Wanita,
Kalau jadi batu.
Jadilah batu permata.
Dipandang mulia luhur dan budinya dihormati semua merentasi agama dan bangsa.
Wanita,
Kalau jadi sungai.
Jadilah sungai mengalir Khazanah ilmu buat anaknya tanpa mengira masa dan lerihnya.
Wanita,
Kalau jadi cahaya.
Jadilah cahaya mentari menyinari diri juga penduduk bumi.
Wanita,
Kalau jadi bunga.
Jadilah mawar berduri. Dicantas tidak.
Tersebar wangi untuk insan bergelar suami.
Wanita,
Kalau jadi kayu.
Jadilah kayu jati. Teguh pendirian kuat jati diri.
Masih adakah wanita ini
Terjaga auratnya.
Sopan tingkah lakunya.
Tunduk pandangannya.
Syurga idamannya.
singgah ptg jumaat
BalasPadam