Nor Ain Rusli
Nor Ain Rusli

Pokok Ketum | Kebaikan Dan Keburukan Ketum



Ketum adalah tumbuhan semulajadi, sama halnya dgn pokok Ganja. Ia ada khasiat tertentu, yang menjadi racun sebab pengambilan secara berlebihan atau disalah guna. Contoh yang paling mudah garam dan gula. Jika pengambilan berpatutan ianya tidak memudaratkn, ia hanya penyedap rasa dalam makanan tetapi jika berlebihan ianya memudaratkn...

Allah berfirman...

"tidak aku jadikan sesuatu itu dgn sia sia"

Daun Ketum telah lama menjadi bahan perubatan tradisional sebagai minuman pemulih tenaga bagi wanita yang baru lepas bersalin. Daun ini direbus dan airnya diminum sebagai pemulih tenaga, juga bagi rawatan mengeluarkan angin dalam badan dan bagi merawat sakit belakang.

Rebusan daun kering dan akarnya pula digunakan bagi melegakan penyakit darah tinggi dan kencing manis. Selain dari dikunyah segar, rebusan daun yang kering juga digunakan sebagai tonik untuk menghilangkan rasa lesu selepas bekerja, lenguh-lenguh, radang, kejang otot, sakit-sakit sendi dan lelah.

Daun ketum juga digunakan untuk merawat ketagihan dadah, tetapi penggunaan yang berlebihan boleh memberi kesan ketagihan terhadap bahan berkenaan. Daun ketum yang dikeringkan dan direbus digunakan untuk mengembalikan tenaga batin.

Daun Ketum adalah herba yang paling mujarab diantara herba ubatan alternatif yang dicuba dalam mengawal kadar gula dalam darah. Herba lain mungkin menpunyai kelebihan dengan cara tindak balas yang berlainan, tetapi daun ketum amat mujarab dalam dalam menurunkan kadar gula dalam darah pada masa yang singkat.

Kemanpuan untuk menurunkan kadar gula dalam darah secepat munkin adalah penting terutama untuk pesakit yang menpunyai luka dan bengkak(diabetes feet) untuk menbantu memulihkan tisu dan mencegah jangkitan(infection)

Daun ketum yang dikeringkan dan direbus digunakan untuk mengembalikan tenaga batin. Selain dari dikunyah segar, rebusan daun yang kering juga digunakan sebagai tonik untuk menghilangkan rasa lesu selepas berkerja, lenguh-lenguh, radang, kejang otot sakit-sakit sendi dan lelah.

Take Note : Aku pernah sekali merasai air ketum. Rasanya pekat dan pahit di tekak. Waktu mula-mula minum, rasa nak termuntah. Tak tahan dengan bau dan rasa tu. Hahaaa last sekali minum sambil tutup hidung. Minum waktu malam, esok pagi bangun memang badan segar. Rasa macam hilang terus sakit-sakit urat.
Bagi aku ketum ni ada kebaikan dan keburukannya. Kebaikan, bila kita minum secara original tanpa sebarang campuran. Itu boleh dijadikan ubat sakit urat, katanya kawan aku. Hehee dia yang offer aku minum ketum tu. Kebiasaannya, kawan aku tu akan minum ketum selepas habis berfutsal waktu malam. Katanya, minum ketum untuk hilangkan sakit-sakit urat. Nantikan tak pasal pasal bangun esok pagi poteng kerja. Kuikuikuiii..
Keburukan ketum, bilamana diminum setelah dicampur pelbagai campuran. Ada sesetengah orang, campurkan ketum tu dengan ubat batuk, ada yang campurkan ketum tu dengan air coke dan ada juga yang campurkan ketum tu dengan kedua-duanya sekali iaitu ubat batuk dan air coke. Aku pernah bertanya kepada kawan, katanya campuran tu adalah salah satu cara untuk hilangkan rasa pahit ketum. Betul ke? Entah, aku pun tak pasti sebab tak pernah minum lagi ketum yang dah dicampur campur.
Dari apa yang aku lihat dan nampak setakat ni, rasanya ketum tak boleh diminum ketika perut kosong. Sebab nanti macam ada kesan pada badan. Contohnya, rasa mual dan pening kepala, rasa macam nak demam. Teringat kes kawan aku, pernah sekali dia minum ketum ketika perut kosong. Fuhhh memang habis secawan kecil dia telan. Lepas minum okay kejap, siap boleh layan games lepas tu tetiba macam pelik. Katanya rasa tak sedap badan, rasa nak demam. Pastu terus baring berselimut, sejuk katanya. Aku plak yang gelabah tengok keadaan dia macam tu. Peliklah, dari segar bugar tetiba sakit. Macam biasa, setiap kali tak sihat dia akan minum air redbull yang dicampur dengan panadol solube. Nasib baik malam tu ada lagi kedai yang buka so bolehlah kami belikan redbull dan panadol tu.
Kesimpulannya. ketum ni ada baik dan ada buruknya. Rasanya tak salah kowt minum ketum kalau untuk kesihatan bukannya untuk memudaratkan kesihatan. Faham, kan? 




1 ulasan