30 November 2015

Antara wajah wajah sayang | Rindu

Assalamualaikum


Sayang
ku hitung hari purnama yang menanti
dan semakin terbayang 
igauan yang menjelma
dan jejari ku pilu
mengusap imbasanmu
haruman yang ku genggam
dibelai dingin malam
berguguran bunga si pohon kemboja
embun yang menerpa
menyaksikan detik cinta kita
kini ku mencari lakaran sayangmu
antara sejuta wajah dan suara didepanku
mengapa sayang
cuma ku temu pilu
sayang
ku pujuk rindu
ku bawanya beradu
iramanya menghilang mengiringimu sayang

Take note : Beberapa hari ni rutin harian aku main games 'Plants vs Zombie 2' sambil dengar lagu 'Antara wajah-wajah rindu by Menara'. Lagu lagend ni bro. Lagend tak lagend kalau dah best memang aku layan je. Ulang 44x kali lagu sama pun tak pe sebab aku tak bosan. Sebenarnya lagu nie dah lama ada dalam lappy aku. Almaklumlah lagu seseorang bagi. Tapi tak pernah pulak aku rasa nak hayati sebelum ni. Tak tahu kenapa tetiba dua tiga hari ni, gatal telinga pulak nak dengar. Kali pertama dengar, terus jatuh sedap. Pastu duduk ulanglah 44x tak jemu-jemu. 

Mula-mula dengar lagu ni, aku teringat dekat seseorang tu. Entah manalah dia sekarang erk? Bahagia ke tidak. Hidup lagi ke tidak? Opss! hehee terlebih garam sudah. InsyaAllah, aku doakan yang baik-baik untuk dia. Walau dimana dia berada sekarang, aku doakan kebahagiaan untuk dia. Aku tahu, mustahil dah untuk aku dan dia contact, berjumpa apatah lagi. Dia, seseorang yang baik dan sangat baik yang pernah hadir dalam hidup aku. Dalam semua perkara nak dahulukan aku. Nak sangat jaga hati aku. Aku sedar dalam diam sebenarnya dia banyak makan hati degan sikap dan perangai aku. Huhuuu.. entahlah.. apapun, aku doakan dia bahagia sekarang dengan life dia. Aku tahu kekadang dia ada jugak stalk blog aku nie. Aku just nak cakap.. maaf untuk segala-galanya dan terima kasih untuk segala-galanya. 

Previous Post
Next Post

post written by:

3 ulasan:

  1. let bygone be bygone.. huda pon suka main plant vs zombie ! hehe

    BalasPadam
  2. Nie rindu bekas2 boyfrd ke..hahaha
    Rindu sedekahkan al-fatihah dik...
    Apa2 teruskan hidup..yang lepas jadi kenangan..chewah,,cik akak nie kan

    BalasPadam