Nor Ain Rusli
Nor Ain Rusli

Aktiviti Malam Raya | Mercun Dan Raya Berpisah Tiada

Sebahagian dari koleksi kami untuk tahun ini. Sebenarnya banyak lagi, tapi malas nak buka kotak. Ini yang kami bakar malam tadi. Jadi sebelum bakar aku sempat snap beberapa ketul gambar.

Petang semalam, bapa saudara aku ada datang rumah. Singgah menziarah sekejap sebelum dia pulang beraya dikampung isterinya. Katanya, tahun ni giliran isterinya jadi dia pun kenalah relakan jiwa. Kihkihkihhh..

Petang semalam, waktu singah ke rumah, pakcik saudara aku sempat hulurkan beberapa ketul mercun. Sama seperti raya raya yang lepas. Sememangnya setiap kali raya, dialah yang akan bekalkan mercun untuk kami semua. Kebetulan kampung isterinya di Kelantan, jadi dia boleh dapat mercun yang diseludup dari seberang dengan harga yang agak murah.

Untuk kali ni, adalah beberapa ketul mercun yang dia sponser. Katanya, tahun ni stock tak berapa banyak sebab pihak berkuasa ligat menjalankan kerja. Okaylah, janji dapat daripada langsung tiada, kan.

Malam tadi selepas berbuka, aku dan adik-adik sempat melemparkan beberapa ketul mercun. Pisttt.. nama-nama mercun jangan ditanya sebab aku tak tahu.

Pom... pom.. pom.. pom... cantik !
Bunyi memang membingitkan tapi suasana dan kemeriahan tu memgembirakan kami. 
Balingan kedua di celah celah pokok bunga mak.
Okay, waktu ni mak tak tahu lagi kami baling mercun dekat sini.
Hahaaaa cantik je tengok warna-warna percikan api yang keluar.

Baling.. menjulang.. pastu jatuh ke tanah.
Sangat cantik dipandang

Pommmm!
Campak dalam pasu bunga mak. Okay, waktu ni mak dah tahu kami pedajal pokok bunga dia.
Hahaaa mak pun membebel. Tapi takpe, kami bahagia. 

Suasana malam raya sememangnya meriah. Tapi rasanya meriah lagi suasana raya waktu kecil dahulu. Tetiba rindu! Waktu tu masing-masing masih tiada komitment. Setiap kali malam raya mesti kumpul rumah nenek. Berbuka puasa terahir sama-sama. Main mercun sama-sama. Kena marah sama-sama sebab tak tolong mereka yang dewasa melakukan kerja. Pastu berjaga sampai pukul dua tiga pagi semata-mata nak tolong bakarkan sate. Alangkah indahnya waktu kecil dulu kala. 

Tapi adat dunia, setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya. Kita hidup perlu pandang ke hadapan. Jangan sesekali menoleh ke belakang. Tak salah mengingati kisah lalu kerna itu adalah cebisan kenangan dan pengalaman yang mematangkan kita. SALAM LEBARAN.

1 ulasan

  1. Seronok juga dengar cerita ya.

    Terimbau kenangan saya main mercun masa kanak kanak dahulu..

    BalasPadam