Seorang lelaki yang jumpa saya dan bercerita. Ustaz, isteri saya tak cantik. Dari dulu kawan perempuan saya semua cantik-cantik. Saya kahwin dia sebab masa tu saya baru putus tunang dengan kekasih sayang. Ibu saya pilihkan dia untuk saya. Disebabkan umur saya dah 30an saya terima sahaja isteri saya sekarang..
Tapi ustaz selepas nikah saya tak tahu saya tak nak isteri saya. Maaf kata saya takde selera nak tidur sekali. Saya jenis pentingkan kesempurnaan. Tak sangka kerana stress saya terima cadangan mak saya. Sampai sekarang dah 3 bulan saya takde rasa padanya. Tapi saya kasihan mak saya dan isteri saya. Entahlah kadang-kadang rasa nak marah jer..saya tak suka padanya..
Saya kata pada lelaki tu, abang mintalah pada Allah. Abang dah nikah dengannya. Didiklah isteri dengan iman. Jom luangkan masa 3 hari di jalan Allah dulu. Belajar iman. Dia pun ikut saya belajar iman di masjid. Semasa di masjid dia menangis. Hidup lama tapi tak pernah rasa susah payah dalam kebaikan. Waktu solat sebak, kerana dia dah lama tak solat awal waktu berjemaah. Solat ikut sempat. Kadang solat. Kadang tak. Dia dengar ceramah sambil bergenang air mata.
Setelah beberapa waktu dia jumpa saya semula. Dia menangis. Katanya isteri saya dah berubah. Dia sebenarnya sangat cantik. Saya buat Ta'lim bersamanya. Saya ajak dia tahajud sama-sama. Dia memang selalu bangun tahajudm Saya baru sedar rupanya saya kahwin dengan bidadari. Dia sangat sempurna. Saya jatuh hati padanya. Saya pernah kawan dengan ramai orang tetapi belum dengan bidadari. Dia wanita baik ustaz. Saya teramat bersyukur..
Ada sekali tu sedang saya baca Ta'lim. Saya terpandang wajahnya. Saya rasa cantik sangat. Tengah dia tidur saya tengok muka dia. Betul ke ni. Cantiknya isteri saya. Dia jaga tahajud. Malam tu saya tahajud dan menangis. Selepas doa saya tengok dia di belakang saya. Dia salam saya. Dia cium tangan saya menangis dan kata abang saya cintakan abang. Saya cium dia dan peluknya. Kami berpelukan menangis. Terima kaseh sayang doakan abang. Katanya pada saya saya nak bersama abang selamanya sampai masuk syurga..itulah pelukan dan sentuhan paling bermakna dalam hidup ini. Pelukan dan cinta kerana keinsafan bersama yang tercinta.
Kata saya lelaki tadi sebenarnya bahagia, cantik,indah,baik itu sebenarnya bermula di hati kita. Ada orang melihat dengan mata. Dia akan mencari yang cantik dan sempurna. Dan tak pernah puas. Tetapi orang yang melihat dengan hati akan menghargai isteri yang dinikahinya.
Baru kita termenung melihat mereka. Cuba lihat dalan Ramadhan ini siapa wanita di sebelah kita. Lihatlah wajah isteri yang penat dan lesu. Dah beberapa hari Ramadhan ni mereka uruskan keluarga dalam keadaan puasa. Dah bertahun mereka uruskan rumahtangga dan anak-anak. Sedangkan mereka cuma pembantu kita dalam tanggungjawab rumahtangga. Tapi mereka pula minta bantuan kita...
Hakikatnya mereka bukan bidadari. Kita pula bukanlah malaikat. Tetapi mereka seolah-olah telah menjadi bidadari kita. Siang malam mereka berusaha dan menjadi bidadari buat kita. Tetapi adakah kita menjadi malaikat buat mereka ?? Paling kurang menjadi benar-benar seorang suami yang akan memimpin dan membimbing mereka dengan cinta sehingga syurga.
Renung-renungkan para suami ataupun bakal suami ..
Perkongsian dari salah seorang sahabat.
Tiada ulasan