Tips Menangani Suami Panas Baran
04 Jun 2017
Pasti ada antara anda yang memiliki suami panas baran.
Lagi teruk jika si dia cepat naik tangan apabila marah. Isteri yang mempunyai suami panas baran, ada kala hidup dalam serba ketakutan. Bimbang perasaan suami tercuit, sudah tentu diri ditengking atau dimarahi.
Tapi jika ditakdirkan pasangan hidup bersikap baran, macam mana nak berdepan dan terus menyayanginya?
1. Jangan membantah
Selalunya orang sebegini berada di luar kawalan dan
fikirannya asyik tertumpu kepada emosi marah.
Kalau si dia marah sesuatu yang tiada kaitan dengan anda, 'iakan' sahaja kata-katanya kalau tak nak burukkan keadaan.
Anda kena sabar lebih dan persediaan mental yang sangat kuat.
2. Bijak pilih masa
Orang yang punya sikap macam ini tak suka dinasihati dan menganggap nasihat yang dia dengar sebagai mencari kesalahan dia. Pilihlah masa sesuai untuk berbicara dari hati ke hati dengan pasangan anda.
Misalnya selepas makan hidangan kegemarannya. Selepas makan dan saat anda berdua sedang berehat, cuba susun ayat paling ringkas dan 'manis'.
3. Kaitkan dengan anak-anak
Tak elok jika anak-anak ternampak suami marah-marah.
Contoh paling mudah, ada sesetengah lelaki cepat benar panas baran kala memandu. Pantang ada pemandu yang membunyikan hon menegur corak pemanduan suami, suami cepat melenting. Masa inilah anda kena ambil peranan, cuba sejukkan dengan kata-kata positif.
Ingatkan si dia anda bimbang jika anak-anak terikut panas barannya. Pasti suami anda boleh terima atau mungkin terdiam berfikir.
4. Jangan mudah nak benci
Mungkin sakit hati tapi anda jangan rasa 'down'. Cuba terima pasangan seadanya. Buruk mana sikap pasangan, tetap akan boleh diubah jika anda bersabar. Pujuk ajak mengaji bersama, dan paling penting doa.
Tak payah dengar cakap orang sangat, hanya kita yang faham dunia pasangan kita dan berusahalah mencari penawar sejukkan hati pasangan.
5. Elak punca kemarahan
Anda mesti tahu apa dapat menjangka apa yang akan menyebabkan suami marah. Jadi, cubalah elak sesuatu yang buat si dia cepat marah. Contoh mudah, tahu suami suami akan cepat marah bila anak-anak bising bermain dalam rumah, pesan pada mereka supaya bermain di luar.
Bukan susah jika anda mampu elak, kan?
6. Usah ungkit cerita tak berkait
Tak pelik kalau dengar perempuan membebel tentang cerita lama. Tapi kalau si dia tengah 'panas', janganlah anda tetiba petik sejarah lama. Itu dah macam cari nahas. Kalau pun rasa bengang sangat, anda boleh buka mulut waktu si dia dah sejuk.
Beritahu elok-elok dan jangan sesekali membebel tentang cerita tak berkait!
#Hakikatnya hidup berumah tangga akan diduga dengan sesuatu yang tak dijangka. Kadang masa bercinta lain sikapnya dan selepas sah bergelar suami isteri, pelik pula perangainya.
Tapi semua itu mampu diubah dengan kelembutan pasangan. Paling penting jangan cepat melatah dan rasa 'terduduk' terlalu lama. Bangun dan cari jalan penyelesaian terbaik demi masa depan.
loading..
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Thanks juga. Semoga bermanfaat
BalasPadam