Nor Ain Rusli
Nor Ain Rusli

15 Kemuliaan & Keutamaan Wanita



*1. Doa seorang isteri yg taat memiliki kekuatan 70 wali*

*2. Isteri yg membuatkan minum suami tanpa diminta, pahalanya 3 x khatam Qur'an.*

*3. Masakan isteri yang dilakukan secara sunah dan dimakan suami beserta keluarga pahalanya semua untuk isteri dan do'a suami yg memakan masakannya menjadi do'a yg diijabah.*

*4. Isteri yg membangunkan suami untuk sholat atau mengingatkan sholat berjamaah di masjid pahalanya 27+1*

*5. Isteri yg kelelahan bangun malam karena anaknya minta susu sama dengan pahala 70 x haji mabrur*

*6. Seorang ibu yg menyusui setiap tetes susunya senilai 200 x sholat khusu dan doanya di ijabah' (fadilah wanita)*

*7. Burung di udara dan malaikat dilangit akan selalu memintakan ampunan kepada Allah selama Isteri dalam keridhoan suami.*

*8. Bila seorang suami pulang dengan gelisah dan isteri menghiburnya maka isteri mendapatkan 10 pahala jihad.*

*9. Bila seorang wanita hamil sholatnya dua rekaat adalah lebih baik dari 80 rakaat sholat wanita yg tidak hamil.*

*10. Bila seorang wanita hamil akan mendapatkan pahala 70 tahun sholat dan 70 tahun puasa.*

*11. Wanita yg mencuci pakaian suami dan anak-anaknya akan mendapat 1000 kebaikan dan akan diampuni kesalahannya, bahkan segala sesuatu yang disinari matahari memintakan ampun baginya dan Allah SWT mengangkat derajatnya 1000 tingkat.*

*12. Wanita yg menyusui anaknya, maka setiap tetesan air susu tersebut akan mendapatkan 1 pahala dan apabila cukup 2 tahun menyusui maka malaikat dilangit akan mengabarkan berita bahwa SURGA wajib bagi nya".*

*13. Apabila sorang wanita kedatangan haid maka haidnya akan menghapus dosa2nya.*

*14.Apabila ia membaca pd hr pertama keluar haid* *"Alhamdulilahi ala kullu halin wa astagfirullaha min kulli zanbi" Maka Allah Swt akan membebaskannya dr jahanam, shirat & adzab.*

*15. Setiap hari dari haidnya, Allah tinggikan dia dgn pahala 40 orang mati syahid apabila ia berdzikir.*

Credit : SINI
.


Data roaming


Apa itu roaming?

Selalu tertanya2 apa itu roaming..."roaming is subscribed services can be used when moving from 1 region to another region" maksudnye roaming ni adalah servis bile kita gerak daripada 1 tempat ke satu tempat.. servis call & data la kiranye.. call tu fon macam biasa.. data tu.. bila kita surf tenet...Roaming is divided by two. Regional roaming is when roaming in the same country with home operator.

Roaming berlaku dalam negara kita.. contoh..aku guna digi.. maka home operator aku digi..kalau contoh kawasan tu takde coverage, maka kita akan automatic gune celcom network..jadi line internet yang slow tu boleh try benda ni mungkin sebab kawasan korang memang coverage telco lain jadi dia akan juga coverage telco tu. Faham tak?


Tips Yang Membantu Anda Atasi Masalah Berdengkur Semasa Tidur



Tidakkah anda benci apabila anda mempunyai pasangan yang berdengkur semasa tidur? Atau, anda orang yang berdengkur dan pasangan anda tidak boleh tahan? 

Cuba tips-tips yang menakjubkan ini, anda pasti berhenti berdengkur dan semua orang boleh tidur dengan aman sepanjang malam.

Guna Beberapa Bantal

Lebih banyak udara yang melalui di kerongkong semakin kurang seseorang itu akan berdengkur. Cuba letakkan beberapa bantal di bawah kepala anda sambil berbaring disisi kerana ini bukan sahaja akan membuat tidur anda lebih selesa malahan ianya juga dapat membantu anda bebas dari dengkuran.

Terdapat juga bantal khas yang anda boleh beli dimana ianya dicipta dengan mempunyai kontur di bawah leher untuk orang yang berdengkur. Fungsi Kontur ini adalah untuk membuka kerongkong anda semasa tidur.

Secara umum ianya direka khas untuk membantu masalah berdengkur tidak kira di mana kedudukan pendengkur itu tidur.

Namun bantal ini agak mahal dan adalah lebih baik akan melakukan penyelidikan sepenuhnya sebelum anda membuat keputusan untuk membelinya.

Dapatkan Jalur Hidung (Nose Strips)

Bukan sahaja jalur ini berkesan untuk ramai orang malahan ianya juga murah. Tidak perlu menggunakan jalur tersebut di siang hari anda hanya perlu memakainya sewaktu hendak tidur. Apabila digunakan, jalur membantu lubang hidung terbuka luas dan mampu bernafas tanpa halangan secara langsung menghentikan dengkuran.

Menyanyi Atau Membaca Quran Dengan Berlagu

Ya, menyanyi atau membaca Quran dengan berlagu boleh membantu anda berhenti berdengkur. Apabila anda menyanyi atau membaca Quran dengan berlagu secara langsung anda sedang melakukan senaman otot kerongkong anda.

Anda menggunakan otot tersebut setiap hari samasa bercakap tetapi otot tersebut akan berkerja lebih kuat lagi apabila anda menyanyi atau membaca Quran dengan berlagu.

Ini adalah otot sama yang digunakan apabila seseorang itu berdengkur. Jika otot tersebut lemah anda mungkin lebih cenderung untuk berdengkur.

Akutekanan (Akupunktur Semula Jadi)

Akutekanan dikenali sebagai cara alternatif untuk penyembuhan bagi orang-orang yang mempunyai masalah berdengkur.

Kuncinya adalah tekanan pada jari anda. Dengan mengenakan tekanan kepada jari anda mekanisme yang menyebabkan pendengkuran akan dihalang. Anda boleh berjumpa dengan pakar-pakar seni akutekanan untuk mendapatkan rawatan tersebut.

Satu lagi pilihan ialah dengan memakai alat yang menghasilkan tekanan pada jari kecil anda sepanjang malam.

Jangan Mengambil Pil Tidur

Tidak kira betapa buruk masalah pendengkuran anda, pastikan anda tidak menggunakan mana-mana pil sama sekali.

Tujuan pil bukan untuk membantu anda berhenti berdengkur, ianya hanya untuk merehatkan badan anda.

Cara terbaik adalah dengan mencari punca masalah yang menyebabkan anda berdengkur dan cuba salah satu tips di atas.


korang rasa, korang berdengkur tak?



Personaliti Warna Melalui Tarikh Lahir


Personaliti seseorang berdasarkan warna yang mewakili tarikh lahir? Macam menarik sangat kan. Malah sikap diri sendiri pun boleh kenali dengan mudahkan? Jadi, sekiranya tarikh lahir kamu pada 27hb Julai, bermakna kamu mewakili warna merah jambu. Setelah kenal pasti warna kamu, bolehlah kamu melihat keperibadian diri kamu menerusi warna tersebut.

23 Disember hingga 11 Januari – Oren
12 Januari hingga 24 Januari – Kuning
25 Januari hingga 3 Februari – Merah Jambu
4 Februari hingga 8 Februari – Biru
9 Februari hingga 18 Februari – Hijau
19 Februari hingga 28 Februari – Perang
1 Mac hingga 10 Mac – Aqua (Biru Kehijauan)
11 Mac hingga 20 Mac – Lime
21 Mac – Hitam
22 Mac hingga 31 Mac – Ungu
1 April hingga 10 April – Biru Laut
11 April hingga 20 April – Perak
21 April hingga 30 April – Putih
1 Mei hingga 14 Mei – Biru
15 Mei hingga 24 Mei – Emas
25 Mei hingga 3 Jun – Krim
4 Jun hingga 13 Jun – Kelabu
14 Jun hingga 23 Jun – Maroon
24 Jun – Kelabu
25 Jun hingga 4 Julai – Merah
5 Julai hingga 14 Julai – Oren
15 Julai hingga 25 Julai – Kuning
26 Julai hingga 4 Ogos – Merah Jambu
5 Ogos hingga 13 Ogos – Biru Laut
14 Ogos hingga 23 Ogos – Hijau
24 Ogos hingga 2 September – Aqua (Biru Kehijauan)
3 September hingga 22 September – Lime
23 September – Olive
24 September hingga 3 Oktober – Ungu
4 Oktober hingga 13 Oktober – Biru
14 Oktober hingga 23 Oktober – Perak
24 Oktober hingga 11 November – Putih
12 November hingga 21 November – Emas
22 November hingga 1 Disember – Krim
2 Disember hingga 11 Disember – Kelabu
12 Disember hingga 21 Disember – Maroon
22 Disember – Teal Merah (Kayu)

MERAH
Selalunya mereka yang mewakili warna merah yang garang ini seorang yang comel dan disayangi ramai. Kamu juga suka disayangi dan menyayangi. Kamu juga sentiasa ceria dan gembira namun kadangkala dilanda ‘angin satu bandan’! Teman/kekasih yang diingini ialah mereka yang mudah diajak berbincang dan boleh membuatkan dirinya rasa selesa bila berdampingan dengan meraka.

KRIM
Ha! Kamu ini seorang yang suka bersaing dalam apa juga bidang yang kamu ceburi dan ingin berjaya. Tapi persaingan secara sihatlah. Kamu juga bersikap suka mendorong orang lain untuk mencapai apa yang diidamkan. Namun kamu cukup takut akan ‘kehilangan’ sama ada teman ataupun kekasih! Selain itu, sudah tentunya kamu seorang ceria selalu! Sebagai seorang kawan kamu boleh dipercayai 100% dan setia pada janji. Dari segi percintaan, kamu amat berhati-hati dalam menjalinkan hubungan cinta dan tak mudah jatuh cinta hingga kamu rasakan menemui seseorang yang benar-benar kamu cintai! Ketika itu, kamu tak perlukan masa yang lama untuk melafazkan sayang!

TEAL MERAH (WARNA KAYU)
Bukan main lagi kamu ni yek! Tak kira lelaki taupun perempuan, tentu menitikberatkan soal kecantikan dan penampilan fizikal diri kamu. Kamu sering melakukan kesilapan dalam membuat keputusan lantaran sikap kamu yang suka sangat ambil mudah terhadap sesuatu masalah. Manakala dalam memilih pasangan, kamu bercitarasa cukup tinggi. Kamu tak akan pilih yang sebarangan saja! Kamu juga suka memerintah dan gemar orang lain menurut perintah kamu. Walau bagaimanapun, sikap kamu yang peramah membuatkan diri kamu punyai ramai teman.

MERAH JAMBU
Kamu akan berusaha sedaya mungkin untuk membuat yang terbaik dalam apa juga yang kamu lakukan serta suka menolong orang lain dan mengambil tahu tentang orang-orang di sekelilignya. Namun kamu sukar untuk dipenuhi keinginannya dan sering saja berprasangka buruk terhadap orang lain. Dari segi percintaan kamu mengimpikan percintaan yang penuh dengan keindahan semata.

HIJAU
Salah satu kelebihan yang kamu miliki ialah cukup pandai menyesuaikan diri dengan orang yang baru dikenali. Mungkin kerana sikap kamu yang tidak begitu pemalu, namun dalam tidak sedar kamu boleh membuatkan orang lain kecil hati dengan kata-kata kamu saja! Kamu juga ingin diri kamu disayangi dan diberi perhatian penuh oleh kekasih hati. Namun selalunya mereka ini lebih rela maintain single hingga berjumpa dengan jejaka/gadis yang benar-benar sesuai untuk dirinya!

EMAS
Kamu seorang yang tahu apa yang kamu lakukan, yang mana betul dan silapnya. Kamu juga seorang yang mudah bergaul dengan sesiapa saja dan setia serta tak suka bersedih biarpun pelbagai masalah yang menimpa. Dalam soal percintaan, kamu sukar berjumpa dengan orang yang benar-benar kamu sukai tapi sekali kamu menemuinya pasti tidak akan kamu lepaskan begitu saja. Bila sekali gagal, sukar untuk kamu jatuh cinta lagi untuk kali yang seterusnya dalam tempoh yang lama.

KUNING
Kamu seorang yang manis, tenang dan sopan. Sebab itulah kamu dipercayai oleh orang-orang yang ada disekeliling kamu. Selain itu, kamu juga lebih suka menguasai dalam sesebuah perhubungan termasuklah soal cinta. Kembang semangkuk hidung bila tiap kehendak kamu dituruti oleh si dia! Kamu juga mampu membuat keputusan yang tepat kerana fikiran kamu yang jauh ke dapan. Kamu ni jiwang karat juga orangnya. Sentiasa saja berminat hal-hal yang romentik bersama si dia. Alahai!

TEAL MERAH (WARNA KAYU)
Bukan main lagi kamu ni yek! Tak kira lelaki taupun perempuan, tentu menitikberatkan soal kecantikan dan penampilan fizikal diri kamu. Kamu sering melakukan kesilapan dalam membuat keputusan lantaran sikap kamu yang suka sangat ambil mudah terhadap sesuatu masalah. Manakala dalam memilih pasangan, kamu bercitarasa cukup tinggi. Kamu tak akan pilih yang sebarangan saja! Kamu juga suka memerintah dan gemar orang lain menurut perintah kamu. Walau bagaimanapun, sikap kamu yang peramah membuatkan diri kamu punyai ramai teman.

MAROON
Bagi kamu yang mewakili warna maroon ini, kamu digambarkan seorang yang bijak dan tahu apa yang terbaik untuk diri kamu. Namun kamu juga suka melakukan sesuatu itu menurut kehendak dan pendapat kamu sendiri tanpa pedulikan perasaan atau pendapat orang lain. Itulah yang menjadi masalahnya! Dari segi percintaan, kamu cukup sabar dan tidak terburu-buru untuk menjalinkan percintaan. Kamu juga terkenal dengan sikap setia kamu dalam perhubungan!

OREN
Syabas! Kamu ini jenis orang yang berani menanggung segala risiko atas tiap-tiap perbuatan yang kamu lakukan. Baguslah macam tu. Kata orang, berani buat beranilah tanggung. Kamu juga bijak mengambil hati orang-orang disekeliling kamu dan ini membuatkan diri kamu disenangai ramai. Kamu punya matlamat tersendiri dalam hidup yang menjadi target kamu selama ini dan sanggup bersaing untuk berjaya. Menyentuh soal perhubungan, kamu sebenarnya seorang yang sukar untuk mempercayai orang lain tapi bila kepercayaan itu wujud, selamanya kamu akan percayakan dia! Begitu juga dalam perhubungan cinta. Bagi kamu, saling percaya itu amat penting!

UNGU
Amboi! Kamu ini gadis/jejaka misteri rupanya. Tak ramai orang yang dapat mendekati diri kamu kecuali orang yang benar-benar kamu percayai. Kamu juga mempunyai daya penarik yang sukar dicari pada orang lain. Walaupun begitu, kamu tak pernah pentingkan diri sendiri dan agak mudah terpengaruh dengan perkara-perkara yang baru bagi kamu. Mood memainkan peranan penting mempengaruhi kehidupan kamu seharian. Jika kamu rasa gembira, sudah tentunya hari itu menjadi hari yang paling ceria bagi diri kamu dan begitu juga sebaliknya. Dalam menjalinkan percintaan, kamu lebih cenderung untuk memilih mereka yang punyai kedudukan dan agak stabil kewangan mereka. Namun kamu pandai menawan hati orang lain, tak rugi jika dapat mengenali diri kamu lebih dekat lagi.

LIME (WARNA BUAH LIMAU)
Sifat kamu yang tenang saja sepanjang masa amat dikagumi ramai. Tapi jangan tak tahu, kamu juga mudah rasa tertekan bila dilanda masalah. Selain itu, kamu boleh dikatakan agak cerewet juga kerana perkara-perkara kecil pun kamu amat prihatin! Pun begitu, kamu punya personality tersendiri yang membuat orang ramai menyukai diri kamu. Amboi! Kamu ini rupanya seorang kekasih yang kuat cemburu yek?

PERAK
Ternyata kamu ini seorang yang berimaginasi tinggi dan tak hairanlah kamu turut berbakat balam bidang yang berkaitan dengan seni. Walau bagaimanapun kamu sebenarnya punya sifat pemalu yang agak menebal juga! Namun sikap kamu yang suka mencuba sesuatu yang baru mampu menstabilkan keadaan, bukan apa kamu suka mencabar diri kamu sendiri untuk melihat sejauh mana kebolehan diri. Dari segi perhubungan cinta, kamu lebih suka bersikap ‘hard to get’ untuk menduga keikhlasan hati si dia. Namun hubungan cinta kamu seringkali dilanda kekeliruan dan tak begitu stabil. Tapi usah bimbang, kamu akan menemui cinta sejati juga suatu hari nanti.

HITAM
Kamu gemar kehidupan yang mencabar dan punya keberanian untuk melakukan apa saja. Sebab itulah, usah ada sesiapa yang cuba mencabar kamu kerana kamu ni akan pantang dicabar. Tapi kamu tak begitu gemarkan perubahan mendadak dalam hidup kamu. Namun sekali kamu membuat keputusan, ia sukar untuk diubah oleh orang lain. Kisah cinta kamu juga begitu mencabar dan perlukan banyak kesabaran jika inginkan perhubungan itu berkekalan. Belajarlah untuk bertolak ansur sikit!

OLIVE (WARNA BUAH ZAITON)
Bagi kamu yang mewakili warna ini dikatakan seorang yang baik hati dan suka menolong orang lain. Sebab itu juga kamu tak sukakan keganasan. Kamu juga bijak menyesuaikan diri dengan teman-teman hingga membuatkan kamu menjadi ‘favourite’ di kalangan mereka. Sememangnya kamu seorang yang baik hati dan sentiasa ceria. Namun ingat, jangan terlalu percayakan orang lain membabi buta. Dalam soal cinta, kamu cukup menenangkan hati si dia dan tak suka cari pasal!

PERANG
Kamu seorang yang sukup aktif dan tak suka duduk diam saja. Pelbagai aktiviti yang dilakukan bagi memenuhi masa lapang. Sebagai seorang teman, kamu sentiasa menyokong tindakan positif teman-teman yang lain. Pun begitu, kamu sukar untuk didekati dan agak sombong jika tak boleh sesuaikan diri dengan seseorang. Dalam soal cinta, kamu mudah jatuh cinta. Tapi bila kamu sedar cinta kamu itu tidak berbalas, kamu cepat putus asa dan mengalah dengan mudah. Macam tu pulak? Seharusnya kamu perlu kikis sikap itu dan cuba berusaha untuk mengambil hati si dia. Mungki ‘rezeki’ kamu untuk memilikinya nanti?

KELABU
Kebanyakkan meraka yang diwakili oleh warna kelabu ini sangat menarik orangnya dan aktif. Kamu juga ingin diri kamu dikenali orang ramai dan menjadi kepantangan kamu pula sekiranya tidak dilayan dengan adil oleh seiapa saja! Kamu juga seorang yang tidak gemar menyimpan apa juga perasaan di dalam hati dan lebih suka meluahkannya. Sesekali kamu boleh bersikap pentingkan diri sendiri. Namun kamu amat pandai menawan hati orang lain apatah lagi dengan sikap humor yang kamu miliki itu.

BIRU
Ternyata kamu seorang yang punya keyakinan diri yang rendah dan terlalu pemilih sangat. Tak bolehlah macam tu. Itu adalah sikap negatif yang harus kamu ubah kerana mendatangkan kerugian pada diri kamu sendiri. Selain itu, kamu juga cenderung ke arah kesenian dan sememangnya kamu berbakat dalam bidang itu hingga mempu menjadikan kerjaya berkaitan dengan seni sebagai kerjaya tetap. Soal cinta pula, kamu mudah sangat jatuh cinta tapi seringkali juga putus cinta. Mana taknya, orang lain bercinta kamu pun hendak bercinta. Tapi kamu bukan benar-benar menyintai si dia setulus hati. Silap sendirilahkan? Kalau kamu mahukan hubungan itu berpanjangan, kamu harus bersikap lebih serius dan ikhlas.

BIRU LAUT
Kamu mencintai diri dan kehidupan kamu sendiri melebihi segala-galanya. Bagi kamu, jika kamu tak sayangkan diri sendiri kamu siapa lagi? Kamu juga seorang yang berpersonaliti menarik hingga sering menjadi perhatian ramai. Selain itu, kamu juga berpandangan jauh untuk masa depan. Tapi berhati-hati dengan sikap pemarah kamu tu. Sekali kamu marah pada seseorang, sukar kamu nak melupakannya. Jadi, belajarlah memaafkan orang lain. Sebab itu juga kamu sering bertengkar dengan si dia. Mana taknya, kamu ego sangat nak memaafkan orang lain sedangkan kamu sendiripun ada melakukan kesilapan!

PUTIH
Kamu punya matlamat yang jelas dalam hidup dan berusaha keras untuk mengapatkannya. Orang lain juga sering memberikan penghargaan tinggi terhadap kamu memandangkan kamu agak berkebolehan dalam pelajaran/kerjaya. Walau bagaimanapun, kamu ini kuat cemburu orangnya dan kadangkala sukar nak bekerjasama dengan orang lain. Perhubungan cinta kamu juga sering tegang dek kerana sikap cemburu kamu terhadap si dia. Cemburu itu memang tanda sayang tapi kalau dah melampau tu, cemburu buta namanya!

(AQUA) BIRU KEHIJAUAN
Mak oi! Angin satu badan kamu ni rupanya. Senang sangat mood kamu berubah secara tiba-tiba hingga kadangkala buat orang lain bosan. Mungkin sebab itu juga membuat kamu kadangkala lebih suka menyendiri melayan perasaan tapi kamu suka melancong untuk meluaskan pengalaman. Kamu juga seorang yang jujur dan mudah percaya kepada orang lain. Dari segi percintaan, kamu sukar menemui cinta sejati dan sikap terlalu mudah percaya pada orang lain membuatkan kamu sering tertipu serta gagal dalam bercinta …! Oleh itu, percaya boleh, tapi jangan membuta tuli, kelak memakan diri.

Jangan Mencari Kesempurnaan

Jangan mencari kesempurnaan
Tapi sempurnakanlah apa yang kita ada



Suatu hari, aku bertanya kepada guru

Aku: "Bagaimana caranya agar kita mendapatkan sesuatu yang paling sempurna dalam hidup..?" 

Guru : "Berjalanlah lurus di taman bunga, lalu petiklah bunga yang paling indah menurutmu dan jangan kembali kebelakang..!"

Setelah berjalan dan sampai di hujung taman, aku kembali dengan tangan hampa.. 

Lalu Guru bertanya : "Mengapa kamu tidak mendapatkan bunga satu pun..??" 

Aku : "Sebenarnya tadi aku sudah menemukannya, tapi aku tidak memetiknya, kerana aku fikir mungkin yang di depan pasti ada yang lebih indah. Namun ketika aku sudah sampai di hujung, aku baru sedar bahawa yang aku lihat tadi adalah yang TERINDAH, dan aku pun tak mungkin kembali kebelakang lagi..!" 

Sambil tersenyum,
Guru berkata : "Ya, itulah hidup.. semakin kita mencari kesempurnaan, semakin pula kita tak akan pernah mendapatkannya. Kerana sejatinya kesempurnaan yang hakiki tidak pernah ada, yang ada hanyalah keikhlasan hati kita utk menerima kekurangan.." 

• Bila tak kuasa memberi, jangan mengambil.
• Bila mengasihi terlalu sukar & sulit, jangan membenci. 
• Bila tak mampu menghibur orang, jangan membuatnya sedih.
• Bila tak mungkin meringankan beban orang lain, jangan mempersulit/memberatkannya.
• Bila tak sanggup memuji, jangan mengkeji.
• Bila tak mampu menghargai, jangan menghina. 

"JANGAN MENCARI KESEMPURNAAN
tapi sempurnakanlah apa yg telah ada pada kita"..





Sayang Aku RIndu - Bahrain Rahman


Percayalah ku setia
Jangan pernah ragu cintaku
Yang selalu memanggil namamu
Di setiap detak jantungku

Hampa mengunci jiwa
Saat jauh dari kasihmu
Benar-benar aku tak mampu
Hidup tanpamu memelukku

Maafkanlah diriku
Yangs pernah selalu melupakan
Setiap kasih yang kau beri
Setiap cinta yang kau bagi

Sungguh sepi malamku
Tak seperti saat denganmu
Tika kau ada di sisiku
Menghiasi mimpi indahku

Sayang sayang
Aku rindu
Setengah mati padamu

Sayang sayang
Ku tak mungkin
Sendiri tanpa dirimu

Engkaulah bintang di malamku
Cahaya di setiap gelapku
Dirimulah cinta sejati

Sayang sayang
Aku rindu
Setengah mati padamu

Sayang sayang
Ku tak mungkin
Sendiri tanpa dirimu

Percayalah ku setia
Jangan pernah ragu cintaku
Yang selalu memanggil namamu
Di setiap detak jantungku

Aku rindu


Zahir Tak Terucap - Nash



Nyata bukan khayalan
Apa yang aku alami
Kau jelma setelah menghilang
Kini berdiri di lamanku

Teramat getir keadaan ini
Nak kubiarkan tak sampai rasa di hati
Andai ku sambut itu bererti
Berdosanya diriku ini

Aku terpaksa kuburkan
Walaupun kasihku ada
Harus kau terima hakikat
Dia masih memerlukanmu

Nyata bukannya khayalan
Apa yang aku alami
Kau jelma setelah menghilang
Mengharap suatu yang tak mungkin

Terbongkar kini yang dulu terkunci
Namun semua itu sudah tak bererti
Silapnya kita saling memendam
Sukar meramal perasaan

Aku sememangnya ada
Menyimpan kasih padamu
Cuma zahir tak terucap
Kerna dibayang rasa sangsi


Ku Redha Sendiri - Klthom



- Ku Redha Sendiri -

Aku bukan aku yang kau kenali dulu
Engkau bukan engkau yang pernah memukau
Dihadapan kita dua insan berbeza
Yang mencari cari arahnya sendiri

Suara senada seia sekata
Tiba saatnya bercanggah jua
Kita yang bersifat baru 
Berubah dengan waktu
kau dan keangkuhanmu
mencabar kesabaranku

Kemana kelembutan bicara yang bersopan
Diriku dikasarkan oleh pengalaman
Andainya berjauhan rahmatnya kedamaian
Biar kau pergi biarku disini


Suatu Pagi Yang Sibuk


Okies awal pagi arini aku update blog.. mesti pelik kan.. aku ni tak kerja ke.. laju sangat ke wifi dekat opis time mcm gini.. alah tak payah nak pelik sangat lah.. aku tak masuk kerja pun lagi pagi ni... kuikuikuiii eh dah kenapa? Pistttt jangan ingat aku ponteng tau.. tak baik tuduh tuduh.. hahaaaa *merapu*

Sebenarnya sekarang ni aku ada dalam Bank Simpanan Nasional cawangan Kuala Terengganu... wahhh rajin pulak aku berkampung dalam bank dipagi hari nan indah ni.. kan.. biasalah demi tanggungjawab ioll.. wah gituuu sejak bila aku ni jadi insan yang bertanggungjawab sangat eh.. winkkk winkkk blinkkkk!

Alkisahnya pagi ni aku tergerak hati nak pergi pejabat TM caeangan Kuala Terengganu. Sebenarnya niat tu dah lana ada tapi masa dan situasi yang tak mengizinkan. Jadi untuk pagi nan indah ni, aku paksa jugak diri. Awal pagi semangat aku gerak dari rumah. Sampai bandar Terengganu, tak jumpa plak cari bangunan TM. Alamakkk sesat beb. Hihiii..

Aku pusing pusing dalam bandar hinggalah akhirnya sampai depan BSN. Aku nampak penunggu macam tak ramai je. Macam tak de sambutan je dekat BSN cawangan Kuaka Terengganu ni. Jadi aku ambik keputusan untuk singgah dan buat pertukaran card BSN yang baru. Okiessss andaian aku meleset. BSN yang dijanga buka pukul 8.30 pagi rupa rupabya buka jam 9.00 pagi. Hampir sejam lebih kot aku tunggu depan BSN tu. Semakin lama semakin ramai penunggu yang join aku. Fuhhhh tetiba rasa macam menyesal plak.. nanti mesti proses tu lambat kan.. tapi alang alang dah tunggu so teruskan saja..

Yeyehhh akhirnya pinru BSN dibuka. Perhhh para penunggu terus serbu kaunter pertukaran card baru. Okies mmg ramai.. agak ramai.. dan sangat ramai... mula mula berebut si penunggu depan kaunter... aku? hahaaa masih relek beratur belakang pakcik mana entah.. last2 aku dengar akak kaunter tu cakap.. silalah beratur.. saya ambil ic yang bahagian beratur je.. yg tepi ni saya tak nak ambik.. hahaaa ambikaw padam muka.. maka satu demi satu terlepas dgn borang dan angka giliran. Sampai turn aku.. okiesss no 31.. matilanakkk nak tunggu sorang demi sorang... tapi takpe demi cemard baru.. yang orang warwarkan katanya lagi cantik dari card lama.. aku rela menunggu.. walaupun penantian satu penyeksaan. Cewahhh gitu...

Okies aku masih menanti hingga saat ni. Harap urusan BSN ni siap secepat mingkin. Aku plan lepas ni nak pergi TM. Nak settlekan urusan TM pulak. Lepas tu kalau sempat aku nak ke CIMB. Nak settkejan urusan pertukaran card CIMB pulak. Lepas tu, kalau sempat lagi aku nak pegi Maybank pylan. Nak buka akaun untuk Maybank pulakkk.. wahg banyak kan aku punya plan pagi ni. Hahaaa harap sempat masuk kerja petang ni. Okbye.

Praktikal di Kilang SwitchBoard - Part 2


Hari masih pagi tapi aku dah mengantuk tahap tak terkawal.. bosan pun ada.. hari hari duduk dalam kilang mengadap switchboard... sebenarnya bukan bosan mengadap switchboard.. tapi bosan sebab barang takde.. kerjanya kalau diikutan memang banyak.. tapi disebabkan takde barang maka segala ketja tertangguh.. setakat kerja sikit sikit tu ada lah.. tapi itu pun kadangkala tak dapat nak settlekan sepenuhnya jugak.. sebab ada sesetengah barang yang takde...

Pagi ni aku masih blur.. pedih mata sebenarnya.. mungkin sebab malam tadi banyak sangat airmata keluar.. menangis... hahaaa giler! 

Pagi ni aku masuk kerja lewat dari kebiasaan. Alaaa lewat 5minit je pun.. eh tetap lewat juga.. kan?.. 

Bosan.. mengantuk.. takde mood.. kerja mana kerja... kekadang aku pun naik feadup nk pergi kerja.. kenapa.. sebab selalu sangat barang takde.. so pergi kerja melangut hadap switchboard.. nak fitting cable takde.. nak setting barang.. barang takde.. dah tu nak buat apa.. kesudahannya ramai ramai tenung swtichboard yang kosong tu.. kihkihkihhh 

Tanda Anda Semakin Bertanggungjawab!


Semakin anda dewasa, semakin banyak tanggungjawab yang anda harus pikul. Banyak tanggungjawab tak bermaksud anda seorang yang bertanggungjawab. Kenapa? Ada orang lepas tangan daripada tanggungjawab mereka.

Apakah tandanya anda semakin bertanggungjawab dalam hidup dan anda laksankan tanggungjawab anda?

1. Ibu bapa anda tidak lagi mengingatkan anda tentang menjadi seorang yang dewasa.

2. Simpanan anda semakin bertambah.

3. Anda tidak bertangguh untuk melakukan sesuatu perkara.

4. Anda lebih mengambil berat tentang kesihatan anda.

5. Anda faham betapa pentingnya berkomunikasi.

6. Anda tidak ada masa untuk berdrama

7. Anda akui kesilapan anda.

8. Anda ingin luangkan lebih banyak masa dengan ibu bapa.

9. Anda gembira dengan kerja anda.

10. Anda terasa tua (ini aku tambah sendiri)

Adakah anda rasa makin bertanggungjawab? Sila check melalui tanda-tanda di atas!

Praktikal di Kilang SwitchBoard - Part 1


BAHAYA / DANGER / 240 V/ 415 V

Kenapa tiba-tiba aku tayang gambar danger tu? Buang tabiat ke?
Eh bukanlah. Okies meh sini aku jelaskan ye.
Sebenarnya baru-baru ni ada seorang seseorang tanya aku
"weh kau student kan"
"ambik couse apa"
"kau praktikal kat mana"
"kau praktikal buat apa je"

Ya, aku memamg student. *belajar tak pernah habis*.
aku ambik couse Penjaga Jentera Elektrik A1. Pernah dengar nama couse tu?
Alaaa nama tu tak famous mestilah korang tak tahu
tapi kalau aku sebut chargeman Al, tahu? *kihkihkihkihhh*
Aku praktikal di Terengganu.
Untuk semester ni aku praktikal bahagian switchboard.

Dengar macam pelik ke?
Tapi itulah hakikat
Kerja aku hari-hari memang mengadap switchboard pun.
Mula-mula dulu, aku terfikir jugak, boleh tahan ke tidak dengan cabaran dekat kilang tu,
mampu ke aku lalui 6 bulan disitu, mampu ke aku settlekan semua tugasan yangs supervisor berikan nanti, mampu ke, mampu ke dan mampu ke???

Alhamdulillah, hampir 5 bulan dah aku praktikal dekat situ. Berbaki lagi sebulan untuk aku tamatkan latihan industri bagi semester 4. Next semester, next praktikal, insyaAllah aku akan pilih bahagian motor induction atau underground cable plak untuk 6 bulan akan datang. 









Jualan Online Revolution Sale Lazada


CLICK GAMBAR DIATAS UNTUK TERUS SHOPPING DI LAZADA

Lazada Membawa 1000 Jenama untuk Jualan dalam Talian Terbesar di Asia Tenggara
Lazada Malaysia menawarkan jenama terkemuka
dengan tawaran yang hebat untuk rakyat Malaysia

“Online Revolution”  Lazada adalah acara menjual dan membel-belah dalam talian yang terbesar di Asia Tenggara yang membawa jenama, peniaga dan para pengguna bersama-sama di enam buah negara.

Lazada memulakan “Online Revolution” pada 12 Disember 2012 (12.12) dalam usaha untuk mendidik para pengguna tentang membeli-belah dalam talian dan kemudahannya. Apa yang bermula sebagai jualan selama satu hari telah mencetuskan kegilaan membeli-belah yang berkembang menjadi acara selama sebulan sebulan pada setiap tahun.

Semenjak itu, “Online Revolution” Lazada telah membuktikan dirinya sebagai acara jualan runcit dalam talian yang tersibuk di Asia Tenggara. Pada 2015, AS$40 juta dalam Nilai Dagangan Kasar telah dicatatkan semasa finale yang berlangsung selama tiga hari.

“Online Revolution” 2016 Lazada akan menyaksikan penyertaan jenama-jenama terkemuka yang sekaligus akan menawarkan beraneka produk popular dan berkualiti, dan tawaran yang terbaik untuk para pengguna dari Asia Tenggara.


Untuk tahun ini, Lazada Malaysia telah membuka tirai kepada jualan dalam talian terbesar di Asia Tenggara, “Online Revolution” dengan penyertaan lebih daripada 1000 jenama dan 55 000 peniaga tempatan dan antarabangsa. Acara selama sebulan ini yang akan bermula dari 11 November 2016 hingga 14 Disember 2016 adalah jualan “Online Revolution” yang kelima semenjak pelancarannya pada 2012.

(Brand for All)

Tema untuk jualan “Online Revolution” pada tahun ini ialah “Jenama untuk Semua” (Brands for All) yang akan menandakan evolusi Lazada sebagai hab untuk jenama-jenama kegemaran rakyat Malaysia. Antara jenama yang akan turut menyertai acara “Online Revolution” pada tahun ini termasuklah Drypers, L'Oréal, Nestlé, Samsung dan jenama-jenama lain seperti Prodiet, Microsoft, ZTE, Goon, Bosch, Tesco, Mattel, Sports Direct, dan pelbagai lagi.


Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Lazada Malaysia, iaitu Hans-Peter Ressel,  “Di Lazada Malaysia, kami komited untuk menawarkan rakyat Malaysia dengan akses kepada berjuta pilihan. 81% daripada para pengguna kami tinggal di luar Kuala Lumpur, dengan akses yang terhad kepada pusat beli-belah dan barangan berjenama yang berkualiti. “Online Revolution” 2016, yang bertemakan “Jenama untuk Semua” adalah bertujuan untuk memperdekat lagi jurang antara jenama dan pengguna. Kami menawarkan jenama-jenama ini dengan akses tanpa had kepada para pengguna yang berada di luar bandar-bandar metropolitan sementara kami juga memudahkan para pengguna untuk mengakses lebih daripada 1000 jenama kegemaran mereka”.

“Pada hari ini, kami mempunyai demografik pengguna yang lebih berusia, lebih pelbagai, dan lebih subbandar. Kami sedar dengan perubahan permintaan pengguna, dan kami berusaha untuk menawarkan apa yang setiap rakyat Malaysia mahukan. Oleh kerana itulah kami menawarkan tawaran tanpa tandingan – sebuah katalog dengan lebih daripada 7 juta produk merentasi 17 kategori; dengan antara produk terlaku kami termasuklah lampin, barangan runcit, dan perkakasan dapur”, ujar En. Ressel di hujung kata.

Semasa acara ini, para pengguna boleh menjangkakan untuk menemui lebih daripada 500 000 tawaran, termasuklah berbagai-bagai tawaran yang mengagumkan dari jenama tempatan dan antarabangsa - termasuklah pelancaran barangan berjenama yang eksklusif.  Lazada Malaysia juga akan menampilkan promosi dari pelbagai rakan pemasaran – para pengguna berpeluang untuk memenangi hadiah penerbangan percuma dari AirAsia BIG; termasuklah tawaran istimewa dari DiGi, Maxis, Domino’s Malaysia, Caltex, HSBC, CIMB, TGV Cinemas dan Maybank semasa “Online Revolution” 2016.

Untuk pengetahuaan semua, Lazada Group mengendalikan  Lazada, destinasi beli-belah dalam talian yang terbesar di Asia Tenggara, dengan kewujudan di Indonesia (www.lazada.co.id), Malaysia (www.lazada.com.my), Filipina (www.lazada.com.ph), Singapura (www.lazada.sg), Thailand (www.lazada.co.th), dan Vietnam (www.lazada.vn).

Berminat untuk shopping di Lazada, anda bolehlah melayari website http://www.lazada.com.my/online-revolution/ .

Dilancarkan pada Mac 2012, Lazada telah merintis jalan e-dagang di rantau ini dengan menawarkan kepada para pengguna kesenangan membeli-belah dengan cara bayaran yang berbagai-bagai termasuklah bayaran ketika penghantaran, khidmat pengguna yang menyeluruh dan penghantaran balik percuma. Lazada menampilkan pilihan produk yang luas untuk beraneka kategori, daripada barangan elektronik hinggalah perkakasan rumah, permainan, fesyen, dan peralatan sukan.

Lazada menawarkan jenama dan peniaga dengan sebuah pasaran yang ringkas dan akses terus kepada lebih daripada 560 juta pembeli di enam buah negara melalui satu saluran runcit tunggal.

Kita dah shopping Seagate Backup Plus Slim External Hard Drive 2TB Blue.
Korang bila lagi nk shopping??

Yeyehhh Power Bank! Kita dah grab Pineng PN-920 20000 mAh Power Bank (Black)
Korang bila lagi nak shopping??
Okies, Kita dah shopping 2 item setakat ni.
Item seterusnya tunggu next week ye. ❤☺

Untuk maklumat lebih detail mengenai Online Revolution, anda bolehlah layari website Lazada Malaysia Online Revolution 2016 @ terus ke http://www.lazada.com.my/online-revolution/.  Terdapat banyak barangan berjenama dengan harga yang awesome. Rugi sangat kalau korang tak grab sementara sale masih berlangsung ni. Pastinya kemeriahan dalam berbelanja dirasai. Hanya di Lazada Malaysia

Korang dah tengok iklan TVC Lazada yang terbaru ?
Boleh klik link di bawah









10 Jenis Ubat dari Limau Kasturi


Pernah dengar tentang limau kasturi? Selain dari dibuat air, limau kasturi juga boleh dibuat ubat tau. Jom baca kisah khasiat dan ubat dari limau kasturi

1 . Ubat Batuk

Limau + Kicap + Garam = Minum setiap pagi dan malam. InsyaAllah, batuk akan beransur pulih

2 . Ubat Demam

Petiklah 2-4 genggam daun limau kasturi. Rebus dengan 2 hingga 4 gelas air. Gunakan air rebusan ini untuk menuam pesakit yang demam. Caranya dengan membasuh kain pada air rebusan dan diperas, lalu ditempelkan pada dahi pesakit.

3. Ubat Ketiak

Siapkan limau kasturi yang dicampur kapur sirih. Setelah mandi, sapukan campuran ini pada ketiak dan biarkan beberapa waktu sebelum dibasuh. Lakukan pagi dan petang.

4 . Ubat Pening Kepala

Ambil sebiji limau kasturi dan potong sedikit di bahagian atasnya. Kemudian, picit kulit limau kasturi tadi sehingga cecairnya keluar. Pastikan anda menghalakan cecair tu ke arah hidung semasa ia terpancut.

5 . Ubat Lelah

Ambil sesudu madu. Kalau boleh madu asli. Kemudian, campurkan dengan 5 titik jus limau kasturi.Minumlah campuran madu dan jus limau kasturi tadi.Anda boleh meminumnya pada bila-bila masa walaupun ketika tak mengalamilelah. Tapi cukuplah anda mengamalkan cara ini seminggu sekali.

6 . Ubat Kurus

Perahan limau kasturi yang dicampur dengan teh tanpa gula dan diminum setiap hari. Sebaik-baiknya biarlah teh yang diminum itu teh panas suam, kesannya lebih cepat. Amalkan meminum air ini dan insyaAllah perut anda yang buncit akan menjadi kempis dan kemas semula.

7 . Ubat Kelemumur

Biasakan mencuci rambut dengan beberapa helai daun rambutan yang diramas bersama setengah cawan air hingga mengeluarkan lendir. Kemudian bancuh sebati lendir daun rambutan bersama dua cawan santan dan beberapa biji air limau kasturi. Lumur pada seluruh kepala dan balut menggunakan tuala lembap. Biar sebentar sebelum dibilas bersih, Lakukan seminggu sekali.

8 . Ubat Hilang Minyak Pada Baju

Perahkan sebiji limau kasturi ke dalam piring.Campurkan perahan limau kasturi tadi dengan sedikit garam.Kemudian, gosokkan campuran di atas pada bahagian pakaian yang terkena minyak.Lepas dah gosok, biarkannya selama 5 hingga 10 minit. Kesan minyak tu akan hilang nanti.Akhir sekali, barulah anda basuh pakaian tadi bersama dengan pakaian lain macam biasa.

9 . Ubat Wangi Rambut

Ambil beberapa biji limau kasturi & hiris2kan. Kemudian gosokkan ke seluruh kepala. Biarkan beberapa minit, kemudian barulah cuci hingga bersih. Selain mewangikan rambut, limau kasturi ni juga boleh menghilangkan rasa pening & menyejukkan kepala.

10 . Ubat Kilatkan Cermin Mata

Cermin mata selalu kabur warna kerana terkena peluh disekitar mata atau hidung. Cuba petua ini bagi mengatasi cermin mata anda jelas lebih lama. Cuci & gosokkan sedikit limau pada kacanya. Bilas bersih2 kemudian lap dgn kain bersih atau tisu. Hasilnya cermin mata lebih kuat & jelas lebih lama.




Tanda Anda Gemuk & Penghidap Obesiti


Ramai yang anggap masalah kegemukan tu perkara biasa dan tidak ada apa yang perlu dirisaukan.

Masalah orang sekarang, bila dah ada penyakit menyerang barulah sibuk nak jaga pemakanan. Bukankah mencegah lebih baik dari mengubati?


Untuk anda diluar sana, sebelum jadi lebih melarat, periksa 8 tanda sama ada anda penghidap obesiti atau tidak!

1. Kerap marah letih, lesu & kurang bermaya
2. Mudah marah & gelisah
3. Mengalami masalah perubahan pada nada & kotak suara
4. Kerap kencing & usus menjadi lemah
5. Bau badan yang kuat
6. Pergerakan & daya pemikiran menjadi lemah
7. Tidak tahan bunyi bising & kerap menyendiri
8. Masalah kegatalan kulit kering sering terjadi terutama diwaktu malam



5 Sebab Kenapa Perempuan Cantik Ditakuti lelaki


Kajian yang dilakukan oleh Anthony Little dari Universiti Stirling dan Benedict Jones dari Universiti Glasgow mendapati, lelaki lebih melihat pada sifat seorang wanita dari rupa paras mereka.

Kebanyakan lelaki melihat wanita cantik tidak mempunyai personaliti yang bagus dan disebabkan itu mereka hanya dijadikan sebagai kekasih tapi bukan sebagai isteri.

Kami senaraikan 5 sebab kenapa lelaki ni hanya berani bercinta dengan wanita cantik tetapi tidak untuk mengahwini mereka!

1. Kebanyakan lelaki takut pada wanita cantik

Bila bersama dengan wanita cantik, banyak risikonya. Ramai lelaki akan rasa cemburu dan akan bergaduh dengan lelaki lain. Jadi, kebanyakan lelaki hanya berani gunakan wanita cantik sahaja.

2. Wanita cantik hanya pentingkan rupa paras mereka sahaja

Kebanyakan kes, hubungan perkahwinan wanita cantik tidak kekal lama. Wanita cantik akan rasa diri mereka lemah jika ada kekurangan pada diri mereka.

3. Wanita cantik hanya dijadikan wanita simpanan atau spare tyre je

Wanita cantik kebanyakannya gagal menjadi isteri yang baik. Jadi, lelaki hanya menjadikan wanita cantik sebagai spare tyre je Lelaki mudah tergoda dengan wanita cantik dan sanggup buat apa saja. Disebabkan itu lelaki tidak mahu terjerat.

4. Wanita cantik ni high maintenance 

Wanita cantik pentingkan paras rupa dari hujung rambut sampai hujung kaki. Ramai lelaki tak sanggup nak serahkan duit hanya untuk mencantikkan wanita je.

5. Wanita cantik takut nak lahirkan ramai anak

Wanita cantik tidak pernah bersedia untuk melahirkan lebih daripada seorang anak kerana takut hilang bentuk badan menarik mereka.


Nak tanya betul ke fakta ni gadis-gadis cantik sekalian?

Credit ; hanasuva

Kaki Kejang - Cara Cegah & Rawatan.


Penyebab kaki kram tidak selalu diketahui, namun umumnya disebabkan ataupun terkait dengan cedera ketika berolahraga, kehamilan, dehidrasi, kekurangan mineral tertentu, ataupun perubahan suhu dingin.

Anda mungkin mengalami kejang di kaki secara tiba-tiba menyebabkan kesakitan luar biasa pada bahagian betis biasanya berlaku semasa aktiviti bersukan. Kami ingin kongsikan informasi mengenai kram atau kejang semoga ramai mengetahui tentang punca-punca kejang, rawatan dan kaedah pencegahan.

Punca kram kaki:

– Aktiviti yang berlebihan kepada keletihan otot dan boleh bekerja lebih lama lagi
– Kekurangan kalsium dan magnesium
– Dehidrasi
– Kesan-kesan sampingan ubat-ubatan dan sebagainya.

Apa perlu dilakukan apabila serangan kram berlaku:

– Mencari tempat untuk duduk / bersandar
– Keluarkan kasut / Kasut
– Angkat kaki anda di atas riba sakit
– Jangan bengkok, kerana kedudukan lenturan boleh menekan kawasan otot
– Kadang kala apabila serangan berlaku kekejangan menyebabkan keadaan jari kaki menguncup, menggunakan tangan anda untuk perlahan-lahan menolak jari kaki menaik untuk membuka semula
– Apabila kekejangan telah reda, mengurut tapak kaki sehingga mengalir darah yang semula dengan lancar

Bagaimana untuk mengelakkan kekejangan:

– Melindungi keseimbangan cecair badan dengan meminum banyak air. ; Minum sekurang-kurangnya 6-8 gelas setiap hari, termasuk 1 gelas sebelum tidur juga tambahan minuman sebelum, semasa dan selepas senaman

– Pengambilan makanan yang kaya dengan kalsium, kalium dan magnesium. eg: 1-2 pisang sehari boleh membantu mencukup penggunaan kalium oleh tubuh badan kita.

– Apabila secara semula jadi sering kejang semasa tidur, jadi kita perlu lakukan gerakan ringan untuk otot sebelum tidur, elakkan tidur di otot betis yang akan menyebabkan tekanan pada saluran darah anda, cuba lakukan urutan ringan pada jari kaki dan betis anda sebelum tidur.

– Elakkan menggunakan kasut tumit tinggi, apabila terpaksa memakai kasut tumit tinggi untuk jangka masa yang panjang, kadang-kadang perlu buka kasut untuk memberikan keselesaan kepada jari kaki dan peluang untuk kaki berehat.

– Pilih kasut yang tidak terlalu ketat pada bahagian hujungnya, supaya kaki tidak terlalu tertekan semasa melangkah dan; menyebabkan kurang peredaran darah yang lancar

– Lakukan senaman jari kaki dengan menggerakkan jari kaki ketika berdiri dan duduk

– Selalu rendam kaki / jari kaki dalam air suam dan urut agar aliran darah lebih lancar.

– Boleh juga lakukan regangan selepas aktiviti berterusan yang terlalu lama. Sebagai contoh, selepas duduk lama di hadapan komputer selama 2 jam, berada di dalam pesawat udara atau kenderaan.


Semoga bermanfaat

Printcious - Koleksi Hadiah Menarik Untuk Anda Dan Yang Tersayang.


Assalamualaikum.. Hai gais ! Ada yang sedang pening kepala mencari hadiah untuk yang tersayang ke? Apa yang jiwa kacau mencari hadiah tak jumpa -jumpa ke? Okay! jangan risau. Jom Cik KP kongsi dengan korang satu website yang menyediakan koleksi hadiah yang awesome!!!

Printcious.. menawarkan pelbagai bentuk hadiah untuk anda dan tersayang, tidak kira lelaki mahupun wanita. Dengan tagline "Printcious.com – Precious Gifts From Your Heart", semestinya Printcious.Com merupakan satu pilihan yang tepat sekianya anda berbelanja disitu. 

Printcious.Com menawarkan beberapa kategori yang boleh anda pilih. Antaranya termasuklah T-Shirts, Mugs, Cushions, Phone Cases, Ceramic Tiles, Puzzles, Mousepads, Mini Tees, Baby Rompes, Coasters, Button Badges, Caps, Canves, Bags, Lanyards dan Keychains. Wow banyak sangat kan !! Semestinya hanya di Printcious.Com!!

KLIK GAMBAR UNTUK DAFTAR TERUS DI PRINTCIOUS.COM

Sebelum membeli jangan lupa daftar di Printcious.Com.. alaaa daftarnya percuma je. Korag boleh daftar melalui email ataupun terus link kan ke facebook. Mudah sangat kan!




Siap mendaftar, korang boleh pilih mana-mana hadiah yang berkenan dihati. nak T-Shirt ke, Phone Cases ke, Ceramic Tiles ke, Puzzles ke dan banyak lagi. Korang pilih je lepas tu nanti design sendiri hadiah tu. Korang boleh pilih samaada nak maukkan gambar ke, nak tulis kata-kata sahaja ke. Itu terpulang pada kretiviti dan idea korang sendiri. Mudah sangat kan! Best plak boleh design-design sendiri.

Untuk Cik CP, semestinya memilih T-Shirt. Kenapa T-Shirt? Sebab Cik KP ni hantu T-Shirt. Pegi jejalan, nampak T-Shirt degn design yang simple-simple terus beli. Pakai ke tidak, itu lain cerita. Yang penting beli tetap beli. Kihkihkihhhh... okaylah, jom kita designkannya.




Tadaaaa !!!! Dah siap design Cik KP. Simple sangat kan! Hahaaa Okaylah, siap mengdesign, korang boleh klik dekat "Add to Cart"


Lepas tu koang boleh pilih sama ada nak "continue shopping" ataupun nak "checkout". Untuk pengetahuaan korang, di Printcious.Com, banyak discount yang ditawarkan tau. Contoh, macam baju yang Cik KP pilih ni. Sekarang ni tengah discount. Jangan jelous uoll!! Harga asal RM 49.00 dan selepas discount harganya RM 29.40. Berbaloi sangat tau. Kualiti kain yang digunakan sangat tinggi dan harganya pulak sangat berpatutan. Wallahh ! The bestlah. 


Lepas dah "checkout", jangan lupa isi detail beserta cara payment korang ye. Sekiranya ada discount, korang boleh masukkan cod disciunt di bahagian bawah harga tu kemudian "apply". SIAP!!! 
Okay, settle sudah order hadiah untuk tersayang di Printcious.com

Bila dah boleh design-design ni, rasa macam nak design lagi pulak. Kihkihkihhhh lepas ni bolehlah shopping lagi di Printcious.com. Senang sangat. Kalau nak buat kejuatan pun boleh. Hadiah korang tu boleh terus dialamatkan kepada si penerima. Eh nak kejuatan untuk siapa tu, mak, ayah, adik, abang, kesayangan, wife, husband pun boleh. Best kan!

Printcious menawarkan penggantian dan pembayaran balik sekiranya barangan yang dibeli mengalami kerosakan/kecacatan semasa proses penghantaran. Pihak Pintcious juga menawarkan pemulangan barang secara percuma dalam masa 7 hari. Untuk proses pemulangan adalah sangat mudah. Hanya mengambil gambar pada cacat barang, bungkusan dan konsainan nota kemudian email Printcious di feedback@printcious.com.



Korang nak tahu lebih detail mengenai Printcious ni boleh  ke
Website : http://www.printcious.com/
Facebook : https://www.facebook.com/printcious