01 November 2015

Selamat datang November

Assalamualaikum

November dah datang.. selamat datang bulan november.. bulan 11.. rasa macam cepat je masa berlalu.. macam baru semalam bulan Januari *tipooo*.. tetiba hari ni dah masuk bulan November..  permulaan bulan November aku sambut dengan cerita yang sedikit lucu beserta panas hati..

ceritanya.. petang tadi aku gerak dari Nilai ke Sepang.. bertolak balik ke asramalah.. esokkan kelas so aku perlu sampai ke asrama sebelum jam 6 petang.. kalau tak silap bus gerak tali leboh kurang jam 5 lebih.. aku hanya mampu tawakal je dalam bus.. aku tengok kiri kanan belakang depan.. tercari-cari sebenarnya ada lagi tak student yang hala tujunya sama dengan aku.. ye aku nampak Amran *student elektronik yg satu batch dengan aku*.. ok lega sikit rasa hati.. bus sampai ke trafik light terakhir tadi dah jam 6 lebih.. hati aku dah berdebar.. bila dah dekat nak sampai IKT *Institut Kemahiran Tinggi*, aku nampak Amran bangun untuk tekan loceng.. lepas tu aku nampak ada seorang lagi budak lelaki yang bangun.. time tu bus dahlah tengah laju.. tetiba aku nampak kami dah melepasi IKT.. aku hanya mampu kelip-kelip.. terkejut plus tergamam sebenarnya.. tak pernah lagi perkara macam ni berlaku.. tadi aku nampak Amran tekan loceng.. tapi tade dengar sebarang bunyi pun.. opss! loceng tu rosak ke.. tapi sebelum tu ada yang tekan elok je berbunyi.. bus terlajak woiiiii.. last sekali Amran pergi depan.. dia cakap apa entah dekat driver bus tu.. bus pun berhenti di tengah-tengah laluan untuk u-turn dan ke KLIA... aku nampak Amran dan budak lelaki tu turun.. mula-mula aku tak nak turun sebab macam dah jauh sangat terlajak.. tapi macam risaulah pulak.. aku pun turun sekali.. uwarghhhhh jauhnya.. kami terpaksa berjalan kaki redah hujan.. kali berjalan menongkah arus.. sudahlah highway.. nak tak nak kami terpaksa jugak berjalan.. waktu tu kenderaan tengah banyak.. tak berani nak seberang jalan macam gitu je.. takot kene langgar.. nanti mati katak.. jauh pun jauhlah.. kaki tetap melangkah.. kami terpaksa pusing balik dengan berjalan kaki.. jauh giler kowt.. dengan hujan renyai.. dengan percikan air kenderaan yang lalu lalang.. aku hanya mampu bersabar.. kami panjat tangga jejantas.. kami teruskan berjalan.. akhirnya sampai di pondok guard... aku tengok jam.. dah dekat enam setengah.. aku tengok je muka guard-guard yang ada dalam pondok waktu tu.. sambil tangan aku lincah ambil kad matrik.. lepas tu terus blahhhh.. aku tak pasti nama aku diambil ke tidak.. malas nak tanya.. hurmm kalau nama aku diambil.. maknanya bersiap sedia je untuk dipanggil esok di perbarisan pagi.. tapi kalau tak dipanggil.. alhamdulillah.. aku selamat dari sebarang denda..dapat je kad matrik aku terus gerak ke asrama dan masuk bilik... penat!

Kepenatan untuk hari ni tak terkira.. entah! aku pun pelik.. penat apa entah.. padahal apa je yang aku buat hari ni.. hehehee.. maybe penat berfikir kowt.. yalah.. kan semalam aku bermalam rumah family Mirul.. alhamdulillah, family Mirul okay je dengan aku.. huhuu.. aku je yang pemalu.. acah-acah malu kucing.. malam tadi aku, mirul and the geng lepak sampai pukul 3 pagi.. tak sedar sebenarnya masa berlalu.. syok sangat melepakk.. hahaa lepas tu pusing-pusing bandar Seremban.. kebetulan waktu tu hujan dah berhenti.. tapi jalan masih basah.. so macam malas nak keluar dari kereta.. kami sempat pergi tengok orang race kereta dekat bandar Seremban.. tapi waktu tu dah tak berapa best.. yalah dah lewat.. ramai yang dah balik.. kali tengok pun yang last-last dah tu.. lepas tu disebabkan mata dah mengantuk tahap gaban.. Mirul pun hantar Dayah balik rumah.. lepas tu aku ikut Mirul balik rumah family dia... huhuu mula-mula segan plus takut.. yalah rumah family kan.. mak, abah dengan adik dia ada kowt.. adik dia okay je.. lagipun aku dah pernah jumpa adik dia.. dah pernah lepak sekali.. cuma mak dengan abah dia aje lah belum lagi.. sampai je rumah dia.. terus aku masuk bilik tamu dan tidur... mengantuk sangat kowt.. tengok jam dah pukul 4 pagi.. giler kaw tak mengantukk.. sudahlah sepetang hari tu kami menghabiskan masa mandi jeram.. penat wehh..

apapun aku happy.. happy dapat kenal keluarga Mirul.. happy dapat habiskan masa hujung minggu dengan mirul.. harap permulaan, pertengahan, pengakhiran dan seterusnya merupakan permulaan untuk kami ke arah yang lebih baik lagi..thanks Mirul sebab tak pernah jemu layan kerenah aku.. hehee aku tahu kau banyak sabar dengan perangai aku.. bebelan dan leteran aku yang kau selalu dengar.. aku tahu kau pekakan telinga kan.. hehee.. apapun semoga kau sentiasa happy dan bahagia.. nite




2 ulasan: