Nor Ain Rusli
Nor Ain Rusli

Bahaya Jika Tidur Lebih 8 Jam Setiap Hari


Jika korang sering tidur lebih daripada 8 jam setiap malam, ia mampu beri kesan buruk pada kesihatan korang.

Kajian mendapati, orang dewasa memerlukan tidur selama 7 hingga 8 jam setiap malam untuk elak dari penyakit dan mati awal.

Tapi, jika korang tidur berlebihan lebih dari lapan jam setiap hari, ia mampu mengancam nyawa korang semua!.

1. Obesiti

Mereka yang tidur lebih dari 10 jam setiap hari, mengalami penambahan berat badan lebih 5 kg dalam seminggu. Ini kerana tubuh tidak aktif dalam masa yang lama.

2. Sakit belakang

Semakin lama korang tidur, semakin besar risiko korang menghidap sakit belakang. Jadi sebaiknya hadkan waktu tidur korang.

3. Sakit kepala

Tidur lama boleh menyebabkan sakit kepala. Kajian menunjukkan tidur lebih dari 8 jam boleh menyebabkan kesan negatif pada neurotransmitter otak.

4. Penyakit jantung

Tidur lama beri kesan buruk pada jantung. Mereka yang tidur lebih 8 jam sehari lebih terdedah terhadap penyakit jantung koronari.

5. Penuaan awal

Tidur lebih lapan jam sehari boleh menyebabkan penuaan awal. Ia membuatkan wajah korang nampak lebih tua dari usia.

6. Diabetes

Tidur lama boleh meningkatkan risiko diabetes. Mereka yang tidur lebih dari 8 jam lebih berisiko untuk mendapat diabetes.



Terlebih tidur boleh mengundang penyakit. Kekurangan tidur pun boleh mengundang penyakit. Apapun, jangan lupa baca doa sebelum tidur.


3 ulasan

  1. Kena kurangkan tidur nie.. tapi tidur nie dapat release stress.. hehehe..

    BalasPadam
  2. Perkongsian yang baik sekali..
    Bulan puasa nie mata asyik nak tertutup je..

    Ikhlas dari
    AlongMisuari.com

    BalasPadam
  3. kata guru akak, kita ckup klu tidur 4, 5 jam sehari... selebihanya boleh bgn malam beribadah.... dan buat kailullah sebelum zohor...

    BalasPadam