Tahukah anda 70% daripada badan kita adalah dipenuhi dengan air? Jadi, dengan hanya 2-3 gelas tidaklah mencukupi. Paling kurang ialah 8 gelas besar sehari. Ada juga kajian menunjukkan mestilah mengikut berat badan. Contohnya, setiap 20kg berat anda memerlukan 2 liter air, bermakna jika berat 80kg memerlukan 4 liter air!
Berikut antara 10 tanda badan kita akan tunjukkan kalau kekurangan air:
1. Mulut kering dan lidah bengkak
Anda lihat di cermin. Bibir anda merekah dan mengulas, itu tandanya kurang air. Begitu juga kalau lidah nampak bengkak lebih daripada biasa. Biasanya akan berlaku ketika anda dalam keadaan yang sangat haus.
2. Kulit menjadi kurang kenyal
Cuba cubit bahagian lengan anda, kemudian perhatikan. Kalau nampak kurang kenyal atau lambat kembali kepada bentuk asal, itu bermakna anda mengalami dehidrasi, iaitu kurang air dalam badan. Segera dapatkan air dan minum!
3. Panas dalam badan
Pernah anda rasa tiba-tiba panas semacam, tapi badan tak berpeluh pun? JIka pernah, itu petanda badan anda kurang air. Apabila badan kurang air, suhu badan anda akan meningkat. Jangan selalu amalkan perkara ini, takut sistem organ terjejas.
4. Air mata kering
Aduh! Asal bahang sangat kat mata ni? Pernah rasa tak? itu bermakna mata anda tidak lagi mengeluarkan air mata yang bertujuan mencuci dan melembabkan mata, disebabkan kurang air. Mata akan jadi kemerah-merahan dan kering.
5. Jantung berdebar-debar
Aliran darah boleh berkurangan disebabkan oleh dehidrasi. Ini akan menyebabkan akan berdebar-debar secara tiba-tiba disebabkan oleh perjalanan sistem badan yang tidak baik.
6. Pening
Dehidarsi boleh menyebabkan anda pening atau pengsan. Biasanya terjadi ketika anda bangun dengan cepat daripada posisi duduk atau tidur.
7. Mudah penat
Baru berjalan sedikit dah mengah. Dah tua ker aku nieh? Bukan dah tua, tapi anda tu yang malas nak minum air. Apabila air kurang, aliran darah akan berkurangan dan tekanan darah turut menurun. Oksigen dalam darah juga akan berkurangan. Ini akan menyebabkan otot dan saraf bekerja dengan lambat dan menyebabkan anda senang penat.
8. Kejang otot
Biasanya berlaku kepada altet atau orang yang aktif bersukan. Apabila melakukan aktivit, badan akan berpeluh dan mengeluarkan air yang sangat banyak. Justeru, anda akan senang terkena kekejangan otot terutamanya yang banyka digunakan seperti betis kalau tidak minum air semula.
9. Air kencing berwarna kuning pekat
Bila badan anda kurang air, buah pinggang akan automatik cuba menjimatkan air dalam badan dengan mengurangkan pengeluaran air kencing. Tapi badan tetap juga perlu buang air kecil dan akibatnya, air kencing akan nampak gelap dan berwarna kuning pekat.
10. Susah buang air besar
Seksanya rasa kalau terpaksa meneran berjam-jam dalam bilik airkan? Antara faktornya badan kurang air dalam usus, menyebabkan tahi menjadi keras dan kering. Sebab itu susah nak keluar dan menyakitkan!
tq share
BalasPadamTq share.. wife ejulz pun selalu ingtkan.. hehe. Ejulllz ni jenis ssh nak minum bnyk air masak. Hehe
BalasPadamYes.. minum jangan tak minum.. 8 gelas sehari
BalasPadamBulan puasa nie kan..
BalasPadamAsyik kurang air je..
maklum lah nak minum tenghari pun tak boleh..
Ikhlas dari
AlongMisuari.com