Nor Ain Rusli
Nor Ain Rusli

Tempat Paling Berhantu Dan Menyeramkan Di Malaysia

Tahukah anda dimana tempat-tempat paling berhantu dan menyeramkan di Malaysia? Berikut ini adalah beberapa tempat paling misteri dan berhantu di Malaysia:


1. Lebuhraya Karak, Pahang
Lebuhraya ini dibuka kepada orang awam sejak tahun 1977, menghubungkan KL dengan Karak. Banyak kemalangan maut telah terjadi di lebuhraya ini dan salah satunya pada 1990, 17 orang telah mati dalam kemalangan melibatkan 10 kereta, kereta polis, lori dan sebuah bas. Antara kisah yang popular adalah apabila sebuah kereta Volkswagen warna kuning tiba-tiba muncul di hadapan kereta kita. Jika kita potong, selepas itu akan kelihatan lagi kereta Volkswagen kuning tadi di hadapan. Potong lagi dan kita jumpa lagi kereta itu!

Apa yang menakutkan, bila diteliti tiada manusia di dalam kereta itu!


2. Bukit Putus, Negeri Sembilan
Jalan bengkak-bengkok seperti ular kena palu merupakan laluan paling seram pada waktu tengah malam di Malaysia. Bukit Putus pernah menjadi lokasi banyak kemalangan dan aktiviti jenayah, antaranya mayat dicampak ke dalam gaung. Antara kisah seram yang berlaku di sini adalah pemandu yang terserempak dengan sekumpulan orang sedang mengusung keranda. Jika bernasib baik, anda akan ternampak wanita mendukung anak di tengah jalan.


3. Victoria Institution, Kuala Lumpur
Dibina pada 1893, sekolah ini adalah yang tertua di KL. Berdasarkan pengalaman seorang pengawal keselamatan. Suatu hari dia bertugas untuk shift malam. Seperti biasa dia membuat rondaan di sekitar sekolah. Semasa melalui Pavilion (stor barangan sukan) dia terdengar bunyi orang sedang berkawad di padang. Selepas itu pengawal tersebut telah mengambil cuti sakit kerana demam panas. Dia mendakwa telah ternampak sepasukan tentera Jepun sedang berkawad!


4. Penjara Pudu, Kuala Lumpur
Dibina pada zaman penjajahan British dan digunakan sebagai kem tahanan perang semasa penjajahan Jepun dan pernah menempatkan sehingga 2000 tahanan, termasuklah penjenayah terkenal Botak Chin, yang telah dihukum mati pada 1981.

Suara jeritan boleh didengar dari tempat hukuman dilakukan, walaupun ketika tiada orang di situ dan sesetengah tempat didalam penjara ini dikatakan lebih sejuk. Penjara Pudu telah dirobohkan pada tahun 2009 untuk memberi laluan kepada pembangunan komersil. 


5. Taman Tema Mimaland Gombak
Taman rekreasi ini terkenal pada era 80an dan ia mula dibina pada tahun 1971. Setelah bertahun-tahun Mimaland menceriakan hidup ramai orang, sesuatu yang tidak diingini berlaku. Satu kemalangan telah terjadi di kawasan papan luncur air gergasi Mimaland pada Januari 1993 yang menyebabkan kematian seorang warganegara Singapura berusia 27 tahun.

Kejadian malang itu mengejutkan orang ramai hingga memaksa pihak Mimaland menutup sementara kawasan terlibat. Kini lokasi Mimaland terbiar begitu sahaja dan ramai juga orang bercerita mengenai kisah seram di lokasi tersebut antaranya kelibat manusia tanpa kepala dan sering kedengaran suara suara menyeramkan di kawasan itu apabila senja menjelma.


6. Highland Towers
Tragedi Highland Towers merupakan tragedi runtuhan yang sangat menggemparkan satu ketika dulu. Tragedi nahas yang meragut 48 nyawa ni bermula apabila satu daripada tiga blok kondominium di Taman Hillview, Ulu Klang, Selangor, runtuh pada 11 Disember 1993. Selepas kejadian itu pelbagai perkara seram telah berlaku di tapak lokasi kejadian tersebut antaranya kelihatan kelibat makhluk tanpa kepala dan sering juga kedengaran suara wanita menangis di tengah kepekatan malam.

Sumber : Says.com & Sentiasapanas

Take Note : Rasanya banyak lagi tempat yang agak menyeramkan di Malaysia ni cuma kita yang tidak ketahuinya. Tapi biasalah, setiap tempat dan keadaan ada risiko yang tersendiri. Apapun, berhati-hatilah dalam setiap apa yang kita lakukan. Mulakan setiap kerja dengan bismillah dan akhirinya dengan alhamdulillah. Pastikan setiap yang kita lalu dan kerja yang kita lakukan dengan niat dan nawaitu yang betul.


Tiada ulasan