Nor Ain Rusli
Nor Ain Rusli

Cerita Wang Kertas RM 1 Dan RM100


Wang kertas RM1 dan RM100 diperbuat dari kertas yg sama dan diedarkan oleh Bank Negara Malaysia (BNM). Ketika dicetak, mereka bersama, tetapi berpisah di bank dan beredar di masyarakat.

Bagaimanapun, 4 bulan kemudian mereka bertemu semula secara tidak sengaja di dalam dompet seorang pemuda.

Maka mereka pun berbual:

Wang RM100 bertanya kepada RM1:
"Kenapa badan kamu begitu lusuh, kotor dan berbau hamis?"

RM1 menjawab;
"Kerana sebaik saja aku keluar dari bank, terus ke tangan orang bawah daripada buruh, penjaja, penjual ikan dan di tangan pengemis."

Lalu RM1 bertanya balik kepada RM 100;
"Kenapa kau begitu baru, rapi dan masih bersih?"

RM100 menjawab;
"Kerana sebaik saja aku keluar dari bank, terus disambut perempuan cantik, dan beredarnya pun di restoran mahal, di kompleks membeli-belah dan juga hotel berbintang serta keberadaanku selalu dijaga dan jarang keluar dari dompet."

Lalu RM1 bertanya lagi;
"Pernahkah engkau berada di tempat ibadah?"

RM100 menjawab;
"Belum pernah"

RM1 pun berkata lagi;
"Ketahuilah walaupun aku hanya RM1, tetapi aku selalu berada di seluruh tempat ibadah, dan di tangan anak-anak yatim piatu dan fakir miskin bahkan aku bersyukur kepada Allah kerana aku tidak dipandang sebagai sebuah nilai, tetapi aku dipandang sebagai sebuah manfaat.

Lantas menangislah RM100 kerana berasa besar, hebat, tinggi tetapi tidak begitu bermanfaat selama ini.

Untuk renungan kita bersama, kita hidup janganlah sombong dan ego dengan kedudukan dan pangkat kerana adakalanya sesuatu yang kita hina itu lebih baik dan disanjung oleh masyarakat.
Cerita yang simple tetapi membawa pengertian yang tersirat sebagai pengajaran
Take Note : Cerita diatas telah dikongsi oleh salah seorang sahabat kepada aku. Aku paparkannya disini sebagai peringatan untuk diri sendiri dimasa hadapan. Untuk anda semua, renungkan dan semoga bermanfaat.



2 ulasan