Kelebihan Wanita Mempunyai Lesung Pipit
11 Jun 2017
Tahukah anda? Orang yang ada lesung pipit selalunya nampak lebih muda dari usia? Bila mereka senyum, terserlah aura istimewa kerana keunikan lesung pipit mereka miliki.
Lekuk di pipi itu juga membuatkan empunya diri bertambah manis. Cemburunya! Selain nampak comel dan manis, ini antara fakta dan kelebihan lesung pipit ini.
Dimiliki oleh 20% manusia
Mengikut statistik yang dilaporkan The Daily Health Gen, hanya 20% manusia di dunia memiliki lesung pipi yang sebenarnya merupakan satu jenis ‘kecacatan’ pada otot wajah yang dicemburui ramai.
Ramai tertarik
Kajian American Journal of Physical Anthropology mendapati, lesung pipit merupakan ‘added value’ yang menambahkan lagi daya penarik seseorang secara semula jadi. Tak perlu risau ketika bergambar, lesung pipit anda tu buatkan anda jadi perhatian dalam ramai-ramai orang.
Nampak lebih muda
Orang yang ada lesung pipit nampak macam ‘baby face’. Ini disahkan oleh para saintis bahawa antara kelebihan lesung pipit ialah menjadikan seseorang itu kelihatan lebih muda dari usia sebenarnya.
Aura keceriaan
Setiap kali pemilik lesung pipit tersenyum, orang di sekeliling juga akan terpengaruh dengan aura keceriaan yang disebarkan.
Jadi lebih popular
Laman Time For Healthy Food melaporkan lebih 60% bintang Hollywood memiliki lesung pipit dan membantu mereka menjadi lebih popular. Sebab itu, ada yang sanggup melakukan pembedahan semata-mata untuk mendapatkan lekukan tersebut.
loading..
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan