam dan esok lebih baik dari hari ini...Insyaallah dan dengan sedikit ilmu ini kita kongsikanlah bersama agar ianya banyak manfaatnya.

Kenapa Doa IFTIROSH ini sama banyaknya dengan bacaan Al-Fatihah (17 kali) dibaca di dalam solat kerana Allah mengkehendaki ianya tertanam di sanubari umatnya agar sentiasa meminta dari Allah dan Allah akan memakbulkannya, Insyaallah tapi hendaklah dibaca dengan penuh khusyuk dan tawaduq dan fahami maknanya...ini tidak seperti yang diharapkan, Wallahualam. Renung-renungkanlah:-

Robbighfirli….ya Allah ampuni aku,
Warhamni….rahmati aku,
wajjburni….tutupi semua keburukanku,
warfa’ni….angkat darjatku,
warzukni….beri aku rezeki,
wahdini…beri aku hidayah dan petunjuk,
wa’afini…beri aku kesehatan,
wa’fu anni….ma’afkan aku.

Jika do’a tersebut dibaca dengan sungguh sungguh dan khusuk, pasti Allah mengabulkannya. Apa lagi do’a tersebut dibaca 17 kali sehari semalam, Allah tidak pernah menolak do’a hambaNya yang dipanjatkan dengan sungguh-sungguh dan sepenuh hati. Manfaat do’a tersebut antara lain sebagai berikut:

Robbighfirli (ya Allah ampuni semua dosaku)
Jika do’a ini dibaca dengan sungguh sungguh dan ikhlas niscaya Allah akan mengampuni dosa kita yang telah lampau dan yang akan datang. Dengan pengertian pada masa mendatang Allah akan memelihara kita untuk tidak melakukan dosa besar dalam kehidupan kita didunia dan akhirat. Hati yang sudah bersih dari dosa akan bersinar dan mudah menerima hidayah serta petunjuk Allah. Ia akan mendapat bimbingan dalam mengambil keputusan dan melangkah. Sehingga selalu mendapat kemenangan dan keberhasilan dalam hidupnya.

Hati yang kotor tertutup dosa menjadi hitam gelap dan susah menerima hidayah dan bimbingan Allah. Hati yang hitam dan gelap cenderung mengikuti bisikan syaitan yang membawanya memperturutkan hawa nafsu dan mengambil keputusan yang keliru . Berbagai keputusan yang salah dan keliru membawanya pada kehidupan yang porak poranda penuh kesulitan dan penderitaan. Ia akan mengalami kesengsaraan hidup didunia maupun diakhirat.

Warhamni (Rahmati aku)
Orang yang membaca do’a ini dengan khusuk dan sungguh sungguh akan dibukakan Allah baginya pintu rahmat dari langit dan bumi. Ia akan mendapat Rahmat dan kasih sayang Allah dari segala penjuru. Di jamin hidupnya akan sejahtera berkecukupan . Tidak ditimpa kemelaratan dan kehinaan dimanapun ia berada. Dijauhkan dari kesedihan, duka cita, stres dan tertekan. Hidup bahagia dan sejahtera sepanjang waktu didunia maupun akhirat.

Wajburni (Tutupi segala aib dan keburukanku)
Orang yang membaca do’a ini dengan khusyuk dan sungguh sungguh niscaya akan ditutupi Allah segala aib , keburukan dan kekuarangannya. Pepatah mengatakan “ tidak ada gading yang tak retak “, demikian pula kita sebagai manusia tentu banyak punya kelemahan dan keburukan. Kita takut jika aib, dan kelemahan kita diketahui orang banyak. Insya Allah Dia akan menutupi semua kelemahan dan kekuarangan kita dari orang banyak. Orang tidak tahu dengan kelemahan dan keburukan kita, orang hanya melihat sisi baik dari kehidupan kita. Sehingga kita dapat meraih kejayaan demi kejayaan dalam kehidupan ini.

Sungguh celaka orang yang dibukakan aibnya dihadapan orang banyak. Tidak ada gading yang tidak retak, setiap kita tentu punya kelemahan dan kekurangan, Insya Allah dengan kekuatan do’a ini Allah akan menutupi semua aib dan kekurangan kita.

Warfa’ni ( Angkat darjatku)
Orang yang membaca do’a ini dengan khusyuk dan sungguh sungguh niscaya akan d
iangkat derajatnya oleh Allah , dijauhkan dari kehinaan , penindasan, kemelaratan dan lain sebagainya. Dengan berkah do’a ini umat Islam tidak akan menjadi umat yang lemah, dizalimi, tertindas , dicurangi dan difitnah. Umat Islam akan menjadi umat yang kuat , disegani, dihormati oleh lawan dan kawan. Seseorang yang membaca do’a ini dengan khyusuk dan tawaduq serta bersungguh sungguh akan mendapat kemuliaan hidup didunia dan akhirat. Dia tidak akan menjadi orang yang susah, sengsara, hina , papa, miskin, tertindas, dizalimi, hidup serba kekurangan dan sebagainya. Ia akan menjadi orang yang dihormati dan disegani dimanapun ia berada.

Warzukni ( Beri aku rezeki)
Orang yang membaca do’a ini dengan khusyuk dan sungguh sungguh akan dijauhkan dari kemiskinan dan kepapaan . Ia akan hidup berkelimpahan dan dicukupkan semua hajat dan keperluannya. Allah akan mendatangkan rezeki baginya dari langit , bumi dan seluruh penjuru yang diberkahi. Apa saja bidang usaha yang diceburi akan mendatangkan rezeki berlimpah baginya.

Wahdini (Beri aku hidayah dan petunjuk)
Orang yang membaca do’a ini dengan khusyuk dan sungguh sungguh akan selalu mendapat bimbingan dan petunjuk dalam menjalani hidupnya. Baginya tidak ada masalah yang tidak dapat diselesaikan. Apapun masalah yang menghalang, Insyaallah dapat diselesaikannya dengan baik. Baginya tidak ada istilah putus asa. Ia tidak pernah mengalami kebingungan, kebuntuan dan putus asa dalam menghadapi berbagai masalah kehidupan.

Wa’afini (Beri aku kesihatan)
Orang yang membaca do’a ini dengan khusyuk dan sungguh sungguh insya Allah memiliki tubuh yang sehat dan kuat, jauh dari berbagai penyakit yang membuatnya lemah dan sulit menyelesaikan berbagai pekerjaan dan tugas yang dihadapinya sehari hari agar dapat sering melakukan ibadah kepada Allah dan Allah akan membimbingnya mendapatkan badan yang sehat dan kuat. Makanan dan pola hidupnya terpelihara baik sehingga badannya tetap sehat dan kuat terhindar dari berbagai penyakit yang banyak menyerang masyarakat kota dewasa ini. Bagi yang sentiasa sakit-sakitan insya Allah akan mendapat bimbingan secara naluriah untuk mendapatkan badan yang sihat dan kuat.

Wa’fu anni ( Maafkan aku)
Orang yang membaca do’a ini dengan khusyuk dan sungguh sungguh insya Allah akan mendapat ampunan dan maaf dari Allah atas berbagai kesalahan dan kekeliruan yang telah dilakukan. Dengan mendapat keampunan dariNya insya Allah ia akan dapat memperbaiki berbagai kesalahan dan kekeliruan itu untuk mendapatkan kehidupan yang lebih baik dimasa yang akan datang.

Itulah do’a - do’a dahsyat di dalam solat yang telah membawa kemenangan dan keberhasilan pada umat Islam dimasa lampau meraih kejayaan dan kemenangan. Dengan kekuatan solat umat Islam dimasa lalu mengalahkan musuh musuhnya dan menguasai dunia dimasa itu. Namun sekarang akibat mensia siakan sholat umat Islam di tindas dan dihina dimana mana. Mari kita perbaiki semua kekeliruan ini. Sedikit sekali umat Islam yang mengerti dan membaca do’a Iftirosh dengan khusuk dan sungguh sungguh. Kebanyakan orang membacanya dengan cepat dan tergesa gesa, tanpa mengerti arti dan maksudnya.



Take Note : Mari kita perbaiki mutu hidup kita masing masing dengan memperbaiki mutu solat. Jika umat Islam sudah melakukan solat dengan benar dan khusuk nescaya kemenangan yang pernah diraih umat Islam dimasa lalu akan datang kembali . Berbagai kesulitan , fitnah, penindasan, tekanan, yang dialami umat Islam dewasa ini merupakan peringatan dari Allah. Karena banyak diantara kita yang sudah menjadi umat yang mensia siakan sholat dan memperturutkan hawa nafsu sebagaimana disebutkan dalam surat Maryam ayat 5. InsyaAllah


Anak kebanggaan ayah

Seorang ayah bernama Bakri berumur penghunjung 40-an diundang sekolah anaknya untuk hadir pada 'Hari Ayah'. Sungguh dia amat tidak gemar hadir ke acara sebegini kerana dia merasakan dia sudah mempunyai empat orang anak, bahkan yang sulong sudah masuk kolej.

Jadi, dia merasa sudah tak sesuai bagi umurnya untuk bersenda gurau dengan anak pada Hari Ayah di sekolah. Namun kerana isteri dan anaknya yang ke empat memaksa, dia pun datang ke sekolah anaknya dengan hati yang berat.

Seperti diduga, acara di kelas hari itu menampilkan kebolehan setiap anak di hadapan ayah mereka. Terlihat di sana kebanyakan ayah yang berusia sekitar 30-an. Kesemua ayah itu teruja melihat buah hati mereka. Bakri hanya tersenyum, berkatalah dalam hati; "Dulu aku juga seperti mereka saat punya anak pertama. Tapi kini sudah bukan zamanku untuk hadir acara anak-anak seperti ini."

Satu per satu murid dipanggil untuk tampil ke depan dan menunjukkan kebolehannya selama 5 minit. Selepas persembahan, setiap ayah dipanggil ke depan untuk menerima "hadiah" yang telah disiapkan oleh sang anak untuk ayah mereka. Ada yang menampilkan kebolehan menyanyi. Ada yang menulis dan baca puisi. Berpidato dengan bahasa asing dan banyak lagi.

Kini giliran Umar, anak Bakri ini berusia 10 tahun telah dipanggil namanya untuk tampil ke depan. Bakri menyangka bahawa Umar pasti akan menampilkan persembahan yang serupa dengan kawan-kawannya. Bakri lalu berpura-pura tersengeh dan memberi pelukan hangat kepada Umar buah hatinya. Agar semua orang di kelas itu tahu bahawa dia adalah ayah yang layak dibanggakan. Ehemmm, itulah pikirnya!

"Kamu ingin menampilkan apa untuk ayahmu, Umar?" tanya gurunya.
"Saya akan tampil dengan Ustaz Amir di depan" jawab Umar bersemangat.
Gurunya pun mempersilakan ustaz Amir untuk ke depan dan menjelaskan kepada para ayah bahawa ustaz Amir adalah guru ekstra kurikulum yang mengajar bacaan Alquran di sekolah.

"Umar, kini giliranmu untuk memulakan penampilan..." ujar gurunya.
Umar mengucap salam. sedikit kata pembuka diucapkan. Dia berkata bahawa dia akan membaca surat Al Kahfi yang berjumlah 110 ayat. Menyedari waktu yang terbatas, dia meminta bantuan Ustaz Amir untuk memegang mushaf Alquran dan menyebutkan mana-mana ayat untuk dibacanya.
Para ayah yang hadir mulai berdecak kagum. Mereka mengerti bahawa Umar bukan hanya akan membaca Alquran, namun dia malah sudah menghafalnya!

"Baik, sekarang cuba kamu baca ta'awudz dan basmalah dan mulai dari ayat pertama....!" pinta ustaz Amir.
Dengan memejamkan mata, Umar mulai membaca. Tak disangka...., suara yang keluar dari mulut Umar terdengar begitu merdu. Rupanya Umar membaca Alquran mengikuti lantunan Qari cilik bernama Muhammad Taha Al Junaid yang terkenal itu. Dia membaca dengan hati yang tenang lalu membawa kedamaian pada setiap telinga yang mendengarnya.

Ayat 1-5 telah dibaca Umar. Ustaz Amir mengangguk-anggukan kepalanya mengikuti bacaan Umar yang merdu tanpa sekalipun beliau putus. Lalu Ustaz Amir meminta Umar untuk membaca dari ayat 60. Umar pun membaca dengan suara yang menenangkan jiwa.

Semua mata dari para ayah yang hadir mulai berkaca-kaca. Seolah-olah mereka penuh harap seandainya anak-anak mereka juga seperti Umar.
Manakala Bakri, ayah Umar. Dia yang dari tadinya tidak sepenuh hati untuk datang ke sekolah. Kini dia begitu teruja!

Lalu ustaz Amir meminta Umar untuk berpindah lagi ke ayat 107 -110 sebagai penutup persembahannya. Maka Umar pun membacanya tanpa satu pun kesalahan.
Begitulah Umar menyudahi bacaannya, lalu bangkitlah Bakri dari tempat duduknya dan terus berjalan ke depan dan memeluk Umar.

Terlihat rasa bangga yang terpancar dari wajah Bakri setelah melihat penampilan buah hatinya. Para hadirin juga menyaksikan Bakri beberapa kali menyeka air mata yang berderai di pipinya.
Seisi ruangan terpukau dengan lantunan Alquran yang dibacakan dengan suara merdu Umar. Menyudahi suasana yang haru itu, gurunya lalu bertanya kepada Umar, "Mengapa kamu ingin membaca Alquran untuk ayahmu sedangkan semua temanmu tak ada yang terfikir untuk melakukannya, Umar?"

Rupanya Umar pun turut terharu setelah dipeluk sedemikian hangat oleh sang ayah. Dengan mata berkaca-kaca Umar berkata, "Ustaz Amir pernah beritahu supaya saya rajin belajar Alquran. Beliau kata, orang yang hafal Alquran boleh membuatkan kedua orang tuanya mulia di akhirat. Kedua orang tua akan mendapat mahkota dari cahaya di mana cahayanya lebih indah dari sinar mentari dunia... Saya ingin, ayah dan ibu saya mendapat kemuliaan seperti itu dari Allah SWT kerana itu saya belajar menghafal Alquran bersama ustaz Amir."

"Masyaallah...." terdengar suara para ayah berkumandang di kelas itu. Semuanya inginkan anak-anak mereka seperti Umar.
"Apakah saya boleh bicara?" tanya Bakri kepada para hadirin. Semua orang mengalu-alukannya.
"Hmmm...., hari ini adalah hari yang teramat bahagia untuk saya. Anda semua para ayah tak ada bezanya saya rasa. Kita menyekolahkan anak-anak kita di sekolah terbaik seperti sekolah ini. Dengan bayaran yang tak murah, dengan segala kemudahan duniawi yang serba ada. Mungkin dibenak kita para ayah adalah, jangan sampai anak-anak kita tidak mampu mengejar kemajuan dunia....

Terus terang, saya sudah hampir 50 tahun. Saya mempunyai empat orang anak, dan Umar adalah putraku yang terakhir. Dengan cita-cita duniawiku, aku sekolahkan dia di sini dengan harapan bahawa dia akan memiliki masa depan yang gemilang.

Aku tersedar, yang berlaku adalah sebaliknya, pemikiran putraku ini telah membuat masa depanku yang gemilang. Dia mempelajari dan menghafal Kitabullah Alquran supaya kedua orang tuanya memiliki masa depan yang gemilang di akhirat! Terima kasih anakku... Maafkan ayah yang lupa untuk mendidikmu untuk mempelajari Alquran...."

Bakri terus memeluk Umar kembali. Keduanya menangis haru, dan seluruh kelas pun hening terdiam menyaksikannya.....!


Ya Allah kalau kami mati hari ini,
Rasanya belum cukup pahala yang akan menghantar kami ke syurgaMU
Ya Allah kalau Engkau cabut nyawa kami detik ini,
Terlalu banyak dosa kami yang belum Engkau ampuni.
Ya Allah jadikan anak-anak kami sebagai penambah pahala bagi kami jika kami Engkau wafatkan detik ini...
Ya Allah mudahkan lisan anak kami untuk selalu mendoakan dan memintakan ampunan untuk kami...

Tazkirah pagi isnin | Beriman dan beramal soleh


WAJIB KITA BERTAUBAT + BERHIJRAH + BERJI HAD + BERSATU DENGAN ALIM ULAMAK DEMI ISLAM + IMAN + TAKWA + UKHWAHN + KEREDHAAN ALLAH.

CONTOH ORANG SOLEH (ALIM ULAMAK)...

Lihat maksud firman Allah surah ali Imraan ayat: 113 – 117,

Ahli-ahli Kitab (ALIM ULAMAK) itu tidaklah sama. Di antaranya ada golongan yang (BERIMAN DAN BERAMAL SOLEH) tetap (berpegang kepada agama Allah yang benar) mereka membaca ayat-ayat Allah (Al-Quran) pada waktu malam, semasa mereka sujud (mengerjakan sembahyang).
(A-li'Imraan 3:113)

SIFAT ULAMAK (ORANG SOLEH):-

1. Beriman,

2. Berdakwah mengajak masyarakat melakukan amalan yang baik (islam = halal),

3. Berdahwah mengajak masyarakat meninggalkan amalan yang jahat (maksiat + berdosa = haram).

4. Alim ulamak itu sifatnya ialah mereka sendiri bersegera melakukan kebaikan dan meninggalkan perkara mungkar (haram + syubahah).

Lihat maksud firman Allah surah ali Imraan ayat: 114,

Mereka beriman kepada Allah dan hari akhirat, dan menyuruh berbuat segala perkara yang baik, dan melarang daripada segala perkara yang salah (buruk dan keji), dan mereka pula segera segera pada mengerjakan berbagai-bagai kebajikan. Mereka (yang demikian sifatnya), adalah dari orang-orang yang soleh.
(A-li'Imraan 3:114)

Dan apa sahaja kebajikan yang mereka kerjakan, maka mereka tidak sekali-kali akan diingkari (atau disekat dari mendapat pahalanya). Dan (ingatlah), Allah sentiasa mengetahui akan keadaan orang-orang yang bertaqwa.
(A-li'Imraan 3:115)

AMARAN ALLAH!!!...

***Sesiapa yang ingkar dari mengikut orang-orang soleh mereka itulah ahli neraka.

Lihat maksud firman Allah surah ali Imraan ayat: 116,

Sesungguhnya orang-orang yang kafir, harta benda mereka dan anak-anak mereka, tidak sekali-kali akan dapat menyelamatkan mereka dari (azab) Allah sedikitpun, dan mereka itu ialah ahli neraka; mereka kekal di dalamnya.
(A-li'Imraan 3:116)

***Segala amalan kebaikan yang dilakukannya (KAUM KAFIR DAN MUNAFIK) tidak mendatangkan kebaikan malah akan menimbulkan fitnah yang besar kepada umat manusia.

Lihat maksud firman Allah surah ali Imraan ayat: 117,

Bandingan apa yang mereka belanjakan dalam kehidupan dunia ini (sekalipun untuk amal-amal yang baik), samalah seperti angin yang membawa udara yang amat sejuk, yang menimpa tanaman kaum yang menganiaya diri mereka sendiri, lalu membinasakannya; dan (ingatlah), Allah tidak menganiaya mereka, tetapi merekalah yang menganiaya diri sendiri.
(A-li'Imraan 3:117)



DAMPINGILAH AL QUR’AN + SUNNAH RASULULLAH SAW + ALIM ULAMAK NESCAYA ANDA SELAMAT DI DUNIA DAN SELAMAT DI AKHIRAT.


SURAH YAA SIIN AYAT: 21,

"Turutlah orang-orang yang tidak meminta kapada kamu sesuatu balasan, sedang mereka adalah orang-orang mandapat hidayah petunjuk".
(Yaa Siin 36:21)



Take Note : Tazkirah diatas telah dihantar oleh salah seorang saudara mara Ms. Kejupenyet dalam group ws family buat tatapan dan renungan kami bersama. Ms. Kejupenyet terpanggil untuk catatkannya kembali disini sebagai perisian kita bersama. Semoga ada ilmu yang bermanfaat yang dapat kita pelajari bersama-sama.

Masih berusaha untuk ke arah yang lebih baik dan mencari keredhaan dariNya.

Petua Mencari Keberkatan Dalam Pekerjaan

Setiap manusia hidup pasti memerlukan keuangan dalam menyediakan kemudahan asas dalam hidup, dan tentunya keperluan hidup tersebut dapat kita peroleh dengan jalan bekerja. Bekerja merupakan jalan untuk mendapatkan rezeki yang di berikan Allah SWT kepada munusia.

Oleh karana itu dalam mencari pekerjaan sebagaimana saranan meraih rezeki Allah SWT tersebut, memerlukan syarat agar rezeki yang kita dapat adalah rezeki yang halal dan berkat serta ada manfaat untuk diri kita dan orang lain.

Di sini ada disenaraikan sedikit tentang beberapa nasihat yang bermanfaat bagi yang sedang mencari kerja agar rezeki yang kita dapat ada keberkatan di sisi Allah SWT.

Diantara petua dalam mencari pekerjaan tersebut adalah:

1. Meyakini Bahawa Setiap Jiwa Sudah Ditentukan Rezekinya oleh Allah SWT.
Setiap manusia sudah ada ketentuan rezekinya masing-masing. Jangan kita takut mati tak dapat rezeki. Kalau sudah ada jaminan yang demikian, maka setiap orang yang bekerja teruslah bekerja, jangan khawatir dengan rezeki yang AllahSWT beriman.

Dari Ibnu Mas’ud radhiyallahu ‘anhu, Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda:
إِنَّ رُوْحَ القُدُسِ نَفَثَ فِي رَوْعِي إِنَّ نَفْسًا لاَ تَمُوْتَ حَتَّى تَسْتَكْمِلَ رِزْقُهَا ، فَاتَّقُوْا اللهَ وَأَجْمِلُوْا فِي الطَّلَبِ ، وَلاَ يَحْمِلَنَّكُمْ اِسْتَبْطَاءَ الرِّزْقُ أَنْ تَطْلُبُوْهُ بِمَعَاصِي اللهَ ؛ فَإِنَّ اللهَ لاَ يُدْرِكُ مَا عِنْدَهُ إِلاَّ بِطَاعَتِهِ.

Ertinya :
“Sesungguhnya ruh qudus (Jibril), telah membisikkan ke dalam batinku bahwa setiap jiwa tidak akan mati sampai sempurna semua bahagian rezekinya (masing-masing). Karana itu, bertakwalah kepada Allah dan perbaikilah cara dalam mendapatkan rezeki tersebut. Jangan sampai tertundanya rezeki mendorong kalian untuk mencari rezeki tersebut dengan cara bermaksiat kepada Allah. Karana rezeki di sisi Allah tidak akan diperoleh kecuali dengan taat kepada-Nya.” (HR. Ibnu Abi dan Thabrani).

Hadits di atas, Allah SWT memerintahkan kita untuk mencari rezeki dengan cara yang halal. Jangan mencari rezeki dengan cara melakukan dosa dan maksiat kepada Allah SWT dengan menghalalkan segala macam cara.

2. Cari Pekerjaan yang Halal disisi Allah SWT, Jauhi Pekerjaan yang Haram.
Dalam mendapatkan pekerjaan untuk meraih rezeki Allah SWT, carilah pekerjaan yang halal dan jauhilah yang haram.

Dari Jabir bin ‘Abdillah radhiyallahu ‘anhu, Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda:
أَيُّهَا النَّاسُ اتَّقُوا اللَّهَ وَأَجْمِلُوا فِى الطَّلَبِ فَإِنَّ نَفْسًا لَنْ تَمُوتَ حَتَّى تَسْتَوْفِىَ رِزْقَهَا وَإِنْ أَبْطَأَ عَنْهَا فَاتَّقُوا اللَّهَ وَأَجْمِلُوا فِى الطَّلَبِ خُذُوا مَا حَلَّ وَدَعُوا مَا حَرُمَ.

Ertinya :
“Wahai umat manusia, bertakwalah engkau kepada Allah, dan tempuhlah jalan yang baik dalam mencari rezeki, karana sesungguhnya tidaklah seorang hamba akan mati, hingga ia benar-benar telah mengenyam seluruh rezekinya, walaupun terlambat datangnya. Maka bertakwalah kepada Allah, dan tempuhlah jalan yang baik dalam mencari rezeki. Tempuhlah jalan-jalan mencari rezeki yang halal dan tinggalkan yang haram.” (HR. Ibnu Majah).

Jika pekerjaan yang ditempuh adalah pekerjaan yang halal, tentu akan berpengaruh pada makbulnya do’a. Sebaliknya, yang ditempuh adalah cara yang tidak halal, lihat saja bagaimana akibat buruknya.

Dari Abu Hurairah radhiyallahu ‘anhu, Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda:
ثُمَّ ذَكَرَ الرَّجُلَ يُطِيلُ السَّفَرَ أَشْعَثَ أَغْبَرَ يَمُدُّ يَدَيْهِ إِلَى السَّمَاءِ يَا رَبِّ يَا رَبِّ وَمَطْعَمُهُ حَرَامٌ وَمَشْرَبُهُ حَرَامٌ وَمَلْبَسُهُ حَرَامٌ وَغُذِىَ بِالْحَرَامِ فَأَنَّى يُسْتَجَابُ لِذَلِكَ

Ertinya :
“Kemudian Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam menceritakan tentang seorang laki-laki yang telah menempuh perjalanan jauh, sehingga rambutnya kusut, masai dan berdebu. Orang itu mengangkat tangannya ke langit seraya berdo’a: “Wahai Rabbku, wahai Rabbku.” Padahal, makanannya dari barang yang haram, minumannya dari yang haram, pakaiannya dari yang haram dan diberi makan dari yang haram, maka bagaimanakah Allah akan memperkenankan do’anya?” (HR. Muslim)

Yusuf bin Asbath berkata:
بَلَغَنَا أنَّ دُعَاءَ العَبْدِ يَحْبِسُ عَنِ السَّمَاوَاتِ بِسُوْءِ المطْعَمِ

Ertinya:
“Telah sampai pada kami bahwa do’a seorang hamba tertahan di langit karana sebab makanan jelek (haram) yang ia konsumsi.”

Lihatlah para salaf sangat memperhatikan apa yang mereka makan dalam perutnya. Ada yang bertanya kepada Sa’ad bin Abi Waqqash:
تُسْتَجَابُ دَعْوَتُكَ مِنْ بَيْنَ أَصْحَابِ رَسُوْلِ اللهِ – صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ – ؟ فَقَالَ : مَا رَفَعْتُ إِلَى فَمِي لُقْمَةً إِلاَّ وَأَنَا عَالِمٌ مِنْ أَيْنَ مَجِيْئُهَا ، وَمِنْ أَيْنَ خَرَجَتْ

Ertinya:
“Apa yang membuat do’amu mudah dikabulkan dibanding para sahabat Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam lainnya?” Sa'ad mejawab: “Aku tidaklah memasukkan satu suapan ke dalam mulutku melainkan aku mengetahui dari manakah datangnya dan dari mana akan keluar,” jawab Sa’ad.

Dari Wahb bin Munabbih, ia berkata,
مَنْ سَرَّهُ أَنْ يَسْتَجِيْبَ اللهُ دَعْوَتَهُ ، فَلْيُطِبْ طُعْمَتَهُ

Ertinya :
“Siapa yang berharap do’anya dikabulkan oleh Allah, maka perbaikilah makanannya.” (Dinukil dari Jaami’ul ‘Ulum wal Hikam, 1: 275-276).

3. Cari Pekerjaan Yang Mendatangkan Keberkatan, Bukan Dengan Besarnya Gaji yang Diperolehi.
Ada sahabat yang pernah bertanya pada Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam:
أَىُّ الْكَسْبِ أَطْيَبُ قَالَ عَمَلُ الرَّجُلِ بِيَدِهِ وَكُلُّ بَيْعٍ مَبْرُورٍ

Ertinya:
“Wahai Rasulullah, mata pencarian (kasb) apakah yang paling baik?”
Beliau bersabda, “Pekerjaan seorang laki-laki dengan tangannya sendiri dan setiap jual beli yang mabrur (diberkahi).” (HR. Ahmad).

Hadits di atas menunjukkan kepada kita bahawa para sahabat tidak bertanya manakah pekerjaan yang paling banyak pendapatannya dan untungnya. Namun yang mereka tanya adalah manakah yang paling thoyyib (diberkahi). Sehingga dari sini kita ketahui bahawa tujuan dalam mencari rizki adalah mencari yang paling berkat, bukan mencari manakah pekerjaan yang pendapatannya paling besar. Karana pendapatan yang besar belum tentu berkat di sisi Allah SWT.

(Demikian penjelasan berharga dari Syaikh ‘Abdullah bin Shalih Al Fauzan dalam Minhatul ‘Allam, 6: 10).
Pekerjaan yang gajinya besar jika tidak ada keberkatan, terkadang sampai melalaikan ibadah bahkan sampai sanggup meninggalkan shalat, buruk perangai serta bersikap sombong pada orang lain.

4. Jauhkan Pekerjan Dengan Jalan Meminta-Minta dan Mengemis Pada Orang lain.
Dari ‘Abdullah bin ‘Umar radhiyallahu ‘anhuma, ia berkata bahwa Rasul shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda:
مَا يَزَالُ الرَّجُلُ يَسْأَلُ النَّاسَ حَتَّى يَأْتِىَ يَوْمَ الْقِيَامَةِ لَيْسَ فِى وَجْهِهِ مُزْعَةُ لَحْمٍ

Ertinya :
“Jika seseorang meminta-minta (mengemis) pada manusia, ia akan datang pada hari kiamat tanpa memiliki sekerat daging di wajahnya.” (HR. Bukhari dan Muslim).

Dari Hubsyi bin Junadah, ia berkata bahwa Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda:
مَنْ سَأَلَ مِنْ غَيْرِ فَقْرٍ فَكَأَنَّمَا يَأْكُلُ الْجَمْرَ

Ertinya:
“Barangsiapa meminta-minta padahal dirinya tidaklah fakir, maka ia seakan-akan memakan bara api.” (HR. Ahmad).

Perlu dipahami bahwa hanya tiga orang yang diperbolehkan meminta-minta sebagaimana disebutkan dalam hadits Qabishah, di mana Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda:
يَا قَبِيصَةُ إِنَّ الْمَسْأَلَةَ لاَ تَحِلُّ إِلاَّ لأَحَدِ ثَلاَثَةٍ رَجُلٍ تَحَمَّلَ حَمَالَةً فَحَلَّتْ لَهُ الْمَسْأَلَةُ حَتَّى يُصِيبَهَا ثُمَّ يُمْسِكُ وَرَجُلٍ أَصَابَتْهُ جَائِحَةٌ اجْتَاحَتْ مَالَهُ فَحَلَّتْ لَهُ الْمَسْأَلَةُ حَتَّى يُصِيبَ قِوَامًا مِنْ عَيْشٍ – أَوْ قَالَ سِدَادًا مِنْ عَيْشٍ – وَرَجُلٍ أَصَابَتْهُ فَاقَةٌ حَتَّى يَقُومَ ثَلاَثَةٌ مِنْ ذَوِى الْحِجَا مِنْ قَوْمِهِ لَقَدْ أَصَابَتْ فُلاَنًا فَاقَةٌ فَحَلَّتْ لَهُ الْمَسْأَلَةُ حَتَّى يُصِيبَ قِوَامًا مِنْ عَيْشٍ – أَوْ قَالَ سِدَادًا مِنْ عَيْشٍ – فَم
: َا سِوَاهُنَّ مِنَ الْمَسْأَلَةِ يَا قَبِيصَةُ سُحْتًا يَأْكُلُهَا صَاحِبُهَا سُحْتًا

Ertinya :
“Wahai Qabishah, sesungguhnya meminta-minta itu tidak halal kecuali untuk tiga orang:
(1) seseorang yang menanggung hutang orang lain, ia boleh meminta-minta sampai ia melunasinya.
(2) seseorang yang ditimpa musibah yang menghabiskan hartanya, ia boleh meminta-minta sampai ia mendapatkan sara hidup, dan
(3) seseorang yang ditimpa kesengsaraan hidup sehingga ada tiga orang yang berakal dari kaumnya berkata, ‘Si fulan benar-benar telah tertimpa kesengsaraan’, maka boleh baginya meminta-minta sampai mendapatkan sara hidup.
Meminta-minta selain ketiga hal itu, wahai Qabishah adalah haram dan orang yang memakannya berarti memakan harta yang haram.” (HR. Muslim).

Perlu dipahami bahawa orang miskin yang sebenarnya adalah seperti yang disebutkan dalam hadits dari Abu Hurairah berikut, ia berkata bahwa Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda:
لَيْسَ الْمِسْكِينُ الَّذِى تَرُدُّهُ الأُكْلَةُ وَالأُكْلَتَانِ ، وَلَكِنِ الْمِسْكِينُ الَّذِى لَيْسَ لَهُ غِنًى وَيَسْتَحْيِى أَوْ لاَ يَسْأَلُ النَّاسَ إِلْحَافًا.

Ertinya :
“Namanya miskin bukanlah orang yang tidak menolak satu atau dua suap makanan. Akan tetapi miskin adalah orang yang tidak punya kecukupan, dan ia malu atau tidak meminta dengan cara memaksa.” (HR. Bukhari).

Orang miskin sebenarnya bukan pengemis. Orang miskin adalah yang sudah ada pekerjaan, namun masih tetap belum mencukupi keperluan asasnya dan masih meminta-minta kepada orang lain dengan jalan memaksa.

5. Cari Pekerjaan yang Tidak Menyusahkan Orang Lain
Salah satu pekerjaan yang terlarang iaitu menimbun barang sehingga mematikan stok barang di pasaran, terutama untuk barang asas yang diperlukan masyarakat banyak.
Dalam hadits disebutkan:
لاَ يَحْتَكِرُ إِلاَّ خَاطِئٌ

Ertinya :
“Tidak boleh menimbun barang, jika tidak, maka ia termasuk orang yang berdosa.” (HR. Muslim).

Apa hikmah larangan menimbun barang?
Imam Nawawi berkata, “Hikmah terlarangnya menimbun barang karana ianya dapat menimbulkan mudarat bagi orang ramai.” (Syarh Shahih Muslim, 11: 43).

6. Perbanyakkan Do’a Agar mendapatkan Rezeki yang Halal.
Tanpa do’a dan tanpa banyak memohon pada Allah, kita sulit mendapatkan yang halal. Hanya dengan banyak berdoa kepada Allah SWT, kita akan dipermudahkan jalan untuk meraih sumber yang halal.
Teruskan meminta kepada Allah SWT untuk mendapatkan pekerjaan yang halal sebagaimana yang Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam ajarkan kepada kita:
اللَّهُمَّ اكْفِنِى بِحَلاَلِكَ عَنْ حَرَامِكَ وَأَغْنِنِى بِفَضْلِكَ عَمَّنْ سِوَاكَ

Ertinya :
“Allahumak-finii bi halaalika ‘an haroomik, wa agh-niniy bi fadhlika ‘amman siwaak”
[Ya Allah cukupkanlah aku dengan yang halal dan jauhkanlah aku dari yang haram, dan cukupkanlah aku dengan karunia-Mu dari bergantung pada selain-Mu] (HR. Tirmidzi).

Ya Allah berkatilah usaha kami untuk mendapatkan sumber rezeki yang halal dan jauhkanlah dari kami ya Allah dari sumber rezeki yang tidak halal. Mudah-Mudahan rezeki yang Engkau berikan kepada kami akan mendapatkan keberkatan dalam hidup kami untuk menghambakan diri serta mengabdikan diri kepada-Mu. Aamiinn Yaa Robbal 'Aalamiin !!!!!

Wallahu A'lam.


Doakan istiqamah serta Sihat wal Afiat. 

Pentingnya Al-Quran dalam kehidupan


Abah ketuk pintu bilik anak gadisnya. Anaknya buka pintu. Belum tidur.

Abah: "Buat apa je belum tidur lagi?"

Anak: "Tengah..." (Sambil menunjukkan fonnya)

Abahnya mengangguk faham. Tengah berinternet.

Abah: "Abah nak cakap sikit boleh?"

Anaknya tidak mengangguk, tidak menggeleng. Tadah telinga.

Abah: "Sekarang, kamu umur 20 tahun, kan?"

Anaknya mengangguk.

Abah: "Baiklah. Dengar baik baik ni. Abah bukan nak berleter. Cuma nak ajak kamu berfikir. Dalam sehari, ada 24 jam. Ini kira-kira umum abah. Tak exact pun. Orang bekerja habiskan 8 hingga 12 jam sehari kerja. Orang yang belajar macam kamu pula habiskan 6 hingga 7 jam sehari ke kelas. Orang yang sedang berkasih sibuk fikir soal hati pula habiskan lebih 6 jam fikir tentang jodoh dan layan perasaan. Orang yang sibuk dengan internet dan dunia media sosialnya habiskan purata lebih 5 jam sehari untuk scroll, update dan melayan kawan-kawan. Tolak campur makan, tidur, letih semua, barulah sedar, kita tak peruntukkan masa pun untuk sesuatu yang lebih penting."

Abah menunjukkan jarinya pada senaskhah Al Quran yang berada di atas almari. Nampak berhabuk sikit. Anaknya berkerut kening.

Abah: "Kalau untuk soal hati dan media sosial boleh kita luang masa dekat 2 jam contohnya, kenapa tidak boleh kita ambil masa 2 jam juga untuk tengok Al Quran?"

Anak: "Tapi, abah..baca sekejap, mengantuk."

Abah: "Baiklah. Kurangkan lagi. Jadi sejam."

Anak: "Sejam? Lamanya. Seraklah tekak nak baca sampai sejam."

Abah: "Baiklah, setengah jam."

Anak: "15 minit bolehlah."

Abah tersenyum mendengar jawapan anaknya.

Abah: "Suatu hari, bila kamu tersepit dalam hidup, kamu akan mengerti 23 jam 45 minit yang kamu sayang tu, tolak solat 5 waktu, sangat sangat bergantung kepada 15 minit yang kamu spend untuk Al Quran tu."

Anak: "Tak faham."

Abah: "Kerja cari rezeki, kena bergantung pada Al Quran. Belajar, perlu Al Quran. Jodoh, perlu pada Al Quran. Berjaya, perlu Al Quran. Akarnya pada Al Quran."

Anak: "Hm.."

Abah: "Rosak akarnya, jangan harap batang, dahan, ranting, daun, dan buahnya akan baik. Misalnya, kamu minat soal jodoh sekarang. Andai kamu seorang yang cinta kepada Al Quran, insyaAllah kamu juga akan jumpa yang persis cinta Al Quran. Yang baik-baik. Jika kamu jenis tak pentingkan Al Quran, kamu juga akan jumpa yang sejenis dengan kamu. Kata nak jodoh yang baik-baik. Orang baik, orang yang utamakan Al-Quran."

Anak: "Adoilah."

Abah: "15 minit sehari untuk hafal sepotong ayat Al Quran. Setahun dapat 365 ayat. 20 tahun lagi dapat? Dah boleh jadi hafizah."

Anak: "Kenapa abah cakap ni semua?"

Abah: "Sebab abah tak mampu untuk hidup selama-lamanya nak jaga dan nasihatkan anak yang abah sayang ni. Dulu abah jahil tak kejar Al Quran. Abah tak nak anak abah ikut jejak langkah yang sama."

Anak gadisnya sebak. Peluk ayahnya. Minta maaf. Sungguhlah. Lelaki selain ayah sendiri hanya mampu berkata-kata manis, berjanji setia. Namun, abah berkata kata untuk lihat anaknya di Syurga.


JAZAKUMULLAHU KHAIRAN KATHIRA

Credit to Haji Surur

Peringatan bersama | Kisah Hati

• Di saat kamu ingin melepaskan seseorang.
¤ Ingatlah pada saat kamu ingin mendapatkannya. 

• Di saat kamu mulai tidak mencintainya.
¤ Ingatlah saat pertama kamu jatuh cinta padanya. 

• Di saat kamu mulai bosan dengannya.
¤ Ingatlah selalu saat terindah bersamanya. 

• Di saat kamu ingin menduakannya.
¤ Bayangkan saat dia selalu setia. 

• Di saat kamu ingin membohonginya.
¤ Ingatlah saat dia jujur padamu. 



Take Note : Kamu akan merasakan erti kehadiran dia untukmu, jangan sampai di saat dia sudah tidak di sisimu, kamu baru menyedari semua erti dirinya untukmu Saat itu air matamu pasti akan mengalir jua mengenangkn si dia - Ms. Kejupenyet

Hargailah insan yg sygkan kamu, pasti kamu akn bahagia kelak

Semoga doa kita dimakbulkan | Salam Jumaat

بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِـــــــيمِ
ٍ
اَلْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ وَالْعَاقِبَةُ لِلْمُتَّقِيْنَ وَلاَ عُدْوَانَ إِلاَّ عَلَى الظَّالِمِيْنَ وَالصَّلاَةُ وَالسَّلاَمُ عَلَى أَشْرَفِ اْلأَنْبِيَاءِ وَالْمُرْسَلِيْنَ وَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْن
                             
Ya Allah di  bulan syawal ini jadikanlah hari ini penuh semangat, dimudahkan rezeki, kesihatan yang baik dan terlepas dari segala kesulitan.

Ya Allah, terima kasih diatas kehidupan kami, nafas kami dan rezeki yang Engkau limpahkan kepada kami hari ini.

Ya Allah ampunkanlah dosa dosa kami, rahmatilah kami, berilah kami hidayahMu agar kami sentiasa dekat dengan Mu Ya Allah.

Ya Allah kami memohon ke pada Mu kebaikan, kemenangan, pertolongan, cahaya, keberkatan dan petunjuk hari ini dan selama-lamanya.

Ya Allah mudahkan segala urusan kami, murahkan rezeki kami dan kurniakanlah kami keluarga yang bahagia.

Ya Allah tanamkanlah perasaan kasih sayang kami kepada sahabat kami dan tanamkan perasaan kasih sayang mereka kepada kami dan semoga hubungan saliturrahim antara kami senentiasa teguh dalam iman.
.
Ya Allah kami berdoa Ya Allah muliakanlah diri kami, lapangkanlah hati kami, bahagiakanlah keluarga kami  dan luaskanlah rezeki kami dan moga segala urusan kami dipermudahkan.

Ya Allah kabulkanlah cita-cita kami, jauhkan kami dari segala penyakit, fitnah, prasangka keji, berkata kasar dan jauhkan kami dari segala Musibah tetapkanlh iman kami dan bersihkn hati kami dgn bzikir padamu Allah..

Ya Allah terimalah semua amal ibadah kami dan mudah²an ia dapat menerangi kubur kami.
Ya Allah perbanyakkanlah sedekah kami, solat kami,  semoga kami bebas dari seksa kubur.
Ya Allah tutuplah aib kami dan tenteramkanlah kami dari rasa takut.

Ya Allah peliharalah kami dan kami berlindung dengan kebesaran Mu agar kami tidak disiksa dipadang mashyar.
Ya Allah sesungguhnya Engkaulah yang  menetapkan rezeki kami,  Engkau lapangkanlah kami. Ya Allah janganlah kami tidak sabar dalam mendapatkan rezeki. Ya Allah berilah kami ketakwaan dalam mencari rezeki.

Ya Allah jadikanlah kami bersyukur dengan apa yang kami ada dan janganlah kami risau dengan apa yang bukan milik kami.

َYa Allah kami memohon Ya Allah, kurniakanlah kepada kedua ibubapa kami tempat yang istimewa di syurgaMu Ya Allah. َ

Ya Allah Ya Ghaffar ampunkanlah dosa-dosa kami, dosa kedua ibubapa kami, kaum keluarga kami, guru-guru kami, sahabat-sahabat kami serta sekalian muslimin muslimat di mana saja mereka berada.

Selawat dan salam ke atas junjungan kami Nabi Muhammad SAW serta ahli keluarga dan para sahabatnya.

Segala puji pujian hanya untukMu Ya Allah.    
                                             
رَبَّنَا ظَلَمْنَا أَنْفُسَنَا وَإِنْ لَّمْ تَغْفِرْلَنَا وَتَرْحَمْنَا لَنَكُوْنَنَّ مِنَ الْخَاسِرِيْنَ
رَبَّنَا ءَاتِنَا فِى الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِى اْلآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ
وَصَلَّى الله ُعَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلَّمَ
وَالْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ.
آمِّيْنَ, آمِّيْن, آمِّيْن,َ يا رَبَّ الْعَالَمِيْن



Salam Jummat, penghulu segala hari. Semoga dengan kehadiran Jumaat pada kali ini, hidup kita lebih diberkati dan dirahmatiNya. 

Tazkirah pagi khamis | Kejahatan


Merugikan, orang yang mencuci wajahnya berkali-kali dalam sehari, tetapi tidak mencuci hatinya walaupun sekali setahun.

Apabila menerima teguran, usah terus melenting, bersyukurlah, masih ada yang mahu menegur kesilapan kita

Jangan tanya apa yang dibuat oleh agama untukmu, tapi tanyalah apa yang boleh kamu buat untuk agama

Benar yang menutup aurat tidak semestinya ke syurga, tetapi yang tidak menutup aurat itu pastinya ke neraka


Take Note : Aku tahu kita tidak baik. Tak salah untuk kita berubah ke arah yang lebih baik. Kenapa mesti diagung-agungkan kejahatan yang dilakukan. Padahal kita sendiri pun tahu setiap kejahatan pasti dipakejkan dengan ganjaran dosa. Kenapa tidak kita melakukan kebaikan. Padahal kita tahu, setiap kebaikan diberi ganjaran pahala. Walaupun sekecik-kecil kebaikan, tetap akan diberi pahala. Siapa kita untuk menghukum orang lain. Tapi tidak salah jika kita menegur kesalahan yang dilakukannya. Gunalah pendekatan yang berhemah. Janganlah kejahatan dibalas kejahatan, bimbang nanti kejahatan kian bermaharajalela. Belajarlah lakukan kebaikan kerana dalam setiap kebaikan yang kita lakukan ada kemanisannya yang mungkin kita sendiri tidak sedari. Wassalam.

Tazkirah pagi rabu | kata-kata


Jangan membuang masa dengan memikirkan apa akan berlaku setelah itu dan setelah itu. Doa dan Usaha dulu.

Berani menegakkan keadilan, walaupun mengenai diri sendiri, adalah puncak segala keberanian.

Jalan menuju kebahagian itu tidak ditaburi bunga mawar yang harum, melainkan penuh duri dan pahit.

Kukatakan pada syaithan & hawa, "Aku ini makhluq mulia. Jiwa & ragaku terlalu berharga untuk dicemari nista & dosa." - Al Mutanabbi.

Gunakan akal anda seolah-olah nyawa anda bergantung kepadanya.

Jika kejahatan di balas kejahatan, maka itu adalah dendam.

Doa memberikan kekuatan pada orang yg lemah, membuat orang tidak percaya menjadi percaya & memberikan keberanian pada orang yang ketakutan.

Walaupun kita betul, tidak bermakna kita layak untuk menghina orang lain yang melakukan kesalahan.

Dunia ini adalah perhiasan dan seindah-indah perhiasan adalah wanita solehah. - Hadis Riwayat Muslim.

Kecantikan yang abadi terletak pada keelokan adab dan ketinggian ilmu seseorang, bukan terletak pada wajah dan pakaiannya - Hamka.

Sungguh, dakwah ini adalah mata rantai. Dan kita mahu menjadi sebahagian daripada mata rantai itu biar sedikit cuma peranan kita.

Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau memesongkan hati kami sesudah Engkau beri petunjuk kepada kami, Aamin.



Take Note : Kekadang kita merasakan kata-kata dn ayat yang disampaikan itu terlalu ringkas dan mudah tapi sangat besar maksud disebaliknya. Baca, hayati dan renungkanlah.