20 November 2015

Mana tempat latihan industri

Assalamualaikum



Bila sebut pasal praktikal mesti aku stress. Bukan stress saja tapi tersangat stress. Sampai satu tahap aku tak mampu nak bersabar lagi. Menangis aku memikirkan tempat praktikal. Kenapalah susah sangat aku nak dapat tempat praktikal yang dekat. Yang dekat pun sudah nak dapat. Yang jauh apatah lagi. Eh, bukan! yang jauh aku ada dapat. Aku dapat area Bukit Beruntung, Rawang. Tapi jauh sangat tu. Hurmmm...

Untuk petang ni stress aku kembali lagi. Aku benci tengok tarikh. Nanti akan teringat 30 Nov 2015. Alahaiiii semoga tarikh keramat tu lambat berlalu. Kenapa? sebab itu tarikh terakhir untuk comfremkan tempat praktikal. Kalau tak silap tinggal lagi seminggu je tapi aku masih terkontang kanting. Kenapa susah sangat ni! Takkan di Terengganu tu langsung tade tempat untuk aku praktikal. Hokalooo 6bulan je pun. Bukannya lama! tu pun nak kecoh ke. Hampeh! Hah, kang aku dah meroyan.

Sebenarnya jauh disudut hati ni, ada sesuatu yang aku fikirkan tapi tak terluah. Entah! makin difikirkan, aku rasa malas nak berfikir tapi macam perlu jugak berfikir. Ishhh semakkk. Ya, aku semak. Paling tak suka bila kesemakan menghampiri diri. Rasa macam sesak je nak bernafas. Hidup macam tak tenang. Hati macam tak lapang je. Ya, selagi tak settle masalah tempat praktikal tu, selagi tu aku takkan rasa tenang. Sobbb..sobb.. blog pun sekarang ni aku dah jarang terjah menerjah. Hilang mood sebenarnya nak blogwalking selagi masalah yang satu ni tak settle.

Doakan urusan aku dipermudahkan ye. Semoga aku jumpa tempat praktikal yang bersesuaian dan kena dengan silibus yang dikehendaki. Wassalam

6 ulasan:

  1. risik2 la pd kawan2.. insyallh ada tu yg dekat

    BalasPadam
  2. jalan2 http://jmbelog.blogspot.my/

    BalasPadam
  3. Moga dipermudahkan, nak cari temapt prktikel ni atas kos jugak ,ada yang mudah ada yang payah. kalau saya kos HRM so memang mudah sikit.

    BalasPadam
  4. moga dipermudahkan urusannya...jangan stress2...nanti cepat tua...heheheh
    masih ada 10 hari lagi untuk cari...insyaAllah ada....

    BalasPadam
  5. Sabar dik.. Mula2 memang rasa macam tu, nanti bila dah masuk praktikal ok la.. Tapi kalau praktikal memang best dekat dengan rumah..

    BalasPadam
  6. Semoga dipermudahkan ya. banyar sabar :)
    http://letaknamaterlalumainstream.blogspot.my/

    BalasPadam