Nor Ain Rusli
Nor Ain Rusli

Kenapa Teringin Makan Macam-Macam Walhal Perut Dah Kenyang! Ketahui 7 Punca Perut Lapar


Bila lapar, kita akan makan. Tapi betulkah kita lapar? Atau sekadar nafsu? Kata Jan Chozen Bays, penulis buku Mindful Eating: A Guide to Discovering a Healthy and Joyful Relationship with Food dalam diri kita ini ada 7 jenis lapar.

Penting Ke Tahu Tentang 7 Jenis Kelaparan Ni?
Bila anda kenal jenis kelaparan, taklah nanti anda makan mengikut nafsu. Tapi anda akan tahu kenapa tiba-tiba saja nafsu membuak-buak nak makan walhal anda baru saja makan sepinggan nasi yang lengkap lauk pauknya.

Kelaparan Mata
Lapar mata maknanya anda terus mahu makan apabila melihat makanan yang menyelerakan. Sebagai contohnya, anda sebenarnya tidak mahu makan tetapi apabila melihat biskut yang ada di hadapan mata, terus anda mahu makan.

Kelaparan Hidung
Lapar hidung boleh juga dikatakan seperti ‘kesan Cinnabon’. Contohnya, anda sedang berada di pusat membeli-belah. Tiba-tiba anda tercium bau wangi roti yang sedang dibakar.
Sebenarnya anda tidak terfikir untuk makan roti, tetapi sebaik sahaja bau wangi roti itu menusuk ke hidung, anda terus mahukan roti itu.

Kelaparan Mulut
Pernahkah anda teringin untuk makan makanan rangup? Tidak kisahlah apa makanan itu asalkan ia mampu memberikan kepuasan mengunyah yang anda inginkan. Rasa teringin untuk sesuatu makanan itu akan menyediakan kita dengan rasa tertentu dalam mulut.
Kerangupan atau penuh dengan krim adalah dua jenis rasa teringin yang sering biasa kita rasakan.

Kelaparan Perut
Lapar yang dirasakan pada perut adalah paling jelas antara tujuh jenis rasa lapar. Apabila perut kosong dan berbunyi kerana mahu makan, itu adalah tanda tubuh memberitahu kita bahawa kita perlukan makanan dan tenaga.

Kelaparan Minda
Lapar yang berlaku pada minda penuh dengan ‘sepatutnya’. Biasanya lapar minda ini mengandungi segala perkara yang didengar mengenai zat dan pemakanan sihat.
Contohnya, saya sepatutnya makan sayur. Saya sepatutnya makan lebih banyak protein. Lebih banyak anda membaca buku berkaitan pemakanan lebih lapar minda anda.

Kelaparan Bersel
Pernahkah anda alami ketika sedang bercuti anda makan dan minum banyak? Selepas beberapa hari, anda mula teringin makan makanan yang ringkas.
Sepinggan nasi bersama sayur campur terasa sedap dimakan. Sebenarnya inilah cara tubuh khususnya sel-sel anda memberitahu apa yang ia perlukan.

Kelaparan Jantung
Lapar jantung berkaitan dengan pemakanan beremosi. Apabila anda makan kerana sedih, atau kerana rasa sunyi, anda cuba penuhkan rasa yang dialami itu dengan makanan.

Kenali 6 Peringkat Lapar
Ini tanda-tanda fizikal keperluan sebenar untuk makanan. Sebelum makan, gunakan skala lapar berikut agar membantu anda mengetahui keperluan makanan sebenar.

Kebuluran
Rasa tidak selesa, kosong yang boleh disertai dengan rasa terketar-ketar yang disebabkan oleh tahap gula dalam darah rendah akibat kekurangan makanan. Risiko untuk makan ikut nafsu adalah tinggi.

Lapar
Hidangan seterusnya sudah ada dalam fikiran. Jika anda tidak makan dalam masa sejam, berkemungkinan besar anda akan jadi ‘kebuluran’.

Agak Lapar
Perut anda berbunyi dan anda merancang untuk menghilangkan rasa lapar itu. Inilah waktu sebenar anda perlu makan.

Puas Hati
Anda rasa puas hati – tidak kenyang tetapi tidak lapar.

Kenyang
Jika anda masih makan, ia sebenarnya sebab anda terbawa-bawa untuk makan dan bukannya rasa lapar. Perut akan terasa sedikit kembung dan makanan yang dimakan tidak sedap seperti sepatutnya.

Terlalu kenyang
Anda akan rasa tidak selesa dan mungkin akan mengalami sedikit rasa pedih hati daripada asid perut yang naik dan masuk ke dalam kerongkong.

Sumber : Mingguan Wanita

3 ulasan

  1. Selamat berbuka

    http://tarotthefool.blogspot.my/2017/06/salam-ramadhan-dan-salam-finals-guys.html

    BalasPadam
  2. Selalu benda nie jadi bila bulan puasa je..
    Makan sampai dah x larat nak makan dah..
    huhuhu..

    Ikhlas dari
    AlongMisuari.com

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tahu takpe. Nafsu membuak buak time bulan puasa

      Padam