Nor Ain Rusli
Nor Ain Rusli

Peribahasa Hangat - Hangat Tahi Ayam



Hangat-Hangat Tahi Ayam
Apakah itu hangat-hangat tahi ayam ??


Pernah dengar tak peribahasa ''hangat-hangat tahi ayam"?

Maksud peribahasa ini:
Seseorang yang membuat sesuatu pekerjaan secara bersungguh-sungguh pada mulanya sahaja tetapi kesungguhannya itu hanya separuh jalan.

Pada mulanya, semangat berkobar-kobar nak lakukan “sesuatu”. Motivasi pun tinggi! Semangat tinggi! Bersungguh-sungguh dan penuh keyakinan. Alih-alih, 2-3 hari atau 2-3 minggu atau 2-3 bulan kemudian, habis semua lentur. Motivasi, semangat dan keyakinan hilang…


Begitulah pekara yg biasa terjadi di kalangan kita.Sama ada di dalam bidang pekerjaan ,mahupun perhubungan.

Sebagai contoh :

1.Pada hari pertama mula bekerja ,tekad dipasang akan bekerja dgn tekun.Maka komitment yg ditunjukkan itu sgt terpuji. Setelah mendapat kepercayaan dari majikan sikap rajin dan tekun mula menurun.Akhirnya hanya melakukan kerja ibarat melepaskan batuk di tangga saja.

2.Berkobar-kobar ingin menjadi usahawan yg berjaya.Membelanjakan modal yg besar utk merealisasikan impian.Semua simpanan dikeluarkan utk dijadikan modal.Di awalnya sikap rjin berusaha itu telah membuahkan kejayaan.Namun lama kelamaan sikap malas mula menguasai diri.Cabaran demi cabaran yg makin besar menjadikan semangat itu semakin berkubur.Perniagaan pun semakin jatuh.Sehri bukak,3 hari tutup.Akhirnya ditutup terus.Perniagaan lingkup...duit simpanan hangus.

3.Pada awal ingin mengenali sesorg yg diminati.Sgt rajin mengikuti apa pun yg dilakukan.Bersapa sepanjang hari..hingga kesungguhan itu mencairkan hati.Tetapi selepas dapat didekati lebih rapat...makin hari bayang pun tak nampak Hilang sudah janji sehidup semati.

4.Azam tahun baru.Di awal tahun bermacam-macam azam...Namun sampai ke pertengahan tahun,azam hanya tinggal azam.Yg ada cuma nama Mohd Azam haha..

Nampaknya agak sukar utk mendidik hati bersungguh-sungguh dlm melakukan sesuatu tanpa berasa penat dan putus asa.
Manusia amat mudah berasa jemu apabila melakukan sesuatu yg sama dlm satu tempoh yg panjang.Bgtu juga mudah patah semangat apabila diuji.

Dari itu tanamkanlah niat utk mencapai sesuatu dlm tempoh tertentu.Jgn mudah berasa selesa dgn sedikit nikmat yg baru dikecapi.Semak diri sentiasa.Sentiasa menguatkan motivasi diri.

Tiap kejayaan itu memerlukan usaha yg berterusan...
Andai ingin ke satu-satu destinasi perlu bersabar hingga sampai ke destinasi yg ingin dituju.
Perjalanan separuh jalan kerapkali hanya membuang masa,tenaga, wang ringgit dan pelbagai lagi.


Kesimpulan hangat-hangat tahi ayam

Hangat-hangat tahi ayam adalah satu sikap yang tidak baik dan merugikan. Konsisten la dlm apa yg anda lakukan demi mencapai matlamat yg diingini.


Tiada ulasan