Nor Ain Rusli
Nor Ain Rusli

Rezeki milik Allah



Pada satu masa dulu…
Ada sorang lelaki tua, di zaman Nabi Musa as. Dia sentiasa sibuk berzikir kepada Allah tetapi agak terganggu sedikit kerana setiap hari dia asyik fikir risau pasal rezeki dia. Setiap hari rezeki yang dia perolehi adalah sebuku roti je.


Pada suatu hari, Nabi Musa lalu tempat orang tua tu. Orang tua itu pun terfikir peluang yang terbaik untuk minta Nabi Musa tanyakan kepada Allah SWT tentang rezekinya. Dia pun beri salam Nabi Musa A.S, dan dengan teragak-agak dia bertanya, 

“Nanti tuan tolong tanyakan pada Allah, bolehkah tuan memohon Allah meningkatkan rezeki saya? Dari dulu sampai sekarang, saya dapat sebuku roti setiap hari. Saya berhajat untuk dapat lebih. Bolehkah saya dapat lebih daripada tu? Jika tuan bertanya kepada-Nya, sesungguhnya pasti Allah akan menjawab permintaan tuan dan memberikan saya lebih"

Nabi Musa pun setuju, kemudian selepas bertanya, Nabi Musa mendapat jawapan bahawa rezeki yang telah ditetapkan dan ditakdirkan kepada orang tua ini memang sebuku roti setiap hari sepanjang hayatnya.

Nabi Musa pun sampaikan kepada orang tua itu apa yang dia diberitahu. Orang tua itu berasa sungguh gembira, terpancar kegembiraan diwajah orang tua itu. Nabi Musa terkejut dengan tindak balas orang tua itu lalu Nabi Musa bertanya tentang kegembiraan orang tua itu lantas orang tua itu menjawab, 

“Jika dah ditakdirkan, maka saya tidak mempunyai apa-apa yang perlu dibimbangkan. Sekurang-kurangnya saya akan sentiasa menerima satu buku roti untuk sepanjang hidup saya!"

.. dan dia kembali untuk melakukan solat dan ibadahnya seperti biasa. Setelah beberapa bulan berlalu, ketenangan lelaki itu meningkat dengan pengetahuan bahawa dia tidak perlu risau bimbang tentang rezekinya. Ini membolehkan beliau memberi tumpuan lebih terhadap ibadahnya kepada Allah, yang
menyebabkan dia mempunyai masa yang kurang tumpuan kepada makanan, dan juga kurang masa
untuk makan. Jadi dari kebiasaan dia memakan satu buku roti sehari, kini dia hampir tidak berjaya makan separuh roti. Baki roti tu kemudian diletakkan di satu sudut. Tidak lama kemudian, longgokan disudut itu mula menimbun sehingga ia menjadi satu timbunan besar.


Pada satu pagi, ada pengembala lalu di kampung tersebut dan berhenti untuk bercakap dengan lelaki tua itu. Dia sedang mencari rumput kering untuk ternakan beliau tetapi tidak berjaya menjumpai apa-apa makanan. Orang tua itu berkata kepadanya: 

"apa kata kalau kamu bawak roti-roti yang terletak dalam timbunan itu, lembutkan semuanya dengan air dan berilah makan kepada haiwan anda!"

Pengembala tu pun lakukan seperti apa yang dicadangkan orang tua itu dan haiwan ternakan
dia pun makan semua roti tu sampai habis. Sebagai tanda berterima kasih kepada orang tua

itu, pengembala itu memberikan seekor kambing ternakan dan meneruskan perjalanan.


Masa berlalu bertahun-tahun dan apabila Nabi Musa lalu lagi kawasan orang tua tu, dengan kagum beliau mendapati tempat orang tua itu tinggal, telah bertukar menjadi sebuah taman. Ada pokok-pokok buah-buahan tumbuh berhampiran, dan haiwan-haiwan ternakan meragut tidak jauh dari situ.
Terdapat sebuah ladang gandum, dan suasana kesejahteraan. Nabi Musa mendapat tahu
bahawa semua ini adalah milik orang tua yang pernah tanya kepadanya dahulu.

Nabi Musa pun menjadi hairan, kerana dia tahu apa yang ditulis dalam takdir orang tua itu ialah sebuku roti sehari. Nabi Musa pergi untuk mengetahui apa yang terjadi.

"Bagaimana ini boleh berlaku? Sebuku roti sehari adalah apa yang tertulis dalam takdirnya. Namun dia memiliki begitu banyak lagi.."

Rupanya,
Satu buku roti adalah rezeki yang telah ditulis untuk orang tua tu. Pokok-pokok, buah-buahan, binatang ternakan dan ladang tanaman adalah BARAKAH sebab penerimaan terhadap apa yang telah tertulis untuk kehidupan dia dengan penuh redha dan syukur serta keberkatan sedekah yang dilakukannya. Semua itu adalah ganjaran atas kepercayaan sempurna pada Allah SWT.

Dan juga hasil daripada peralihan dalam tumpuan dari apa yang dia mahu, kepada mensyukuri dan
menikmati apa yang dia ada sehinggakan walaupun selepas makan seberapa banyak yang
dia mahu, dia tetap mempunyai baki. Keperluannya telah menjadi sangat kecil. Melimpahnya barakah ini diberikan dalam kehidupan orang tua itu disebabkan sifat pemurahnya dan kesediaan untuk berkongsi apa yang dia ada.

Jadi rezeki memang ditakdirkan tetapi BARAKAH datang apabila kita bertaqwa kepada
Allah SWT, apabila kita bermurah hati dengan apa yang kita ada, apabila kita bersyukur dan apabila kita meletakkan Ibadah & Zikir Allah SWT di atas segala-galanya.

Semoga Allah SWT menjadikan kita dalam kalangan hambaNya yang taat, redha, pemurah dan bersyukur, Aamiin...

Sumber : Info Islam

3 ulasan

  1. subhannallah.... dgn kusyuk akak baca... hebatnya keteguhan iman dan keyakinanan orag tua itu memegang rukun iman yg pertama "percaya kepada Allah"...

    BalasPadam
  2. Seronok baca entry ni, semoga mrs pip juga mampu menjadi insan yg sentiasa bersyukur mcm org tua tu ...

    BalasPadam
  3. Dari kitab mana, dan rujukan sumber ?

    BalasPadam