Nor Ain Rusli
Nor Ain Rusli

Hikmah Apabila Anda Berpuasa




Tadi ada terbaca satu artikal, hikmah berpuasa. Aku terpanggil untuk kongsi artikal tersebut disini. Sila baca dan hadam ya. Semoga bermanfaat.

Bulan Ramadan adalah bulan yang berkat. Berpuasa ketika di bulan Ramadan ada hikmahnya untuk anda. Oleh itu, pastikan anda tidak meninggalkan ibadat puasa anda. Jelita senaraikan lapan hikmah yang boleh anda perolehi apabila berpuasa.

Kesatuan Hati Umat

Pada bulan Ramadan ini, semua umat Islam tidak kira miskin atau kaya akan menjalani ibadah berpuasa. Pada ketika ini semua umat Islam akan bersatu untuk menunaikan ibadat puasa ini.

Mendekatkan Diri Kepada Allah
Di bulan yang mulia inilah, anda dapat mendekatkan lagi diri anda kepada Allah S.W.T dengan melakukan ibadat sama ada yang wajib mahupun yang sunat terutama sekali pada malam Lailatul Qadar.

Separuh Daripada Sabar
Ibadah berpuasa juga banyak mengajar erti kesabaran. Ia mengajar anda untuk menahan diri daripada lapar dan dahaga. Selain itu, amalan berpuasa juga mengajar anda untuk bersabar dengan dugaan dan cabaran yang ditempuhi ketika sedang berpuasa.

Membersihkan Jiwa
Sifat sabar yang anda pupukkan ketika di bulan puasa dapat membantu untuk menenangkan dan membersihkan jiwa anda dari sebarang perkara negatif.

Menanam Sifat Kasih Sayang
Selain daripada berpuasa, anda juga digalakkan untuk menderma ketika di bulan Ramadan. Apabila anda memberi pada mereka yang memerlukan, ini akan memupuk sifat kasih dan sayang dalam diri anda dan juga dalam diri anak anda.

Menyihatkan Tubuh
Berpuasa juga dapat menyihatkan tubuh anda. Bagi anda yang ingin menurunkan berat badan, berpuasa adalah cara yang terbaik.

Menginsafi Diri
Ambil peluang di bulan Ramadan yang mulia ini untuk menginsafi diri. Banyakkan menunaikan ibadat dan banyakkan bersedekah untuk mereka yang memerlukan.

Membanyakkan Ibadat
Inilah masanya untuk anda memperbanyakkan ibadat anda. Lakukan ibadat wajib dan juga sunat dan jangan ketinggalan untuk melakukan ibadat pada malam Lailatul Qadar.


1 ulasan

  1. nice sharing... ermmm... hari ni akak dah kalah dlm puasa sebab tak sabar dgn perangai anak.... astagfirullah

    BalasPadam