Pastikan timbang setiap minggu sekali untuk pantau berat badan kita. Jangan timbang setiap hari pulak
Cara yang betul nak timbang berat badan ialah waktu pagi sebelum makan dan minum.
Atau setelah beberapa jam tidak makan dan minum. Lebih baik timbang sebelum mandi.
Rambut yang basah pun akan mengganggu untuk dapatkan berat yang betul. Jangan pakai baju yang terlalu berat.
Pastikan permukaan di mana kita letak penimbang semasa nak timbang adalah rata dan keras.
Permukaan seperti karpet biasanya akan menyebabkan anda seolah olah turun 1 ke 2 kg.
Nanti bila timbang di permukaan rata barulah dapat berat sebenar. Berdiri tegak. Sebab itu bagus penimbang digital sebab lepas timbang bacaan akan berhenti pada berat kita walaupun dah turun dari penimbang.
Sumber : Atkins
great
BalasPadamtakut nak timbang..sejak akhir ni asik naik je angka kat penimbang tu...hahahaha
BalasPadam