27092015 - Thanks kawan sebab bawa aku jelajah hampir sebijik Kolumpor dalam masa sehari. Dari awal pagi hingga lewat malam kita habiskan masa bersama. Even ada kawan yang baru kenal, tapi gayanya dah macam lama kenal. Hehee happy dapat lepak dengan korang. Apapun thanks pada 'budak sesat' sebab bersusah payah jemput aku di TBS then bawak aku pergi Selayang. Banyak tempat yang kami pergi dalam sehari. Banyak kenangan yang kami ciptakan bersama. Lepak dengan korang memang the best. Satu kepala semua masuk air. Heheee.. semoga ukhwah kita berkekalan sampai Syurga. Sahabat sampai Syurga
Sebab aku bencikan bus tranasional
Nak dijadikan cerita, 27/09/2015 aritu aku selamat sampai ke TBS lebih kurang pukul 5:30 pagi. Perjalanan yang memakan masa hampir 10 jam dari Kuala Terengganu ke Terminal Bersepadu Selatan tu memang betul-betul menguji hati nurani aku. Serius memang menyakitkan hati sepanjang berada dalam bus.
Setelah hampir seminggu kau bercuti, melepak di kampung akhirnya tiba masa untuk aku kembali merantau. Kalau ikutkan hati aku nak cuti dua minggu, tapi lect tak bagi. Jadi, disaat-saat akhir aku beli tiket untuk balik hostel. Bayangkan, malam raya Aidiladha aku beli tiket tu. *adik aku yg tolong belikan sebenarnya*. Tiket waktu tu memang agak terhad, dalam erti kata lain dah hampir kehabisan. Tak banyak pilihan dah pun. Kebiasaannya, aku akan ambil bus S.P. Bumi dan akan turun di Terminal Seremban. Tapi disebabkan kehabisan tiket so aku terpaksalah naik bus Tranasional yang turun di TBS.
Ok, aku tak kisah turun di TBS tu. Yang menyakitkan hati aku adalah bus tu. Bus Tranasional yang langsung tak mesra alam. Dahlah bawak penumpang melebihi had. Lepas tu perangai pemandu yang entah apa-apa. Bajet good-good je pakcik driver tu. Emo, garang yang amat kowt. Bila tanya, jawab dengan suara macam marah-marah. Sakit pulak hati aku. Kalau diikutkan, dalam tiket ada tercatat no kerusi yang akan kita duduk ketika dalam bus tapi hampeh. Kebetulan waktu aku masuk bus, cari punya cari nombor kerusi, sekali aku tengok dah ada orang duduk dekat situ. Bila aku pergi tanya driver bus, dia cakap duduk je mana-mana pun, sama je. Ya Allah, macam membara giler hati aku. Kesudahannya, disebabkan tade pilihan aku terpaksalah duduk disebelah penumpang lelaki. Padahal kalau diikutkan, aku punya single seat kowt. Dahlah seat sempit, memang betul-betul tak selesa. Sepanjang jalan, memang tidur aku terganggu. Si lelaki sebelah tu tak habis-habis tidur kepala terlentok pada aku. Disebabkan geram punya pasal, last sekali aku tolak je kepala dia tu. Padam muka. Maaf, bukan nak kurang ajar tapi disebabkan dah berkali-kali aku tegur dia buat dono. Terfikir jugak, si lelaki tu nak ambil kesempatan ke apa. Sabarlah hati.
Sebelum ni aku pernah sekali naik bus Tranasional dari TBS ke Kuala Terengganu. Perkara yang sama juga terjadi pada aku. Sejak kes tua, aku dah tekad nak mogok dengan bus Tranasional. Tak nak dah naik bus tranasional. Perkhidmatan dia tak mesra alam. Langsung tak sistematik. Tapi disebabkan dah tade pilihan, itu yang aku terpaksa jugak naik bus Tranasional aritu.
Ok, aku belajar dari kesilapan. Ambilkan kesemua tu sebagai iktibar. Lepas ni, beli tiket awal. Jangan mengedik last minute baru nak beli tiket. Yang paling penting lepas ni tak nak dah naik tranasional. Cukuplah dua kali perkara sama terjadi pada aku. Tapi nanti kalau terdesak mungkin akan aku naik lagi kowt. Siapa tahukan, mungkinlah. Apapun, bus Tranasional memang pilihan terakhir aku.
Tips untuk berdiet
Tip 1 – Untuk tips pertama ini, anda perlukan dua biji lobak merah dan sebiji timun. Kemudian, buang kulit kedua-dua buah tersebut dan perah untuk dapatkan airnya. Selepas itu, campurkan perahan dengan sebiji limau nipis dan bancuh sehingga sebati. Anda boleh minum sebanyak dua kali sehari sehingga mencapai berat badan yang diimpikan.
Alasannya? – Lobak dan limau nipis mengandungi banyak antioksida didalamnya. Antioksida ini dapat meneutralkan radikal bebas dan seterusnya menjadikan sistem hormon badan anda menjadi seimbang. Jadi lemak-lemak bebas dapat disingkirkan dengan mudah.
Tips 2 – Jangan tinggalkan sarapan. Anda mungkin ingin kurangkan pengambilan makanan kerana berdiet. Lalu anda abaikan sarapan. Tetapi, tindakan itu adalah kurang bijak.
Alasannya? - Ini kerana, apabila anda telah berlapar semalaman kemudian tidak bersarapan. Kandungan glukosa dalam badan boleh menjadi rendah dan mengakibatkan masalah fisiologi seperti pening dan pitam. Jadi, apabila tiba waktu lunch, anda mungkin mengambil makanan secara berlebihan. Oleh itu, jangan tinggalkan sarapan walau hanya dengan sebiji buah epal.
Tips 3 – Kurma sebagai makanan pagi. Dengan pengambilan beberapa biji kurma sebagai sarapan, ianya mampu mengenyangkan dan membekalkan tenaga di sepanjang pagi. Malah, anda mungkin masih berasa kenyang sehingga tengahari. Dengan itu, anda tidak perlu makan dengan banyak di waktu lunch. Anda bukan sahaja dapat berdiet, malah mampu berjimat.
Alasannya? – Kurma mengandungi jumlah glukosa yang sangat tinggi. Glukosa ini dapat memberikan tenaga yang secukupnya kepada badan untuk melakukan tugas harian. Berbanding makanan pagi yang berjenis kuih muih atau nasi, ia sebenarnya mengandungi tinggi kolestrol beserta karbohidrat.
Tips 4 – Ambil makanan kaya serat dengan banyak pada waktu makan. Contoh makanan kaya serat adalah; buah-buahan, sayur-sayuran, vitamin, mineral, dan bijiran penuh.
Alasannya? - Makanan seperti itu mempunyai kuantiti kalori yang rendah tetapi kaya dengan diet serat yang diperlukan oleh oleh tubuh setiap hari.
Tips 5 – Sediakan buah-buahan dan sayuran berwarna hijau, oren dan kuning pada waktu makan. Contohnya; brokoli, lobak, dan buah-buahan sitrus (e.g. limau). Makanan seperti itu mempunyai sifat antioksida yang tinggi dan boleh diambil sebanyak lima atau lebih hidangan pada setiap hari.
Tips 6 – Pastikan kadar pengambilan kolesterol di bawah 300 mg pada setiap hari.
Bagaimana? Kurangkan lemak haiwan di waktu makan yang boleh meningkatkan kadar kolesterol dalam darah. Anda boleh realisasikannya dengan memilih daging kurang lemak dan produk tenusu rendah lemak.
Alasannya? – Lemak adalah jenis tenaga yang terakhir sekali digunakan oleh badan. Jadi kebanyakkan lemak yang diambil tidak digunakan dan ia disimpan dibawah tisu. Lemak inilah yang membentuk badan anda menjadikannya ia tidak menarik.
Tips 7 – Pastikan sumber protein dalam diet harian. Pertama, anda perlu kurangkan pengambilan gula dan karbohidrat yang boleh meningkatkan berat badan anda. Kemudian, ambil sarapan yang kaya protein seperti minum susu segar dan sebiji telur. Semasa lunch pula, makan makanan seperti sup sayur atau ayam bersama nasi separuh dan sebiji epal. Apakah hasilnya? Tubuh akan menyimpan lebih banyak tenaga untuk menjalankan aktiviti sehingga keesokkan hari.
Tips 8 – Lakukan aktiviti yang banyak pergerakan. Apabila anda ingin menjadi kurus, anda pasti terbayang aktiviti berjoging atau masuk ke gym yang melibatkan kos. Anda sebenarnya mempunyai pilihan iaitu dengan membuat aktiviti berjalan kaki sahaja. Ianya lebih mudah, murah dan menyeronokkan. Tambahan pula, aktiviti itu cukup untuk menjana tenaga dengan melatih paru-paru dan jantung untuk bekerja.
Untuk makluman anda, dalam setiap hari anda boleh melakukan aktiviti berjalan sebanyak 10,000 langkah sahaja.
Amalan 10,000 langkah setiap hari mampu membakar lemak anda dibahagian peha dan juga perut.
Jadi ia memudahkan anda mengurangkan berat badan anda ke tahap yang diingini.
Adakah anda fikir sukar untuk membuat 10,000 langkah dalam masa sehari? Bagi saya cara itu senang sahaja.
Antara aktiviti yang boleh anda lakukan untuk mencapai 10,000 langkah adalah seperti:
-Berjalan-jalan dalam shopping kompleks dalam masa lebih 2 jam.
Untuk ke setiap destinasi, anda boleh parking kereta jauh sedikit dari tempat yang anda tuju.
-Membersihkan rumah dengan menyapu serta mengelap lantai sebuah rumah. Ini bukan sahaja dapat menceriakan lagi rumah anda namun ia dapat memberikan anda satu senaman yang boleh menguruskan badan anda.
-Berjalan kaki meronda-ronda taman dalam masa 2 jam.
Tips 9 – Lakukan sedikit aktiviti selepas makan. Pada kebiasaannya, diri anda merasa berat dan mengantuk selepas makan. Apa kata anda membuat sedikit perubahan dengan berjalan-jalan atau menaikki tangga selepas selesai makan.
Alasannya? - Ianya membantu untuk membakar sebahagian kalori dari makanan yang anda makan itu tadi. Tetapi, jangan pula terlalu mendesak. Ini kerana, anda baru habis makan dan mungkin boleh mendatangkan masalah lain.
Tips 10 – Makan adalah satu keperluan, jadi jangan tak makan. Ini kerana, makanan adalah sumber kepada tenaga. Anda kurang makan, maka penggunaan tenaga menjadi kurang mengakibatkan tubuh anda akan mengalami kejutan. Perkara ini boleh menyebabkan kadar metabolisma anda menjadi rendah. Apabila hal ini berlaku, badan anda akan mula membakar otot untuk menggantikan makanan. Selepas itu, berat badan anda tidak akan berada pada tahap yang ideal.
Kebaikan dan khasiat buah delima
1. Khasiat Buah delima untuk kesihatan
● Mengandungi antioksidan Kajian menunjukkan bahawa kandungan antioksidan dalam buah delima adalah dua atau tiga kali lebih tinggi berbanding anggur merah. Malah, kualiti antioksidan juga dikatakan lebih baik daripada buah beri biru, cranberry serta oren kerana polifenol dalam buah delima juga lebih tinggi. Fungsi Antioksidan ialah ianya dapat melawan radikal bebas yang dapat merosakkan sel dalam badan kita. Kerosakan sel akan menyebabkan pelbagai penyakit termasuklah kanser, penyakit jantung dan alzheimer.
● Melindungi jantung kita kajian Proceedings of the National Academy of Sciences menyatakan jus delima dapat mencegah pengerasan arteri dan penyakit lain seperti serangan jantung dan stroke. Buah delima mencegah daripada tompokan plak yang menyebabkan plak tersumbat di arteri dan buah delima juga dapat meluruhkan tompokan plak yang terlekat diarteri. Dalam Journal of Cardiology menyatakan pesakit koroneri (PJK) yang jus buah delima setiap hari selama tiga bulan menunjukkan peningkatan aliran darah ke jantung sebanyak 1 %. Aliran darah menurun sebesar 18%.
● Menurunkan kadar kolesterol dalam darah Menurut penelitian di American Journal of Clinical Nutrition, antioksidan dalam buah delima dapat mengurangkan oksidasi LDL (kolesterol jahat) pada tikus. Hal ini menurunkan kadar LDL dan meningkatkan HDL (kolesterol baik).
● Mencegah dan memperlambat penyakit Alzheimer. Dalam sebuah studi, tikus yang dibiakkan untuk mengembangkan penyakit Alzheimer diberi jus delima. Mereka mengakumulasi plak amiloid yang lebih sedikit dan melakukan tugas-tugas mental yang lebih baik
● Sumber nutrisi Sebiji buah delima memiliki sekitar 40 % vitamin C harian untuk orang dewasa, bersama dan ianya juga mengandungi folat, serat, kalium, niasin dan vitamin A dan E.
● Mencegah dan mengubati kanser , memiliki khasiat mencegah dan mengubati berbagai jenis kanser: Jus buah delima dapat menghancurkan sel-sel kanser payudara dan dapat membiarkan sel-sel sehat. Buah delima juga dapat mencegah pembentukan sel kanser payudara.
– Ekstrak biji delima yang kaya polifenol dapat memulihkan sel-sel leukemia kembali menjadi normal.
– buah delima membantutkan perkembangan kanser paru-paru dan kanser prostat. Dalam sebuah penelitian terhadap 50 lelaki yang telah menjalani pengubatan kanser prostat yang minum 205g jus delima setiap hari dapat melambatkan penggandaan PSA (ukuran perkembangan kanser prostat) dan dapat mengurangkan rawatan seperti kimoterapi atau terapi hormon.
2. Khasiat Buah delima untuk kecantikan kulit
● sumber asid folat dan antioksidan dalam buah delima memberi kesan semula jadi kerana dapat merangsang, menyaktoksid dan meningkatkan kecantikan kulit semula jadi.
● Kandungan gula Buah delima mampu bertindak sebagai bahan skrub untuk menyingkirkan sel-sel kulit mati. Hasilnya kulit akan kelihatan segar dan muda selalu.
● Lagi satu buah delima juga boleh digunakan untuk menghilangkan jerawat caranyer sangat mudah Ok ….lepas makan buah delima jangan buang kulitnyer ambik kulit buah delima jemur sehingga kulitnyer kecut…kemudian kisar atau kalau rajin tumbuk sampai lumat sehingga ianya menjadi serbuk…kemudian simpan dalam bekas..dan apabila nak digunakan ambik sedikit serbuk tadi tambahkan sedikit air perahan limau nipis dan sapukan pada wajah..biarkan ianyer kering kemudian basuh…
3. Khasiat Buah delima untuk ibu mengandung
● Buah delima Melindungi otak bayi semasa kelahiran dalam Sebuah kajian dalam Pediatric Research menyatakan dengan hanya minum jus buah delima selama kehamilan dapat membantu melindungi otak bayi yang baru lahir.
● Jus buah delima dapat melahirkan anak yang sihat dan cerdas., Bagi ibu yang mengandung Buah delima merupakan buah terbaik untuk dimakan kerana ianya kaya dengan kandungan asid folik yang tinggi yang dapat mencegah kecacatan tiub saraf yang menyebabkan kerosakan pada sumsum tulang belakang dan langit-langit bibir sumbing pada bayi.
● Jus buah delima juga dapat mengelakkan kejang kaki yang biasa dihadapi oleh wanita hamil.
Selamat mengamalkan buah delima yang banyak khasiatnya ini.
Elakkan memakan ketika haid
1. Coklat
Elakkan kafein dalam makanan seperti coklat, teh, soda dan kopi selama kitaran haid. Kafein menyempitkan pembuluh darah dan membuat dehidrasi tubuh, yang boleh menyebabkan sakit kepala dan dapat meningkatkan kegelisahan selama tempoh haid sehingga menyebabkan ketidakselesaan haid.
2. Produk susu
Susu mengandungi asid arachadonic, yang dapat meningkatkan pengeluaran prostaglandin. Kerana prostaglandin dilepaskan ke dalam tubuh, rahim memberi respons dengan menyebabkan kekejangan atau kejang.
3. Makanan olahan
Mengurangkan pengambilan natrium atau garam akan mengurangkan retensi air dan kembung. Elakkan makanan dalam tin, makanan olahan seperti daging tin dan produk keju, sos dan MSG, serta setiap makanan bungkusan yang mengandungi natrium 200mg atau lebih per porsi.
4. Makanan yang bergoreng
Makanan tinggi lemak seperti daging, susu penuh lemak, gorengan dan minyak meningkatkan kadar estrogen dalam tubuh. Perubahan estrogen boleh menyebabkan perubahan rahim yang dramatik dan menimbulkan kekejangan dan rasa sakit.
Kekejangan dan sakit adalah hal yang umum pada perempuan yang sedang haid . Rasa sakit pada saat haid itu boleh semakin parah bila perempuan salah memilih menu makanan.
Makanan yang salah boleh mempengaruhi keparahan dan lamanya pra-haid dan kekejangan haid yang menyakitkan. Penyebab yang paling umum dari kram menstruasi adalah prostaglandin, sejenis bahan kimia yang terjadi secara semulajadi dalam tubuh yang menetapkan ketegangan otot.
Menyekat makanan tinggi gula dan garam juga dapat mengurangkan kembung dan perubahan suasana hati. Selain mengubah diet, salah satu hal yang paling penting yang boleh anda lakukan adalah meningkatkan tahap aktiviti.

Elakkan makan dalam diet seharian
1.
Soft Drinks / Minuman bergas
Seperti yang kita semua tahu, soft drinks adalah sejuk, segar, manis, dan addictive. Kebanyakan soft drinks mengandungi kandungan kafein yang tinggi. Penggemar minuman jenis ini mungkin secara tidak sedar mencetuskan kebergantungan dan addiction terhadap air bergas dan ber-kafein ini.
Minuman bergas ini hampir tidak mempunyai sedikit khasiat pun, oleh itu ia perlu dibuang jauh-jauh dari diet harian anda. Tambahkan pengambilan air dan the serta jus buah-buahan jika anda memerlukan gula.
2.
Minuman Kedai Kopi
Seperti minuman bergas, sesetengah penggemar kafein mungkin memenuhi keperluan mereka dengan minuman kopi. Samada kopi o’ atau kopi susu rendah kalori, kebanyakan kopi di kedai hari ini mengandungi creamer, gula, dan penambah perisa yang lain.
Jika anda memerlukan kafein, order kopi o kosong dan tambah sedikit susu, creamer, atau gula mengikut keperluan anda sendiri.
3.
Produk kaya tepung
Anda patut mengelakkan roti putih dan produk yang mengandungi tepung yang diperkaya. ‘Tepung yang diperkaya’ menunjukkan yang tepung tersebut telah di ‘bleached’ dan kehilangan khasiat yang berharga. Sebaliknya untuk langkah yang lebih bijak, anda bolehlah membeli roti penuh gandum dan pasta.
4.
Roti, kek, dll
Roti keju yang besar dan muffin yang bersaiz penumbuk anda bukanlah pilihan yang baik untuk diet harian anda. Saiz makanan seperti ini kadangkala di luar kawalan anda. Kebanyakan makanan ini mengandungi tepung yang diperkaya, gula dan lemak tepu yang tinggi.
Jika anda membaca label makanan, pastikan anda memeriksa samada makanan tersebut mengandungi minyak yang dihidrogenkan dari marjetin atau tidak. Sekalipun ada tertulis ‘tanpa lemak tepu’ pada label makanan, periksa kandungan nutrisi makanan tersebut. Sesetengah pengeluar makanan mempromosikan makanan mereka dengan mengatakan kurang lemak. Jika anda ragu-ragu, periksa kandungan bahan yang digunakan.
5.
Makanan / Minuman pek segera (instant)
Sekarang ini di mana-mana sahaja dapat kita lihat pelbagai jenis makanan dan minuman segera. Dan makanan dan minuman jenis inilah yang paling banyak dibeli oleh kebanyakan daripada kita disebabkan jadual harian yang padat. Oleh itu anda memerlukan sesuatu yang mudah dan pantas.
Makanan dan minuman segera ini juga mempunyai rasa yang sedap dan lazat. Tetapi tahukak anda bahawa kebanyakan makanan segera ini mempunyai kandungan garam dan penambah perisa yang tinggi? Manakala minuman segera pula mengandungi kandungan gula dan creamer yang tinggi.
Dengan pengambilan makanan dan minuman segera ini, anda tidak boleh mengawal kandungan garam, gula, dan krimer ke dalam badan anda. Pengambilan jenis makanan dan minuman ini boleh memudaratkan tubuh badan anda dalam jangka masa yang panjang. Oleh itu, anda perlu tahu mengawal makanan dan minuman seperti ini, atau yang lebih baik cuba mengelakkannya kerana kebanyakannya juga mengandungi kandungan kalori yang tinggi.
6.
Makanan dalam tin
Kebanyakan makanan dalam tin pula mengandungi penambah perisa yang sangat tinggi. Selain itu, kandungan garam di dalamnya juga adalah sangat tinggi. Walaupun makanan dalam tin ini sangat berguna ketika keadaan kecemasan atau darurat, tetapi jangan jadikan ia sebagai makanan harian anda.
7.
Makanan bergoreng
Setiap makanan bergoreng mengandungi kalori tersembunyi. Sesetengah restoran mungkin menggunakan minyak yang mengandungi lemak tepu, atau makanan digoreng then mentega atau telur yang banyak. Oleh itu, anda perlu mengurangkan pengambilan makanan bergoreng.
Jika sesekali anda teringin makan makanan bergoreng, anda bolehlah menggoreng sendiri makanan tersebut supaya anda boleh memilih sendiri minyak yang baik dan menyesuaikan dengan resepi anda.
8.
Makanan segera
Siapa yang tak suka burger dan french fries kan? Memang sedap, tapi anda perlu mengelakkan makanan segera dari diet harian anda. Kebanyakan makanan segera ini di goreng di dalam minyak dan jarang-jarang mempunyai vitamin dan mineral yang diperlukan tubuh badan. Hadkan pengambilan makanan segera kepada 1 – 2 kali sahaja setiap bulan.
9.
Snek buah
Kenapa anda makan snek buah padahal anda boleh makan buah yang sebenar? Walaupun sesetengah jenama snek buah mungkin menambah vitamin dan mineral yang diperlukan tubuh badan ke dalam snek buah mereka, snek seperti ini juga mungkin mengandungi gula dan perisa tambahan. Pilihlah makanan semulajadi dan segar daripada makan makanan yang diproses seperti ini.

Take Note : Tip ni dikongsi oleh salah seorang sahabat dalam ws group. Huhuuu saja je dientrikan di sini untuk dijadikan panduan kepada sesiapa yang sedang mengamalkan diet yang seimbang. Mungkin ada serba sedikit info yang dapat membantu anda. Apapun, semoga usaha murni anda untuk berdiet akan dapat dikekalkan sehingga mendapat bentuk badan yang diidamkan. Cewahhhhhh okbye.
Tags:
Blog Mesra SEO,
Peringatan bersama,
Renungan,
SOUL EMPTY,
Teladan,
Tips
10 JENIS UBAT DARI LIMAU KASTURI
limau+kicap+garam = minum setiap pagi and malam …batuk akan beransur pulih
2 . ubat demam
Petiklah 2-4 genggam daun limau nipis. Rebus dengan 2 hingga 4 gelas air. Gunakan air rebusan ini untuk menuam pesakit yang demam. Caranya dengan membasuh kain pada air rebusan dan diperas, lalu ditempelkan pada dahi pesakit.
3. ubat ketiak
Siapkan limau nipis yang dicampur kapur sirih. Setelah mandi, sapukan campuran ini pada ketiak dan biarkan beberapa waktu sebelum dibasuh. Lakukan pagi dan petang.
4 . ubat pening kepala
Ambil sebiji limau kasturi dan potong sedikit di bahagian atasnya. Kemudian, picit kulit limau kasturi tadi sehingga cecairnya keluar. Pastikan anda menghalakan cecair tu ke arah hidung semasa ia terpancut.
5 . ubat lelah
Ambil sesudu madu. Kalau boleh madu asli. Kemudian, campurkan dengan 5 titik jus limau kasturi.Minumlah campuran madu dan jus limau kasturi tadi.Anda boleh meminumnya pada bila-bila masa walaupun ketika tak mengalamilelah. Tapi cukuplah anda mengamalkan cara ini seminggu sekali.
6 . ubat kurus
Perahan limau nipis yang dicampur dengan teh tanpa gula dan diminum setiap hari. Sebaik-baiknya biarlah teh yang diminum itu teh panas suam, kesannya lebih cepat. Amalkan meminum air ini dan insya-Allah perut anda yang buncit akan menjadi kempis dan kemas semula.
7 . ubat kelemumur
Biasakan mencuci rambut dengan beberapa helai daun rambutan yang diramas bersama setengah cawan air hingga mengeluarkan lendir. Kemudian bancuh sebati lendir daun rambutan bersama dua cawan santan dan sebiji air limau nipis. Lumur pada seluruh kepala dan balut menggunakan tuala lembap. Biar sebentar sebelum dibilas bersih, Lakukan seminggu sekali.
8 . ubat hilang minyak pada baju
Perahkan sebiji limau kasturi ke dalam piring.Campurkan perahan limau kasturi tadi dengan sedikit garam.Kemudian, gosokkan campuran di atas pada bahagian pakaian yang terkena minyak.Lepas dah gosok, biarkannya selama 5 hingga 10 minit. Kesan minyak tu akan hilang nanti.Akhir sekali, barulah anda basuh pakaian tadi bersama dengan pakaian lain macam biasa.
9 . ubat wangi rambut
Ambil beberapa biji limau nipis & hiris2kan. Kemudian gosokkan ke seluruh kepala. Biarkan beberapa minit, kemudian barulah cuci hingga bersih. Selain mewangikan rambut, limau nipis juga boleh menghilangkan rasa pening & menyejukkan kepala.
10 . ubat kilatkan cermin mata
Cermin mata selalu kabur warna kerana terkena peluh disekitar mata atau hidung. Cuba petua ini bagi mengatasi cermin mata anda jelas lebih lama. Cuci & gosokkan sedikit limau pada kacanya. Bilas bersih2 kemudian lap dgn kain bersih atau tisu. Hasilnya cermin mata lebih kuat & jelas lebih lama
Take Note : Setiap penyakit ada ubatnya. Kita hanya berusaha dan insyaAllah dengan izin dariNya segala usaha kita itu pasti ada hasilnya. Tidak salah kita berusaha dan bersungguh-sungguh dalam mencari penawar untuk sakit yang dihadapi. Tapi jangan lupa, berdoa juga perlu untuk dipermudahkan segala urusan.
Tags:
Blog Mesra SEO,
Peringatan bersama,
Renungan,
SOUL EMPTY,
Tips
Bukti sebenar cinta
bukti sebenar cinta itu
apabila kita menghargai orang yang
kita cintai dengan perbuatan
agar dia rasa terselamat dan terhormat.
Contohnya,
disaat kita ingin melepaskan seseorang
ingatlah saat kita ingin mendapatkannya dulu.
disaat kita tidak merindukannya
ingatlah saat pertama kali kita
melafazkan cinta padanya
disaat kita mulai bosan dengannya
ingatlah saat-saat indah kita bersamanya
Tags:
Hati,
Heartbroke,
Kisah hati,
Luahan hati,
Sedih,
SOUL EMPTY
Cara sebahagian suami menyayangi isteri
1. SUAMI selalu memegang tangan si isteri ketika berjalan, jika sebelah tangan tak dapat memegang kerana ada barang, SUAMI akan meminta si isteri memegang lengannya. Alasannya dia bertanggungjawab atas keselamatan isetrinya.
2. SUAMI selalu mencium kening si isteri disaat-saat tertentu, sebelum & sepulang bekerja, sebelum dan sesudah tidur. Alasannya sebagai tanda bahawa dialah pelindung & penenang si isteri agar si isteri selalu merasa nyaman
3. SUAMI tidak pernah berteriak pada si isteri, alasannya suara yang keras dari suami untuk si isteri adalah cambuk yang menyakitkan.
4. SUAMI tidak pernah mencela dan memaki si isteri sebesar apapun kesalahan yang diperbuat alasannya makian dan celaan bukan kata yang bijak mengajarkan kebenaran.
5. SUAMI selalu memeluk dan membelai si isteri jika si isteri berbuat salah, alasannya mulut dan perbuatan si isteri adalah tanggungjawab suami, bila si isteri sampai tidak terkontrol itu adalah salah suami, sebab itu dia selalu memeluk dan membelai si isteri sambil berkata "maafkan abang, lain kali jangan kamu ulangi kesalahan itu lagi, jadilah isteri yang beriman dan baik, salahkan abang saja".
6. SUAMI selalu bangun sebelum dan berangkat tidur selepas si isteri, alasannya kewajibanny adalah untuk melindungi hidup si isteri dimulai saat bangun tidur dan sampai αƙαn tidur, itulah janji suami pada si isteri.
Take Note : Semoga si lelaki dan si suami dapat menerima kekurangan si perempuan dan si isteri dengan ikhlas. Belajar bertanggungjawab terhadap diri sendiri terlebih dahulu sebelum memikul tanggungjawab dalam berumahtangga. Adat berumahtangga ada pasang dan surutnya. Jadikan setiap yang pasang itu sebagai dugaan untuk mematangkan lagi alam berumahtangga dan jadikan setiap yang surut itu satu bonus untuk melayari bahtera dengan kebahagiaan dan kegembiraan bersama. Setiap apa yang merungsingkan hati, sama-samalah selesaikan. Ambil pendekatan untuk berbincang sebelum membuat sesuatu keputusan.

Keluarga,
Peringatan bersama,
Renungan,
SOUL EMPTY,
Teladan
Monolog | Part 7
'atok'
Malam ni sekali lagi aye tewas. Maaf, sebab malam ni airmata menitis lagi. Aye tak mampu. Tak mampu kenangi semua yang pernah kita lalui bersama-sama dulu. Rasanya dah beberapa tahun berlalu. Tapi aye tetap tak mampu. Hati aye terlalu rapuh bila teringatkan awk.
'atok'
Agak-agak untuk saat ni, awk ingat dekat aye tak? Orang kata bila kira rindukan seseorang, seseorang tu juga sedang ridnukan kita. Jadi, awk pun tengah rindukan aye ke saat ni? Macam tipu je. Macam tak boleh percaya ke fakta tu. Hurmmm.. awk mungkin dah terlebih bahagia tanpa aye sekarangkan.
'atok'
Tadi orang bukak akaun fb yang lama tu. Akaun fb yang banyak kenangan kita. Aye kuatkan hati. Aye baca semua post-post kita yang lalu. Ya Allah, sedihnya rasa hati ni. Aye tak tahu nak menangis ke, nak marah ke, nak mengamuk ke. Entah! Aye rasa macam nak menangis je tadi tapi airmata tak keluar. Aye rasa macam nak marah tapi tak tahu nak marahkan siapa. Rasa macam nak mengamuk pun ada tapi tak tahu nak lepaskan amukan tu dekat mana. Sayunya hati ni. Aye baca hampir kesemua post-post lama tu. Aye tahu semua kegembiraan tu tak mampu untuk kita ulangi. Aye tahu semua tu sekarang dah tak berguna lagi. Tapi entahlah. Aye cuba lupakan kesemuanya tapi aye tak mampu. Walaupun sekelumit, tetap juga terpahat kenangan kita di ingatan aye.
'atok'
Indahnya kenangan kita dulu-dulu kala. Aya baca dengan senyuman terselit sedikit dibibir. Aye imagenkan awk sendiri yang tuturkan segala post tu pada aye. Huhuuu dengan mimik muka dan reaksi awk tu masih mampu buat aye tersenyum sorang-sorang. Aye ada terbaca tentang janji-janji kita. Tentang janji awk pada aye. Hurmmm tentang lagu-lagu yang awk bagi pada aye. Baru aye sedar, rupanya dah lama aye tak dengar semua lagu-lagu tu. Mungkin sebab lagu tu akan mengingatkan aye pada awk kowt kalau aye dengar.
'atok'
Aye jugak ada terbaca kata-kata semangat yang awk bagi pada aye. Waktu aye sakit, aye demam, awk selalu bagi nasihat dan semangat. Awk paksa aye makan ubat. Huhuuu.. awk cakap kalau aye tak dengar cakap awk maknanya aye tak sayang awk. Hampeh je kan. Awk main ugut-ugut aye plak. Hurmmm.. rindunya aye pada awk. Serius rasa rindu sangat saat ni. Tapi kalaulah tetiba kita jumpa nanti macam mana ye? mesti macam kaku, kan?
'atok'
Aye mintak maaf dengan sikap dan perangai aye yang melampau, mengada-ngada, mengedik-gedik dan segala bagai sikap aye yang tak awk senangi. Aye tahu aye tak sempurna. ENtahlah! Kekadang aye terfikir balik ayat-ayat yang awk bagi pada aye. Awk ckp awk tak perlukan kesempurnaan. Cukuplah dengan aye seorang. Tapi sekarang ni.. hurmmm.
'atok'
Aye tak kuat bila disebut tentang awk. Bagi aye, awk yang terbaik pernah aye jumpa. Sayang aye pada awk tak bertepi. Aye pun tak tahu nak explin macam mana. Tapi yang pasti, jujur aye akui hingga ke hari ni tiada siapa lagi yang mampu buat aye lupakan awk. Tiada siapa yang dapat hilangkan lagi rasa sayang aye pada awk. Aye tahu, dah beberapa tahun berlalu. Sampai bila aye nak hidup dalam kenangan. Tapi itulah. Dah memang aye tak mampu untuk terima orang lain. Bagi aye, awk terlalu sempurna dimata aye.
'atok'
Aye nak luahkan banyak benda sebenarnya. Tapi aye tak tahu nak luahkan macam mana. Hurmmm banyak sangat yang nak diluah sampaikan tidak terluah. Aye dah tak larat sebenarnya ni. Aye mengatuk. Mata pun dah pedih. Mata bengkak sebab aye nangis tadi. Aye rindu awk. Nanti aye luahlah ye tentang isi hati aye. Awk betul-betul tak larat dah ni. Apa pun berlaku, aye nak awk tahu aye tetap sygkan awk. Awklah 'atok' terbaik dan terbest yang pernah aye miliki. Awk tetap 'atok' aye walau apapun yang berlaku. Nanti kalau jumpa aye, tegur-tegurlah tau. Hurmmm
'atok'
Aye tak pasti samaada awk baca ke tidak luahan hati ni. Tapi aye harap awk baca. Sebab aye tahu, kekadang awk stalker jugak blog aye. Betul kan? huhuu aye rindu nak berborak dengan awk. Rindu nak bergaduh mulut dengan awk sebenarnya. Semoga nanti kita kembali rapat macam dulu-dulu. Nyte 'atok'

Monolog | Part 6
28 September 2015
Bila teringat² assignment yg berlambakk² tu tetiba rasa mcm
nk migrain pulak. Ikut hati semua nak settle dlm
satu hari je tapi kemalasan punya pasal smpai ke hari ni
lngsung tak t'usikk lagi.Oichhh keusahawanan, kepimpinan, bi,
oich subjek bengkel matilanakkkk tgh pemalas nak mampus sngt ni
Harap ada magic last² minute nanti -_-'
Sebenarnya hati ni rasa macam nak menangis je. Kepala tengah kusut kowt. Lagi-lagi bila terfikirkan pasal assignment yang tak siap lagi. Banyak tu, kerja menanti untuk disiapkan. Hurmmmm.. rasa macam menyesal pulak sebab tangguh-tangguhkan kerja. Tapi aku tanggu bersebab. Sebab malas nak buat research, malas nak mencari, malas nak memeningkan kepala cari isi-isi yang diperlukan. Okay, alasan tu boleh diterima ke tidak? Sah! Alasan direject serta merta. Kan.
Untuk sekian kalinya, malam ni kepala aku kusut. Banyaknya kerja yang tak siap. Subjek keusahawanan, awal semester lagi lect bagi. Katanya hantar dua minggu sebelum final. Macam cepat je masa berlalu. Rasanya tinggal agi sebulan untuk aku hadapi final. Jadi, nak tak nak kenalah cari masa untuk siapkan keusahawanan tu secepat mungkin. Hurmmm untuk kerja yang individu tu mungkin aku boleh siapkan hujung minggu nanti. Tapi untuk yang kumpulan tu macam kusut aku fikirkan. Semua pakat nak serahkan senijik atas kepala aku. Matilanakkkk macam gini!
Untuk subjek Kepimpinan pulak, aku malas nak research bahan yang diperlukan. Macam rumit je kerja yang diberikan. Banyak sumber kowt yang perlu dicari. Macam nak migrain aku rasa. Dengan kerenah lect yang sedikit cerewat, dengan kerja yang sedikit rumit. Memang macam apa je aku rasa skrng ni. T_T
Untuk subjek BI, aku mcm malas nak research tentang Job Streat. Huhuuu pemalas! Strees giler kowt bila aku fikir pasal BI ni. Mana nak settlekan kerjanya lagi. Mana nak buat detail resume ikut formatnya lagi. Mana nak praktis untuk interview nanti lagi. Dahlah nanti interview aku sorang-sorang. Padahal yang lain semua berdua kowt. Matilanakkkkkk, mesti berterabur interview aku nanti. Hah! Kalau tak percaya tengoklah nanti macam mane.
Hurmmm subjek bengkel pun ada kerja. Untuk subjek Talian Atas Voltan Rendah, aku tak settle lagi ikat tali untuk tangga tiang lampu jalan. Dah lama rasanya aku tak naik tangga. Dah lama aku tak panjat tinggi. Macam takut, gayat pulak nak panjat tangga nanti. Apapun aku harap sangat kerja ni cepat settle. Malas nak fikir-fikir pasal talian atas ni lagi dah. Penat!
Malam ni, aku rasa macam emo. Serba serbi, semua yang aku buat macam tak kena. Macam ada yang tak lengkap, macam ada yang terkurang tapi apa entah. Aku pun tak pasti. Mungkin sebab aku terlalu fikirkan sangat kowt. Apapun aku harap segalanya dipermudahkan. InsyaAllah dalam masa terdekat ni aku akan cuba untuk settlekan satu demi satu kerja. Tak nak dah tertangguh-tangguh. Lagi pun masa skrg ni macam dah suntuk. Pejam celik pejam celik dah dekat nak final. Hurmmm tempat praktikal pun aku tak jumpa cari lagi ni. Makkk aikkkk rumitnya hidup sebagai seorangs tudent ni. Heheeee... Sabarlah hati, tabahlah jiwa, kuatlah diri. InsyaAllah aku mampu lalui semua ujian dan dugaan ini.
Balik kampung | Cuti midsem yang ditunggu
19 September 2015
Assalamualaikum..
Hati riang tak terkata.
Tak terungkap sebenarnya.
Menunggu masa dan detik untuk memulakan perjalanan.
Kalau diikutkan pada tiket
Masa : 9:30 Pm
Tarikh : 19/09/2015
Destinasi : Seremban ke Kuala Terengganu
Tapi awal pagi lagi dah bangun
Niat hati nak kemas balik, packing barang
Tapi bila bukak loker
Kepala otak terus blur
Barang apa yang nak dipacking
Apa yang nak dibawak balik ke kampung
Oichhhhh blur dah datanggg
Agak lama sebenarnya tadi termenung depan loker
Last sekali tutup loker bukak laptop.
Hahaaa bukak blog, bukak insta, bukak fb
Bukak juga WhatsApp dan wechat di telefon
Hampeh! terus burn kejap niat nak packing barang, kemas bilik
Dalam pada melayan segalam macam laman sosial
Hati tetap pada balik kampung
Kepala tetap duduk fikir, nak bawak balik apa
Barang dan dokument yang penting awal-awal lagi dah simpan
Bukan apa, bimbang nanti terlupa matilanakkkk -_-'
Dokument untuk cari tempat praktikal dah get ready nak dimasukkan dalam beg.
Harap tade dah yang tercicir.
Baju pulak yang jadi problom skrg.
Nak bawak balik ape?
Aritu mak ada pesan, bawak balik je barng2 yang dah tak pakai,
Nnt penghujung semester barang tade lah banyak sangat nak angkut.
Almaklumlah, dah nak mula praktikal semester depan
Jadi kenalah slow-slow kosongkan loker bermula skrg.
Heheee... baiklah mak. iLOVEu mak
Semoga percutian kami ni membahagiakan hati dan jiwa aku.
Nak cuti puas-puas. Nanti habis cuti dah sibuk dengan tugasan bengkel.
Banyak benda yang perlu disettle sebelum keluar praktikal nanti.
Assimength?
Opsss yang tu belakang kira ye. InsyaAllah nanti naik cuti aku settlekan.
Maaf, tak mampu nak bawak assmenght balik kampung.
Heheee beg dah full! Tak muat dah nak simpan segala bagai pendrive *alasan*
Apapun semoga perjalanan aku dipermudahkan.
Petang nanti gerak dari Sepang ke Seremban.
Malam nanti baru gerak dari Seremban ke Kuala Terengganu.
Perjalanan ke Kuala Terengganu mengambil masa dalam 8 jam.
Hahaa, comfrem nanti masuk bus terus lena.
Semoga perjalanan panjang aku selamat dan dipermudahkanNya.
Jom klik , klik , klik .
Take Note : Di kampung nnt maybe blog ni jarang terupdate kowt. Apapun jangan lupa terus singgah ke sini ye. InsyaAllah nanti naik cuti, kita akan blogwalking kamu semua. Salam Aidiladha buat semua umat Islam (=
Jangan matikan hati sebelum kita mati
Jujur,
Saya pernah 'berhati keras'.
Tak perlu saya detailkan dosa-dosa itu. Kau sendiri tentu punya 'dosa'. Cukup kau tahu dosa kau.
Pendek kata.
Air mata saya tak pernah singgah 'di pipi' dalam berkurun lamanya. Bahkan ketawa bahagia seolah-olah diri sudah layak 'ke syurga'.
Satu malam,
Dah tutup lampu tapi tak dapat tido. Asyik pusing ke kanan kiri. Last, saya duduk dan termenung sendiri. Saya buka youtube dan taip 'Taubatan Nasuha'. First, bila lagu dan zikir di mainkan, saya rasa biasa. Lama-kelamaan semakin menusuk lagu itu ke jiwa. Sakit. Terlalu sakit.
Saya tanya kenapa dengan diri saya ? Dah macam robot pun ada. Macam tunggul kayu pun ada. Macam dah 'tak hidup' pun ada. Ada hati dan perasaan tapi seolah-olah tidak punya hati dan perasaan. Kenapa saya tak boleh menangis ? Kenapa air mata saya tak boleh jatuh ? Kenapa saya 'tak rasa berdosa' bila buat dosa ? Ya Allah. Tolong aku Ya Allah. .
Dah mati sangat ke hati aku ni Ya Allah ?
Dah tak hidup ke hati aku ni Ya Allah ?
Dah takda fungsi ke hati aku ni Ya Allah ?
Dah kenapa hati aku ni Ya Allah ?
Sebaik saya lafaz semua itu.
Tiba-tiba air mata saya jatuh.
Sedikit demi sedikit.
Perlahan demi perlahan.
Panas terasa di pipi.
Sekaligus semua dosa seolah-olah 'di play kan' di kotak fikiran.
Solat pun tak solat.
Aurat entah ke mana.
Ikhtilat jangan cakap.
Apa lagi dosa-dosa pada mak ayah.
Saya bangun.
Pasang lampu, dan cari semula Al-quran yang sudah berhabuk di dalam almari.
Wuduk diambil.
Telekung disarung.
Sejadah dibentang.
Apabila saya lafazkan,
" Allahu Akbar " Untuk melaksanakan solat taubat 2 rakaat, Lalu mengangkat kedua-dua tangan, seolah-olah itu 'kali pertama' saya merasakan Allah benar-benar hampir kepada saya. Dada rasa sakit, tak pernah rasa sebelum ini.
Bergetar-getar suara membacakan Surah-Surah.
Ketika itu yang ada hanya
Perasaan takut, rendah diri serta merasa 'diawasi oleh Allah'.
Setiap bacaan surah dialunkan dengan tenang. Tidak tergesa-gesa, dan khusyuk seperti itulah kali pertama saya merasakan manisnya 'solat'. Indahnya 'solat', nikmatnya 'solat'. Tenangnya 'solat', bahagianya 'solat'.
Sepanjang doa, saya sebutkan semua dosa. Saya luahkan semua pada Allah. Menangis, merayu, memohon, mengadu.
Hinggalah selesai melakukan solat taubat, saya terasa 'ringan'.
Wallahi. Sangat ringan.
Dan ya, yang memberatkan perasaan selama ini adalah 'hati-hati' yang hitam.
Ketika itu saya sedar, bahawa hanya Allah tempat bersandar. Apabila Allah menjadi tempat sandaran, seluruh fikiran dan jiwa merasa 'mahu dekat' pada Allah setiap saat. Dan tidak mahu 'satu saat' pun terpisah dengan Allah. Bahkan seluruh jiwa mengadu domba lalu kita pilih Allah untuk curahkan semua rasa dengan harapan Allah akan bantu kita dan pasti bantu kita.
Menangislah kerana cintakan Allah.
Menangislah kerana rindukan Allah.
Menangislah kerana kasihkan Allah.
Menangislah kerana 'takut jauh' dengan Allah.
Menangis kerana sedar betapa kita kerdil. Kita hina. Kita zalim terhadap diri. Kita lemah. Dan kita tidak ada siapa-siapa yang sanggup menolong dari kesusahan selain Allah. Dengan linangan air mata, nyatakanlah kecintaan kita pada Allah bukan kerana mengharap syurga atau takutkan neraka tetapi semata-mata kerana kecintaan kepada Allah.
Buat
Yang 'berhati keras'
Apa salahnya menangis ?
Jika memang menangis itu membuatkan kau menjadi sedar ?
Apa salahnya menangis ? Jika memang menangis itu merupakan 'kelembutan hati' seeseorang mukmin. ?
Apa salahnya menangis ?
Bukankah di antara 7 golongan manusia yang mendapat naungan Allah adalah yang berdoa kepada Rabb-Nya dalam kesendirian sambil menitiskan air mata ?
Dear my brother and sister, i tell you again, For how long u need to busy with dunya ? For how long u need to busy with 'maksiat' ? For how long ?
If you're still breathing.
It's not too late.
Begin now !
Hari ini kita melihat 'orang mati'
Esok orang melihat 'kita mati'
You can't run away from death.
Even if you were in a fortress with wall built up high.
Death is going to come and find you.
Again, death is going to come and find you!
Tags:
Peringatan bersama,
Renungan,
SOUL EMPTY,
Tazkirah,
Teladan
Janji Allah itu pasti
InshaAllah suatu hari nanti pasti ada pelangi yg muncul
dan ingat janji Allah itu pasti akan tiba tepat pada masanya
yang penting kita berusaha & tawakal padaNya.
Tags:
Peringatan bersama,
Renungan,
SOUL EMPTY,
Tazkirah,
Teladan
Cara dakwah keluarga muslim yang tak taat.
Macam mana nak dakwah keluarga muslim yang tak taat pada Allah, seperti tak solat tutup aurat etc2 tanpa menyakiti mereka.
1. Contoh yang baik (qudwah hasanah)
Walaupun mak ayah kita tak solat, abang kakak kita tak solat, nenek atuk kita tak solat. Jadilah antara 1 golongan yang solat, yang pelihara solat, yang jaga solat, yang rasa bersalah bila tak solat, yang rasa nak nangis bila abaikan solat. Yang rasa kosong bila tak solat, yang rasa lemah bila tak solat. Jadilah golongan itu. Tunjukkan contoh juga salah satu dakwah tanpa menyakiti hati mereka.
2. Doa
Kadang kita nak mak ayah kita berubah. Nak mereka solat, nak mereka balik pada jalan Allah, nak mereka tutup aurat, tapi doa kita pada Allah seperti 'acah-acah'. Kenapa saya cakap acah-acah ? Sebab kita tak istiqamah doakan mereka. Percaya atau tidak hatta dalam solat 5 waktu belum tentu kita doakan mereka secara berterusan, bukan ? Dan mungkin kita sendiri abai solat macam mana nak doa sungguh pada Allah ? Doalah. Yakinlah doa pada senjata yang sememangnya tajam jika Allah sebagai sandaran.
3. Menangis
Jujur cakap, ada anak yang nak ayah masuk syurga, nak mak masuk syurga, nak semua ahli keluarga masuk syurga tapi air mata yang di titiskan semata-mata kepada hal lain. Semata-mata kerana putus cinta, kerana sakit hati kepada kekasih, semata kecewa pada kekasih, semata lemah bila diduakan. Why ? Nilai air mata sangat berhaga awak. Dan jatuhkanlah air mata pada benda 'yang berharga'. Menangis di solat malam, minta sungguh2. Kalau boleh bangun tahajud 7 kali dalam seminggu, maka 7 kali lah nangis pada solat malam. Nangislah. Nangislah semahunya.
4. Tegur sembunyi
Bila ayah tak solat, try borak dengan ayah semasa ayah sedang duduk sendiri. Try tanya dengan lembut, ayah. . Ayah Sayang Allah tidak ? ayah solat erh. . Dan perhatikan kedua anak matanya. Ataupun bila mak bersendirian, datang ke arah mak dan tanya lembut, mak . . Nanti kakak belikan tudung besar nak ? Perhatikan anak mata mereka. Pandang dengan pandangan cinta. Percayalah, kita akan rasa nak 'menangis' bila lihat anak mata mereka bila pandang dengan pandangan cinta.
5. Ajak
Time masuk waktu solat, ajak ambil wuduk hatta pesanan kita sering dibuat tak tahu. Biarlah kita dah ajak banyak kali tapi mereka taknak, minggu depan try lagi ajak. Again and again. Paling-paling mereka akan cakap, haa pergilah dulu, mak nak ke dapur. Haaa pergilah, ayah baca newspaper ni. Mesti kita rasa sedih sebab tak dihargai tapi takpa kita kena kuat. Ajak lagi jangan stop.
6. Media
Tak kira lah tv ke, internet ke, radio ke, vcd ke. Time semua ahli keluarga tengah kumpul dekat ruang tamu tu, try buka mana-mana tazkirah dari ustaz ustazah yang bermanfaat. Ini salah satu cara 'sindiran positif'. Kemudian pandang mereka senyap-senyap, percayalah dalam hati mereka pasti nak berubah, tapi tak tahu macam mana nak start, dan awak kena bantu mereka supaya kuat nak dekat Allah.
7. Buku
Belikan hadiah yang berulang kali buku agama kepada mak tentang aurat contohnya, kepada ayah tentang tanggungjawab suami contohnya, kepada abang kakak cara-cara solat contohnya. Hadiahkan mereka lagi dan lagi. Catat di buku tu, "Demi Allah, kakak sayangkan mak dan ayah sampai syurga. "
8. Jangan putus asa
Mungkin kita dah bagi contoh terbaik, dah ajak, dah bagi ini itu, dah usaha ini itu tapi masih tak menjadi. Mungkin kita ada satu masalah yang paling dahysat iaitu 'menyalahkan takdir'. Jangan pernah salahkan setiap tulisan takdir. Tetapi berusahalah untuk memperindahkan 'tulisan takdir'. Allah bukan tak nak dengar, bukan tak sudi makbulkan, Allah suka kita meminta lagi dan lagi.
9. Syukur
Siapapun keluarga kita, bagaimanapun keluarga kita, di manapun keluarga kita, apapun kisah keluarga kita, hatta latar belakang keluarga sangat tunggang langgang. Bersyukurlah. Ada orang yang tak punya keluarga, ada orang yang tak rasa cinta keluarga, ada orang yang tak dapat main gelak ketawa gurau bersama keluarga. Syukurilah hatta ia nikmat yang menyakitkan.
10. Buat mereka 'rasa bersalah'
Contohnya ketika bermusafir, try cakap nak singgah masjid sat. Telefon bimbit kita setkan waktu azan. Tiap kali masuk waktu, azan telefon bimbit bergema di rumah kita. Dan 'baca quran' memecahkan kesunyian subuh time mereka tidur lena. Banyak benda kita boleh buat tanpa sakiti mereka dengan lidah. Mustahil mereka tidak punya rasa bersalah.
Pilih sama ada terus perjuangan atau henti perjuangan.
Pilihan dakwah di tangan kita. Bukan di tangan orang lain. Dan ingat, biarkan Tuhan mencintai kita dengan cara-Nya. Hatta nabi nuh pun dakwah ribu tahun berapa orang je ikut ? Bahkan isteri dan anaknya berpaling arah. Yakin sehitam manapun gelapnya malam pasti ada bulan yang meminjamkan cahaya. Pilihan di tangan kita.
Teruskan bertahan dalam senyuman, walau hanya garisan tawar. Teruskan berjalan tanpa henti walau langkah kian perlahan. Dan teruskan hidup dengan semangat walau hidup ditimpa ujian berat. Kerana hidup perlukan perjuangan dan perjuangan perlukan kekuatan.
Tidak semua benda, kita boleh luah pada manusia. Hanya DIA yang mampu menghilangkan rasa sedih di jiwa, percayalah.
Kadang rasa nak lari dari masalah dan ujian yang menggila. Nothing to worries, nothing to think about. But, will it change anything ? No.
Sampai bila nak lari ? Hanya pada Allah disandarkan segala resah dan sedih. Moga air mata saksi segalanya di depan Tuhan.

Kekuatan dari Tuhan. Bukan dari insan.
Tags:
Peringatan bersama,
Renungan,
SOUL EMPTY,
Tazkirah,
Teladan
Mana yang perlu dan wajib dicintai
Dari mana datang cinta ?
Kita akan jawab dari mata turun ke hati.
Namun sebenarnya cinta datang melalui 'rasa' dari si Pemberi Cinta.
Mana mungkin cinta itu semestinya akan hadir setelah kita mengenali paras wajah, setelah kita bertemu empat mata, atau setelah kita saling berpandangan dan bertukar janji manis dan madah bicara.
Lihat saja Nabi Muhammad SAW, kekasih Allah yang kita kasihi. Tidak sempat kita jumpa baginda, tidak pernah bersemuka apatah lagi berdepan dengan baginda, tidak pernah mendengar bicara baginda. Tapi rasa 'cinta' kita terhadap baginda masih ada. Bukan hanya asbab kita tahu baginda punya pakej yang mulia di sisi Tuhan, tapi sebab Tuhan beri 'rasa' itu kepada mereka yang ingin 'Rasa' itu.
Kita manusia.
Diberi hati dan perasaan.
Lalu hati dan perasaan inilah yang mengeluarkan pelbagai rasa. Ada bahagia, ada derita, ada kecewa, ada sedih, ada sesal, ada tangis, ada rindu dan segalanya. Hati dan perasaan setiap orang tak sama. Tetapi hati dan perasaan orang yang dahulukan 'Allah', Insya Allah sentiasa sama. Iaitu berusaha mencari redha Allah. Berlari menuju Allah. Inilah matlamat larian yang harus dilakukan oleh setiap umat hari ini.
Sama ada larian pecut, larian anak, atau apa saja jenis larian. Yang utama ialah kemana larian kita tuju. Dan ingat, sekalipun kita lari pecut tetapi bertentangan arah dan matlamat, kita tetap gagal sampai ke destinasi.
Ustaz Ebit pernah kata, Tiada Tuhan yang memberi bahagia melainkan Allah. Jika hari ini berkumpul semua kuasa dan kerajaan dalam dunia untuk beri kita derita, jika Allah kata kita bahagia. Kita pasti bahagia. Allah pemilik segalanya. Dulu, kini, selamanya, Allah pemilik bahagia.
Dedahkan pertunangan bukan aib, yang aib bila tak jaga apa yang patut dijaga.
Putus tunang juga bukan aib, yang aib bila tak jaga apa yang patut dijaga.
Hatta tak jadi akad juga bukan aib, yang aib ialah apa yang dijaga tak dijaga sebelum akad.
Kuncinya satu.
Jaga apa yang patut dijaga.
Benar iman naik turun.
Sebab itu Quran diturunkan.
Untuk mengubah hati,
Dari jahat kepada baik
Dari negatif kepada positif
Dari kotor kepada bersih
Dari gelap kepada terang
Dari bengkok kepada lurus
Dan akhirnya 'cahaya keimanan' hadir lagi dan lagi. Sehingga meyakini sebenarnya diri bertunang dengan kematian. Hatta yang sudah bersuami dan beristeri, anda tetap tunang kepada kematian. Takkan pernah 'putus' sekalipun kita berusaha untuk 'putuskan'.
Maka baca.
Baca quran.
Cinta, rindu, sayang, benci, geram, sakit hati, derita, stress, trauma, tekanan, maka baca Quran.
Kita jaga Quran, Quran jaga kita.
Bayangkan satu masa dalam kubur ketika malaikat nak pukul kita dengan kuat dan pedih, datang satu suara berkata,
" Lepaskan dia. Jangan pukul dia. "
Lalu malaikat bertanya, siapa kau ?
" Aku (quran) sahabat, teman, kawan dan pendamping dia semasa hayatnya. "
Masya Allah. Masya Allah.
Can u imagine the amazing imagination ?
Rabb,
Segala Puji kepada-Mu menciptakan 'jarak' ini, untuk memelihara 'rasa' ini.
Laluilah hidup ini dengan cinta.
Cinta kepada-Nya.
Kerana kita milik-Nya.
Selamat meneruskan perjuangan mencari ilmu dan cinta Allah.
Buat 'kamu', semoga penerbangan esok dalam jagaan Allah ke Negara yang dituju.
Ya Allah, KAU lah segalanya.
Tags:
Peringatan bersama,
Renungan,
SOUL EMPTY,
Tazkirah,
Teladan
Tazkirah | Berusaha tapi tidak dapat
Bismillahirahmannirahim. .
Pernah rasa tak, bila kau dah usaha mati-mati, dan kau tak dapat apa yang kau nak ?
And you know waktu tu lah, Allah nak tengok kau beriman tak dengan takdir-Nya ? You know why ? Just because Allah loves you. More than loves our mother to their chlildren.
Itu jawapan untuk semua persoalan.
Itu jawapan untuk semua kekusutan.
Itu jawapan untuk semua kekalutan.
Itu jawapan untuk semua kesusahan.
Just because DIA sayang.
Tak kira lah usaha apa yang kau buat sampai 'mati-mati', nak masuk U ke, nak pass exam ke, nak meyakinkan parent untuk kahwin awal ke, nak dakwah family untuk taat pada Allah ke, nak ubah sahabat menjadi lebih baik ke, nak berjaya dalam bisnes ke, nak hijrah taknak couple ke, mahupun apa saja usaha sampai kau mati-mati tetapi di akhirnya kau tetap 'lost'.
Lost is a normal.
Like your play the game.
Normal lah untuk tewas bukan ?
Ya, kau akan cakap.
' kau tak faham apa aku lalui '
Benar saya tidak faham. Tapi Allah sangat faham. Benar saya tidak tahu tapi Allah sangat tahu. Benar saya tak lalui, tapi Allah bagi asbab kau boleh lalui. Dan boleh jadi apa yang saya lalui atas asbab saya boleh lalui namun kau tak boleh lalui.
Tak kira lah berapa kali kau sedih, kau futur, kau nangis, kau lost, kau hilang arah. Yang utama adalah bagaimana kau tetap ingat Tuhan di balik ujian yang terbentang dalam perjalanan. Hujan misalnya, kita akan basah dek tempias dari airnya, tapi bukankah hujan itu turun atas rahmat-Nya ? Untuk DIA mengajar membersihkan 'daki' pada diri, why not ?
The moment you've done something, they said you've done nothing. Don't worry. Allah sees, Allah knows.
Allah knows your pain, Allah knows you're trying. Allah cares about you, more than what you imagine right now.
Insya Allah, Biiznillah.
credit sini

Bertudung bukan bermakna aurat sudah sempurna
Bertudung bukan bermakna aurat sudah sempurna. Tidak.
Andai tudung tidak melepasi dada, adakah dinamakan aurat ? Tidak.
Berpakaian tetapi seakan tidak berpakaian. Apa maksudnya?
Maksudnya, kita pakai baju & pakai seluar, tetapi malangnya semua ketat. Semua ikut badan.
Masalah remaja sekarang, sanggup habiskan duit, hantar kedai, semata-mata nak kecilkan seluar. Kecilkan baju. Kalau kecilkan tidak nampak badan, tidak mengapa. Ini tidak, nampak segalanya.
Eh, awak. Apa motif ? Sebab apa ? Sebab nampak cantik ? Sebab nak ikut trend ? Sebab kalau pakai baju besar nampak kolot ?
Sebenarnya, awak la yang kolot. Perintah Allah tutup aurat ni, bertahun lama sudah.
Tetapi, awak masih seakan berada di zaman jahiliah dulu-dulu. Zaman jahiliah dulu pun lagi okeyh!
Tidakkah kolot namanya itu?
Apa gunanya ikut trend ?
Dapat pahala kah ? Tidak bukann?
Kalau nak bertrend pun, silakan. Tetapi, biarlah menepati syarak.
Jangan ikut sesuka hati, sampai memakan diri sendiri.
Awak nak nampak cantik dimata siapa? Dimata crush? Dimata boyfriend ?
Sebenarnya, kalau lelaki lihatpun, bukan sebabnya kita ni cantik. Sebab kita ni 'sedap' . Sedap dipandang oleh mereka. Nantak lah kita ni gemuk, kurus, sederhana gemuk ke hape.
Diorang lihat dan menikmati. Diorang terbayang-bayang body kita. Belum termasuk dengan dia beritahu kawan dia yang lain lagi. Hurmm.
Agaknya berapa puluhan ribu mata yang jadikan kita 'televisyen' ye ?
Walaupun dia seorang ustaz, kuat agama, lelaki tetap lelaki. Mereka punya nafsu. Yang membezakan nya, cara mereka 'kawal' .
Kaki. ..
Tidak semua tahu dan praktikkan.
Kaki juga wajib untuk ditutup.
Panas lahhh pakai.
Eh awak, pergi sekolah pakai stokin boleh pulak ? Takut cikgu marah ye ? Peraturan sekolah katanya.
Cikgu atau Allah. Yang mana lagi berkuasa ?
Kenapa peraturan sekolah kita boleh ikut tetapi peraturan Allah kita liat sangat ?
Jadi, berpakaian hanya ada tiga syarat.
1) Tudung melepasi dada.
2) Pakaian tidak ketat sehingga menampakkan anggota badan.
3) Pakai stokin. Tutup kaki pun aurat.
Kalau terkurang sedikitpun, kita yang menempah azab.
Kalau nak jadi cantik, tutuplah aurat.
Kalau nak syurga, tutuplah aurat.
Kalau nak tenang, tutup lah aurat.
Tetapi,
Kalau rasa nak ditonton, bukaklah aurat.
Kalau rasa nak neraka, dedahkan la aurat.
Kalau rasa nak cantik pada pandangan manusia sahaja, bukaklah aurat.
Semoga kita tidak silap memilih jalan ke neraka. Syurga, neraka kita yang tentukan.

Sekian, ingatan tulus ikhlas buat hawa yang disayangi.
Gadis terputus tunang
Aku baca tajuk berita dalam group whatsapp. Kebetulan kawanku di sebelah terdengarnya. Lantas berkata, "Itulah akibatnya bila orang jahil kononnya tiba-tiba jadi bijaksana setelah istikharah. Dia rasa itulah petunjuk dari Allah. Sedangkan dia terbelit hasutan syaitan."
Dia mengeluh. "Apa maksud kau? Macam buku sastera SPM pula ayat kau." Aku tanya sambil membalas mesej-mesej di whatsappku.
"Boleh tak kau berhenti whatsapp sekejap?" Kawan suruh. "Okay. Okay." Aku berhenti balas. "Tengok. Kau boleh saja berhenti balas mesej para gadis di whatsapp tanpa perlu lakukan istikharah. Sebab kau tahu tiada manfaatnya kau balas ataupun tidak. Tiada beza. Tiada apa yang berubah. Para gadis tu takkan jadi isteri kau selagi kau tak lamar dan meminang mereka dari wali mereka pun. Betul tak?
Ayat manis, ayat janji, ayat nak nikah semuanya kosong tanpa kesungguhan dan tekad serta keizinan dari Allah." Kawan beranalogi.
Aku terpanah petir sekejap. "Ya, engkau bagus. Aku tak bagus." Aku buat muka merajuk.
Kawan menyambung. "Baiklah, aku nak kau tahu, ada athar yang berbunyi, 'Tidak akan kecewa orang yang melakukan istikharah dan tidak akan menyesal orang yang bermesyuarat dengan orang lain...' Maksudnya, tidak ada masalah nak buat istikharah. Buatlah kalau nak. Solatnya pun mudah. Solat sunat dua rakaat dengan niat solat sunat istikharah kerana Allah Ta'ala. Afdhal dilakukan di sebelah malam sebab Allah 'turun' ke langit dunia di sepertiga malam.
Namun, boleh juga dilakukan di masa-masa yang lain ikut kesesuaian. Istikharah tu bagus. Tapi, orang yang beristikharah itu yang kurang bagus etikanya. Kau tahu tak kesilapan yang mereka lakukan bila beristikharah?" Aku geleng kepala. "Dengar ni, antara kesilapannya adalah,
1. Istikharah nak pilih pasangan misalnya, dalam keadaan kau dah rasa sayang kepada pasangannya tu. Kalau dah sayang, masuk meminang saja. Yakin dan jangan was-was lagi. Kalau ada dua pilihan, hati dah tahu sayang lebih pada siapa. Pilih yang kau sayang lebih tu lah. Tapi yang terbaik pilih ikut anjuran agama. Kadangkala apa yang kita suka tu tak semestinya baik pada kita. Rujuk surah Al-Baqarah ayat 216. Terus terang saja pada calon-calon segala keputusan tanpa simpati.
2. Istikharah dan tidur. Malam tu mimpi, keluar muka orang lain. Terus buat keputusan terburu-buru. Contoh macam kes dah tunang, nak putus tunang. Eh, mana lagi utama? Mimpi atau rasional? Rasionalnya kau akan malukan kedua-dua keluarga terutama keluarga perempuan. Kau nak pilih yang kabur atau yang jelas? Tunang kau jelas di mata, sedangkan bayangan dalam mimpi tu kabur, tiada ikatan dengan kau pun. Jangan tertipu. Itu mainan syaitan. Lainlah kalau kau dah istikharah 3-4 bulan lamanya, jawapan still sama. Ni kau istikharah sehari dua. Orang lain waras, kau yang gila.
3. Istikharah dalam masa pendek, kemudian hati berubah. Kau anggap itulah petunjuk dari Allah. Ini salah. Sebab hati sifatnya berbolak-balik ikut mood. Itu namanya ikut hati. Bukan ikut jawapan Allah.
4. Istikharah kemudian tidak bawa berbincang dengan orang lain. Contohnya, kau istikharah sekian-sekian lepas tu dapat keputusan kau terus buat keputusan. Nanti dulu. Tanyalah pendapat ibu-bapa. Tanya pendapat alim ulama. Tanya pendapat kawan boleh percaya. Apakah alasan kukuh untuk tolak dan terima? Adakah tolak sebab orang itu tak baik? Atau terima sebab orang itu cantik dan kacak semata? Atau kerana agamanya? Ibnu Hajj Al-Maaliki sebut dalam kitab Al-Madkhal, Nabi s.a.w. menyuruh kita beristikharah, berbincang minta pendapat orang lain, dan bukan bergantung pada mimpi.
5. Istikharah tapi solat fardhu kau abaikan. Sah-sah istikharah kau tu tak berhasil. Sebab kau pentingkan yang sunat dari yang wajib. Allah marah tau tak? Kalau Dia murka, mana Dia nak beri petunjuk pada kau?
6. Istikharah dalam keadaan kau buat maksiat. Puasalah maksiat kalau nak Allah reda. Ikhtiar, usaha dan berfikir dengan waras adalah lebih utama. Allah bagi kita pilihan berusaha sungguh-sungguh. Istikharah ibarat penyedap dalam makanan saja. Nasi dah ada lauk ayam masak berempah, tambah daging bakar dan budu jadi makin sedap.
Faham tak?" Aku siap meniarap dengar kawanku bagi huraian. Sambil komen, "Panjangnya."
"Oh. Pendek kata, yang wajib adalah usaha sungguh-sungguh dan yakin. Jangan banyak sangat pilih orang itu dan ini. Tetapkan pada satu hati. Yakinkan ibubapa dengan satu pilihan itu. Istikharah cuma sunat. Doa berterusan Allah permudahkan segala urusan kita dunia dan akhirat itu lebih utama. Baca Al-Quran sentiasa supaya hati tak was-was diganggu syaitan. Jangan jadikan yang sunat itu wajib."

Langgan:
Catatan (Atom)