Nor Ain Rusli
Nor Ain Rusli

Sinopsis Andainya Takdir


SINOPSIS ANDAINYA TAKDIR

Mengisahkan ketabahan Fatihah (Nina Iskandar) dalam mempertahankan rumah tangganya bersama Airil (Shukri Yahya) yang penuh cabaran. Pasangan suami isteri ini mempunyai seorang puteri yang bernama Aleeya (Puteri Balqis). Kehidupan tiga beranak ini sentiasa dalam keadaan genting kerana Airil merupakan seorang yang panas baran dan cemburu buta. Segala perbuatan Fatihah dipantau oleh Airil dan setiap perbuatan Fatihah yang dilakukan tanpa kenan Airil, Fatihah pasti akan dipukul sehingga lebam.


Fatihah yakin bahawa dia mampu bertahan dengan sikap suaminya yang sebegitu demi Aleeya. Namun, kesengsaraannya tidak tertumpu kepada suaminya sahaja, sikap ibu mertuanya pula tidak menyumbangkan sebarang kebaikan dalam perkahwinannya. Ibu mertua Fatihah, Normah (Sheila Mambo) sentiasa bersikap keras kepala, menghasut, dan berprasangka buruk sentiasa membuat Fatihah kegetiran. Normah sememangnya tidak disenangi orang kampungnya kerana sikapnya yang suka menuduh tanpa soal siasat. Fatihah juga tidak terlepas daripada menjadi mangsa buli emosi Normah apabila segala permintaan Fatihah kepada suaminya ditentang olehnya. Airil pula sentiasa menyebelahi ibunya sehingga sering membuat Fatihah berasa terpinggir.


Sungguhpun Airil mempunyai masalah panas baran dan sentiasa memukul Fatihah, dia sebenarnya terlalu menyayangi Fatihah. Airil juga berusaha untuk mengubah sikapnya dengan mempelajari cara-cara untuk mengawal sikap cemburu dan kemarahannya yang melampau itu.

Take Note : Airil, Tihah & Aleeya dah berjaya menyentuh tangkai hati Kakyong. Nak dijadikan cerita, sebenarnya baru dua hari lepas kakyong tengok cerita ni. Tertengok secara tak sengaja sebenarnya. Time tu sedang mencari episod-episod untuk cerita Semusim Rindu. Okay, Kakyong akui, sekali tertengok cerita ni terus rasa nak tengok sampai habis. Makanya, kakyong pun gigih maraton episod demi episod. Fuhhh ! sanggup tak tidur malam weh semata-mata nak menghayati cerita ni.
Bagi Kakyong, cerita Andainya Takdir ni, sememangnya wujud di alam realiti. Kenapa? Sebab sebelum ni Kakyong pernahlah ada dua tiga orang kenalan yang menghadapi masalah rumah tangga yang sebegini. Tak pasti sama ada suami mereka mempunyai penyakit yang sama seperti Airil ataupun tidak. Tapi yang pastinya, mereka dipukul ketika tahap cemburu si suami terlampau melampau. Ada kalanya, si suami tersangatlah romantik.. siap berbunga bagai, hadiahkan coklat, teddybear, ajak pergi tengok wayang, bla bla blaaa.. Tapi bila munculnya jelous tu, macam separuh mati si isteri dipukul. Dah macam, si suami dirasuk hantu plak rasa. Hahaaa situasi lebih kurang sama macam yang dalam cerita tu.
Bagi si isteri plak, mereka akan bertahan selagi mampu. Siapa tak sayang suami, siapa tak sayang rumahtangga, kan. Tapi tahap kesabaran isteri ada batasnya. Segala macam cara yang diusaha. Alhamdulillah, salah seorang darinya sudah pun berubah. Sudah bahagia, aman damai sekarang. Tapi yang seorang lagi tu sudah bercerai. Hurmmm katanya sayang tu memanglah sayang. Tapi kalau dah setiap hari makan penyepak tamparan, hati wanita mana mampu bertahan. Ditambah pulak sering kali dipukul di depan anak-anak, sampai satu tahap anak plak jadi fobia. Maka dia ambil keputusan untuk berpisah. Tak silap Kakyong, ambil masa jugak untuk kes diaorang settle, sebab si suami taknak lepaskan dia. Alhamdulillah, Kakyong tengok dia pun bahagia sekarang. Dah jadi ibu tunggal yang berjaya weh. Si suami, dengarkan ada merayu pujuk minta rujuk semula. Tapi entahlah.. tak pasti plak si kawan Kakyong tu nak kembali ke tidak. Tengok dari caranya, mungkin tak kembali kowt. Sering barangkali.
Pernah Kakyong tengok depan mata mereka dipukul. Oichhhh sampai satu tahap rasa takut plak aku nak kahwin! Hahaaaa seram beb. Apapun semoga sahabat-sahabat Kakyong tu kuat demi anak-anak mereka. Semoga persahabatan kami juga kekal utuh dan sentiasa warna warni. iLOVEu sahabat.

2 ulasan