Nor Ain Rusli
Nor Ain Rusli

Wireman | Pendawaian Fasa Tunggal & Endorsan Pengujian (PW2)






 Tahun pertama di Akademik Binaan Malaysia Wilayah Timur (ABMWT). Time ni jaket masih lagi warna grey. Jaket rasmi ABMTWT. Baju warna hijau tu, sememangnya uniform rasmi kami disini. Wajib pakai setiap kali ke bengkel/kelas. Masuk ke bengkel, memang wajib pakai safety helmet tu. Wajib ! Tiada kompromi okay.

Untuk tahun kedua, kami keluar latihan industri selama sembilan bulan. Fuh ! sembilan bulan yang agak mencabar. Ada sebahagian yang terkandas disini. Ada yang terus berhenti belajar sebab dapat offer kerja. Ada yang diberhentikan sebab kedatangan yang kurang memuaskan. Ada yang berhenti dengan rela hati atas sebab-sebab tertentu. Terfikir juga, waktu exam Suruhanjaya Tenaga nanti agak-agak berapa orang sahaja yang ada.









Tahun kedua, jaket warna orange. Okay, ini jaket kebanggaan kami, pelajar wireman. Bhahaaa.. dari jauh orang dah boleh cam kami, bebudak wireman lettuw. Tamat sembilan bulan latihan industri, kami masuk kembali ke ABMTWT untuk final exam bersama Suruhanjaya Tenaga. Seperti yang diduga, hanya beberapa ketul sahaja yang dapat menamatkan latihan industri dengan jayanya. Hurmmm.. sedih plak bila diingatkan mereka yang kecundang di tengah jalan. Setahun bersama hadapi current dan cable sama-sama. Berbaki lagi setahun nak habis belajar tiba-tiba mereka kecundang. Kau rasa? Ouhhhh hakak sedih terkilan!

Berbaki lagi tiga bulan kami disini. Time ni hidup sememangnya lintang pukang. Waktu inilah nak siapkan buku log. Waktu inilah nak ingat balik segala bagai ilmu kami wktu ditahun pertama. Waktu ini jugaklah lecture bertegas dengan segala bagai peraturadan waktu ini jugalah kami terpaksa menghafal segala bagai alat pengujian yang ada beserta fungsinya. Fuhhh ! sememangnya senak perut sakit hulu hati. Huhuuu...

Ingat lagi, waktu tiga bulan terakhir ni lecture bertegas gila. Sebelum masuk bengkel pasti akan bersoal jawab. Salah jawab, denda. Jawapan yang betul, boleh masuk bengkel. Hahaa selagi tak lepas, selagi salah, selagi itulah denda berjalan. Aku dan mereka sama sahaja. Tiada perbezaan, layanan lecture sama sahaja. Waktu latihan amali lagi power. Bila kau punya wiring tak cantik, denda. Bila kau punya wiring tak menjadi, denda. Setiap kali lecture check, pasti akan ditanya soalan. Kau tak dapat jawab, denda. Soalan tersebut akan berpindah kepada pelajar lain, tak dapat jawab jugak, denda dan soalan itu berpindah lagi dan seterusnya sehinggalah ada yang berjaya jawab. Denda merupakan perkara biasa bagi kami waktu ni. Erkkk.. kekadang rasa juga bila didenda tapi be positif. Nak berjaya harus berjiwa kental. lebih-lebih lagi aku yang belajar dalam course yang dimonopoli oleh kaum lelaki. Hati perlu kering!


Jaket warna blue black. Itu salah satu jaket untuk department kami. Jaket ni kami buat sebelum tamat latihan. Katanya, jaket kenangan. Nanti boleh pakai bila dah masuk alam kerja. Cewahhh...

Waktu exam amali, kali pakai jaket tu. Nampak seragam je, cantik. Exam kami terbahagi kepada tiga bahagian. Amali, lisan, dan oral. Bagi aku, ketiga-tiga exam ni memang agak payah. First sekali exam lisan. Gigih kami menghafal. Bermula dari Akta Elektrik, bab pengiraan, fakta berkaitan elektrik, segala hukum elektrik dan lukisan pendawaian. Alhamdulillah, berjaya.

Exam kedua Amali. Kalau diikutkan keesokan harinya barulah exam Oral. tapi entah macam mana, panel pemeriksa sekalikan terus. Maksudnya, Amali sekali dengan Oral. Okay, yang ni last minute baru kami dapat tahu. Gigih pulak menghafal Oral. Nasib baik, exam Amali tak perlu hafalan. 
Hari yang ditiba muncul jua. Ingat lagi, waktu ni aku agak kelam kabut. Masa yang diperuntukkan 5 jam sahaja. Tetiba rasa macam tak cukup pulak 5jam tu. Padahal selama ni waktu latihan boleh je siapkan kurang dari 5jam. Waktu ni sememangnya tak sempat nak berborak. Tumpukan perhatian dan yang penting siap menjadi. Kekemasan walaupun diambil markah tapi itu tak penting. Yang paling penting, projek hidup dengan jayanya. Jangan ada trip atau blackout sudah. Sebab itu dikira gagal. Sekiranya projek kita tak hidup/ lampu tak menyala, kita masih diberi peluang untuk betulkan kembali. 

Bila tiba pemeriksaan untuk turn aku, hanya Allah yang tahu macam mana perasaan aku waktu ni. Tengok muka penal pemeriksa, alamakkk garang semacam je. Takde senyuman pun. Okay, hakak mampu. Perlahan-lahan sambungkan supply, hidupkan supply, on kan suis, off kan suis, check suis dua hala, check suis perantaraan, check regulator kipas, check loceng. Alhamdulillah, menjadi. Hidup dengan jayanya. Si panel pemeriksa tu komen, pendawaian aku tak kemas. Kihkihkihhhh.. katanya apa ni perempuan tapi buat tak kemas. Aku nak menjawab? Fuhh kirim salah saja lah. Takut weh! Time ni aku mampu senyum, sengeh sahaja.

Tetiba panel pemeriksa tanya aku, cable apa yang kita guna untuk tempat yang panas, contohnya rumah dandang. Berapa saiz cable yang kita gunakan, berikan saiz kabel yang kita guna di Maaysia. Fuhhh semput aku nak menjawab!!! Okay, sekarang aku dah lupa semua jawapan tu. Hahaaa, serius dah lupa gila. Tapi waktu tu aku dapat jawab dengan betul walaupun dalamergagap gagap dan keraguan.


Tamat je exam, maka kami pun merdeka. Okay, sudah tamat latihan kami selama dua tahun di Akademik Binaan Malaysia Wilayah Timur under CIDB (ABMWT), Segala pahit manis kami, segala suka duka bahagia dan derita yang kami rasai suatu ketika dahulu, kini menjadi kenangan terindah. Thanks geng, korang sentiasa ada dan sudi menolong aku. Dalam bab amali, korang tak pernah kedekut tenaga untuk menolong. Ada kala kita bergaduh, ada kala kita kata mengata tapi akhirnya kita tetap bertegur sapa. Kita kawan, kita sahabat. Thanks gais untuk setiap coretan sepanjang dua tahun bersama. RINDU

Wireman | Pendawaian Fasa Tunggal & Endorsan Pengujian (PW2)

March 2012 - March 2014



6 ulasan

  1. slm.maaf brtnya ape maksud endorsan pengjian..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Endorson pengijian ni maksudnya kita boleh endos mana2 pendawaian fasa tunggal. Contohnya, kalau nak buat wiring untuk rumah baru. Sebelum apply ke TNB, org kompetent perlu check dan sahkan dulu wiring tersebut samaada selamat atau pun tidak. Disinilah peranan endos bermula. Untuk detail boleh rujuk ke website Suruhanjaya Tenaga (ST)

      Padam
  2. Utk gambar yg first skali tu, mne ade pendawai pw2 buat projek tu. Nipu aje...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Siapa kata pw2 ada buat projek tu?? Itu replika di bengkel kami, Bengkel Pendawaian Fasa Tunggal. Sila baca dan hadam betul betul ye. Tak tahu bertanya, jangan cepat buat kesimpulan. Terima kasih

      Padam
    2. Gamba tu nmpak ade kawalan motor.. Nmpak contactor n overload relay.. Tu mcm pw4.. Maaf bertanya yee sbb saya pon student ABM WILAYAH TENGAH

      Padam
  3. Asslam sis, nak tanye.. ape job scope utk wireman PW2?

    BalasPadam