Menurut kajian pengembaraan 2017, pasport Jerman merupakan pasport paling berkuasa di dunia, diikuti Sweden, Singapura, Denmark, Finland, Perancis, Sepanyol, Switzerland, Norway dan juga United Kingdom.
Menurut senarai terbaru yang dikeluarkan oleh Passporttindex.com, pasport Malaysia kini berada di tangga ke-19, mengatasi kedudukan Korea Selatan.
Senarai tersebut dinilai berdasarkan jumlah negara yang tidak mewajibkan visa dan negara yang dilawati dengan menggunakan pasport.
Pasport Jerman membolehkan pemegangnya melawat 158 negara di seluruh dunia tanpa memerlukan visa sebelum berlepas.
Pasport Sweden dan Singapura membolehkan pemegangnya melawat 157 destinasi. Sweden berada di tempat kedua kerana 123 daripada 157 destinasi itu adalah percuma visa sama sekali, sementara Singapura, 122.
Pemegang pasport Malaysia membolehkan pemegangnya ke 154 destinasi tanpa perlu mendapatkan visa sebelum berlepas atau ketika tiba.
Dari 199 negara, pasport Afghanistan merupakan pasport yang paling lemah kerana pemegang pasport itu membolehkan mereka melawat hanya 23 negara tanpa visa.
Malaysia berada ditempat yang ke 19 |
Tiada ulasan