Nor Ain Rusli
Nor Ain Rusli

Puasa Adat Dan Puasa Ibadah


A good reminder...

PELIKKAN... kita boleh bangun seawal 4.30/5 pagi untuk makan sahur sepuas-puasnya, kemudian kita tidur semula. MasyaAllah kita tak mampu untuk solat subuh pun.

PELIKKAN.. gagahnya berpuasa dari terbit fajar sehingga terbenam matahari tapi solat 5 kali sehari.. kadangkala buat.. kadangkala tinggal..

PELIKKAN.. kita mampu solat tarawih di masjid sehingga 20 rakaat.. tapi tak mampu solat fardhu di masjid walaupun satu waktu.

PELIKKAN... kita mampu kejut anak sahur sepanjang ramadan .. bimbang anak lapar dan dahaga sepanjang hari.. tapi kita tak mampu kejut anak solat subuh.. solat yang akan menjaganya semasa hidup dan mati.

PELIKKAN.. kita boleh bangun seawal 4 pagi.. untuk masak macam macam untuk suami dan anak anak.. tapi tahajud 2 rakaat pun kita tak sempat..

PELIKKAN.... kita tak curi minum setitik air pun sewaktu puasa.. kerana tahu kononnya Allah memerhati.. tapi kita tegar mengambil rasuah ...dan bermaksiat.. di mana Allah ketika itu..?

Itulah puasa kita.. hanya puasa adat bukan puasa ibadah.



Pelik kan! Pihak berkuasa berani halau peniaga tak menutup aurat di bulan ramadan, tapi tak mampu halau mereka yang tak menutup aurat di bulan² selainnya.

Pelik kan! Pihak berkuasa berani serbu orang tak berpuasa di bulan ramadan, tapi tak mampu sergap orang 'tak solat' di bulan² selainnya.

Inspirasi dari perkongsian Ustaz Pahrol Mohd Joi.

2 ulasan