Nor Ain Rusli
Nor Ain Rusli

Kesihatan | Wanita & Masalah Keputihan


APA ITU KEPUTIHAN

Keputihan ialah cairan atau lendir yang keluar daripada faraj wanita. Lendir tersebut dihasilkan oleh serviks atau pangkal rahim dan kelenjar dalam vagina dan akan keluar dengan membawa sel-sel mati serta bakteria.

Jumlah, warna, serta kepekatan lendir adalah berbeza-beza bergantung kepada kitaran haid yang dialami. Lendir yang normal umumnya berwarna jernih hingga keputih-putihan, tidak berbau, dan tidak disertai dengan gatal-gatal atau rasa pedih pada bahagian vagina. Jika anda mengalami keputihan dengan ciri-ciri yang berbeza, sebaiknya ambil tahu dan lihat ciri-cirinya.


Tahukah anda, apa sebab berlakunya keputihan ini

JENIS-JENIS KEPUTIHAN & PUNCANYA

Terdapat 2 jenis keputihan yang sering berlaku kepada wanita.

KEPUTIHAN NORMAL

Keputihan yang normal, lendirnya berwarna jernih, tidak berbau dan tidak gatal. Biasanya berlaku 2 minggu menjelang haid, sekitar waktu subur dan semasa mengandung. Ianya juga boleh dihasilkan sekiranya terlalu stress. Keputihan yang normal ini tidak perlu dirisaukan kerana ianya adalah tindak balas semulajadi badan wanita terhadap situasi yang berlaku dalam badan. Antara golongan wanita yang biasanya mengalami keputihan normal ini adalah :

Ibu yang baru lepas bersalinWanita yang baru pertama kali datang haidMenjelang waktu haidDi waktu suburAlergik pada pakaian dalam atau kondomRansangan aktiviti seksual

KEPUTIHAN TIDAK NORMAL

Keputihan yang tidak normal biasanya terjadi kerana jangkitan sama ada disebabkan oleh kuman, bakteria ataupun kulat. Keadaan ini perlu diambil perhatian untuk mengelakkan ianya bertambah serius dan boleh menyebabkan jangkitan kepada pasangan. Berikut adalah beberapa jenis keputihan tidak normal.

BERWARNA PUTIH, BERAIR,BERWARNA & BERBAU. 

Mereka yang mengalami keputihan jenis ini biasanya berasa gatal sekitar faraj dan sakit ketika membuang air kecil. Ini berpunca daripada jangkitan sejenis kulat yang dikenali sebagai candida albicansKeputihan dengan lendir berwarna coklat atau bercampur darah.

Keputihan ini umumnya disebabkan oleh kitaran haid yang tidak teratur. Dalam kes ini, ianya berpunca daripada masalah pembuluh darah pada serviks atau endometriosis. Warna coklat tersebut boleh disebabkan oleh pendarahan seperti keguguran, haid yang tidak teratur atau luka dalaman. Tetapi tetap perlu diambil berat kerana ia mungkin salah satu tanda awal kanser servik atau kanser rahimKeputihan disertai rasa sakit atau pendarahan

KEPUTIHAN YG DISERTAI RASA SAKIT  

Sakit pada tulang pinggul atau ketika buang air kecil serta mengalami pendarahan di luar waktu haid, atau setelah berhubungan seks. Ciri-ciri ini menunjukkan seperti jangkitan akibat penyakit berjangkit seksual seperti gonore atau chlamydia (klamidia). Jika dibiarkan, kedua-dua penyakit berjangkit seksual ini akan memberi jangkitan serius kepada organ reproduksi wanita yang lain..so dptkn rawatan.

Sumber : KKM

Tiada ulasan