16 November 2015

DIALAH KEKASIHMU | 16 Nov 2015


Itulah DIA kekasih Yang Maha Berjanji
Memberi cinta untukmu tiada bertepi
Jangan engkau menyesal suatu hari nanti
Kerana engkau telah mengetahui
Kekasihmu ITU tempat kau kembali
Tahukah engkau DIA sering memerhatimu
Walau beribu dosa yang kau buat selalu
Kekasihmu ITU ingin kau segera kembali
Kerana DIA merindui
Tangisan taubatmu kepada Ilahi
Oh kekasihmu ITU ingin kau rasa gembira
Andai dapat ke Syurga yang kekal selama-lamanya
Hanya dengan ketaatanmu
Hanya dengan cinta Sang Rabbi
Andai engkau berduka
Allah kan selalu disisi
Andai engkau bahagia
Jangan kau terus terlupa
Semoga suatu masa
Pintu hatimu kan terbuka
Dan nanti kau kan kembali
Mengabdikan diri
Kita akan kembali
Walau jalan berliku
Kerna Syurga menunggu
Buat hamba yang bertaubat

Take Note : Lagu Akulah kekasihmu, nyanyian asal oleh kumpulan AX'L ni telah diparodykan. Berulang kali aku dengar lagu ni. Tak pernah jemu sebaliknya sentiasa sebak dan sendu. Makna tersirat disebalik lirik yang telah diparodykan tu memang menusuk kalbu aku. Aku fikir sejenak, apakah jasa dan pengorbanan yang telah aku lakukan untuk ke arah yang lebih baik. Hurmmm..

3 ulasan:

  1. Indahnya parody nih. Akak nyanyi2 dalam kepala :)

    BalasPadam
  2. Lepas saya nampak lirik ni. saya terus google. sedap lirik and lagu ni :)

    http://letaknamaterlalumainstream.blogspot.my/

    BalasPadam