Assalamualaikum,
Alkisahnya, petang semalam Kakyong ada ternampak kawan kepada kawan Kakyong buat cornflake coklat. Okay, menarik dan nampak macam sedap. Tengok dari cara penyediaan dan pembuatan pun macam mudah. Maka, Kakyong pun ajaklah kawan pergi cari bahan-bahan yang diperlukan. Kihkihkihh.. nasib baik waktu tu kedai bakeri masih bukak, sebab dah hampir berbuka puasa.
Okaylah, Kakyong taknak merapu panjang. Jom tengok cara dan step by step Kakyong buat cornflake coklet. Pisttt.. ni kali pertama cuba tau. Okaylah mencuba dari tak pernah cuba buat langsung, kan !
|
Rice Cooker Kakyong gunakan rice cooker untuk cairkan coklat bar. Pastikan bekas yang kita guna untuk cairkan coklat bar lebih besar dari rice cooker tau. Sebab nak elakkan wap ataupun air didihan tu termasuk dalam coklat bar kita. Bila wap ataupun air didihan tu masuk dalam coklat bar, coklat tersebut akan jadi likat dan keras. |
|
Coklat bar tu Kakyong potong kecil-kecil supaya mudah dan cepat cair. |
|
Ini cebisakn badam. Sebijik badam tu Kakyong potong kecil kecil. Potong dadu. |
|
Badam yang dipotong tadi, Kakyong goreng kejap dalam kuali tanpa minyak, atas dapur. Agak-agak dah keperangan tu bolehlah tutup api dapur. |
|
Coklat bar yang Kakyong didihkan tadi sudah pun cair. Apa lagi, teruslah masukkan cornflake lepas tu kacau sampai sebati. Bila dah sebati, masukkan sekali badam yang kita goreng kejap tadi. |
|
Cornflake dan badam dah pun sebati dalam salutan coklat. Masukkan dalam cup satu persatu. Lepas tu biarkan seketika supaya coklat tersebut betul-betul dah keras |
|
Akhir sekali hiaskan dengan coklat putih. Taraaaaaa ! Siap. Eh, sebelum tu, masukkan seketika dalam peti supaya coklat betul-betul keras. Tapi Kakyong hanya biarkan seketika bawah angin kipas je. Hahaaa tak muat dah nak masukkan dalam peti sebab banyak sangat dah khazanah dalam peti ais tu. Kihkihkihhh... |
Alhamdulillah. Siap sudah Cornflake Coklet. Sedap ke tidak, Kakyong tak pasti tapi nampak agak menyelerakan. Tadi lepas berbuka puasa, Kakyong dah ngam empat lima enam tujuh ketul. Hahaaa tak tahulah sempat ke tidak menunggu raya. Tapi takpe, nanti kalau rajin Kakyong buat lagi sekali dimalam raya. Hahahaaa
wahhh.. sedapnyeee.. favourite kite ni :D
BalasPadamCR pun baru wat tadi. Tp kat atas tabur choc rice.
BalasPadamTq ats pkongsian 😍
BalasPadam