Nor Ain Rusli
Nor Ain Rusli

Tips Beraya Di Kampung


Hohohoooo balik kampung ~
Lalalalaaa balik kampung ~
Balik kampung hey ! hey ! hey !!!
Balikkk !!! kampung !!!!

Dah 19 Ramadhan dah kita, lagi separuh perjalanan nak raya. InshaAllah umur panjang dapat lah Solat Sunat Aidilfitri untuk kesekian kalinya. Jangan skip, setahun sekali je tu. Ok, raya amat sinonim dengan balik kampung. Beraya dengan mak ayah, atuk nenek, sepupu sepapat semua.

Jadi, untuk mudahkan urusan ketika balik raya di rumah mak ayah di kampung, sila ikuti tips/langkah yang disenaraikan kat bawah. Rasanya ada yang pernah melalui cuma tak alert jer... 

1. Bawa balik seterika sendiri. Supaya x berebut. Kalau muat bonet, angkut iron board sekali.

2. Rumah di kampung kadang x ada aircond, kipas terhad, bawa balik 1 kipas sendiri. Kalau dapat elakkan tidur hotel atau homestay melainkan wujud keperluan mendesak.

3. Bawa balik extention cable sekali. Taklah berebut nak cas telefon, nak iron, nak blender dll.

4. Kalau perlu, tilam @ toto or khemah pun bawa sekali.

5. Boleh tidur lewat malam raya, tapi jangan sampai terlepas solat di pagi raya. Ramai buat macam tu.

6. Ajar isteri dan anak perempuan untuk tolong mak basuh pinggan dan kemas meja lepas makan. Anak lelaki tolong atuk kemas rumah, sapu laman, bakar lemang, ligan ayam dll.

7. Untuk elakkan anak-anak 24 jam dengan talipon, mak ayah pun kena elakkan dari 24 jam tengok HP. Kepimpinan melalui tauladan.

8. Untuk suasana harmoni, elakkan orang lelaki buka baju atau merokok ketika ramai-ramai di ruang tamu, atau di meja makan. Ia terkait dengan aurat, keselesaan dan 'respect'.

9. Santuni adik beradik yang sedikit 'kurang' berada dari kita. Jangan sembang bab kereta, telefon baru, beli rumah, pergi Korea dll. Kalau ditanya, boleh dijawab ringkas. Fokus pada silaturrahim.

10. Bagi duit raya pada mak ayah ikut kemampuan. Sikit atau banyak, kena bagi. Duit memang penting, namun 'keberadaan' kita bersama mereka lebih disyukuri.

11. Jangan selalu terperap dalam bilik. Ini biasa hobi menantu perempuan. Ringan-ringankan tulang bantu di dapur. Dan 1 lagi, time raya ni lah nak kenal saudara mara. Kalau terperap dalam bilik, mana nak kenal siapa yang datang.

12. Kalau ada lebihan rezeki, tolonglah beli barang-barang dapur. Beras pulut, daun palas, daging 3-4 kg. Kuih raya 3-4 balang dll. Paling koman 'kordial Sunquick' pun kira dah soleh tu.

13. Jangan mudah terasa dengan tutur kata adik beradik ipar duai. Belajar berlapang dada. Jangan cemari kemaafan Syawal dengan kemarahan kita. Kalau rasa diri memang tak boleh nak berlebih kurang dgn org lain..jgn harap orang lain berlebih kurang dengan kita. Kena belajar erti menghormati …yg tua yg muda…jangan rasa kita hebat.

14. Bagi yang beraya di rumah mertua, cuba enjoy dan terima seadanya. Mungkin tak sama dengan raya kat rumah sendiri. Tapi nasiblah, percaya pd Qada' & Qadar!

15. Kita balik kampung bukan kerana budaya. Tetapi kerana mak ayah kita. Tanggungjawab kita. Kalau mereka sudah tiada, memori masih terpahat di sana. Nikmati masa tersebut. Hargai dan syukuri sebelum ia pergi.

Sumber : Facebook

Take Note : Den tak sabar nak balik kampung. Nak jumpa mak, ayah dan adik adik. Rasanya sepanjang hampir 6 bulan Den praktikal di Seremban ni, baru sekali balik kampung. Itu pun balik kejap je, 2H1M. Penat balik kampung tak hilang lagi time tu, dah terpaksa bergegas datang ke sini. Fuhhh ! rindu kesumat pun tak hilang lagi waktu tu.
Bukannya Den tak nak balik kampung, cuma kekangan masa membataskan segalanya. Den praktikal dengan company yang kerja direct 7 hari seminggu. Kekadang malam baru habis kerja. Kekdng awal pagi dah masuk opis. Fuhhhh.. perlukan semangat yang kental sepanjang Den praktikal disini. 
Alhamdulillah, minggu ni minggu terakhir Den disini. Yeyehhhh dah nak tamat praktikal. InsyaAllah, 16/6/2017 Den akan balik kampung. Bercuti, beraya bersama family tercinta. Doakan perjalanan Den selamat dan dipermudahkan ya. iLOVEuFamily.


1 ulasan