17 Jun 2017

Cerita kami | #genghuruhara Dugaan Sebelum Balik Kampung


16 6 2017, Hari ni hari terakhir aku berbuka puasa bersama mereka. Rasa sayu, sememangnya sayu. Rasa sedih, sememangnya sedih. Tapi adat dunia, setiap pertemuan pasti ada perpisahan. Hurmm.. hampir enam bulan aku bersama mereka. Banyak kisah suka duka yang kami lalui bersama. Ada kala kami bergaduh, ada kala kami bermasam muka, ada kala kami bercakaran namun semua tu tak memutuskan persahabatan kami. Sebaliknya kami semakin rapat.

Hari ni, hari terakhir aku berbuka puasa di Taman Tuanku Jaafar (TTJ). Kebiasaannya sebelum ni, Sekitar jam 6petang baru aku dan wawa sampai ke TTJ. Waktu tu Apis dan Fais sedang berperang didapur. Menu berbuka puasa jangan ditanya. Hahaaa nanti makan je apa yang diaorang masak. Dikala ni, Apis mesti membebel. Ekau ni, time gini baru nak mari. Fais pulak sambung, demo ni wawa mari lewat sangat. Hahaa aku dan wawa hanya mampu pamerkan muka tak bersalah. Time ni, kekadang Rizal dan Alef dah ada dekat rumah, kekadang mereka masih belum balik kerja. 

Hari ni, aku dan wawa sampai ke TTJ awal dari kebiasaan. Okay, kebetulan waktu ni Rizal dan Fais ada dekat rumah. Rizal tengah kalut bersiap nak keluar berbuka puasa bersama kakak dia dan lepas tu terus gerak balik Melaka. Faiz plak waktu kitaorang sampai sedang diulit mimpi. Alahaiii, ni comfrem tak pergi kerja. Ponteng lah tu! Tak lama selepas Rizal keluar, Alef pun sampai rumah. baru balik kerja barangkali, sebab masih dengan pakaian kerja. Okay, tersengeh sengeh macam kerang busuk mamat ni masuk rumah. Ishhh, ada lettuw something yang menarik.Tetiba Alef cakap, kawe dop buke rumoh arini, kawe buka luar. Wowwww.. menarik sangat sebab si Alef cakap sambil nyanyi nyanyi macam orang tengah senang hati. Hahaa nak keluar dating dengan 'kari' lettuw. Buka puasa plus dating dengan 'kari'.

Disebabkan hari terakhir, maka aku dan wawa plan nak masak. Dari A hingga Z, kami settlekan. Beli ayam, kami bersihkan ayam. Beli sayur, kami potong potongkan sayur. Nasib baik time ni air ada. Kebiasaannya, air paip memang takde ketika waktu puncak. Katanya, biasalah jiran sibuk guna air waktu waktu macam gini. Hampeh gila jawapan diaorang, kan!

Menu kami untuk hari ni mudah dan ringkas. Alhamdulillah, kenyang perut suka hati. Tengok jam dah pukul tujuh setengah lebih. Okay, boleh dah aku dan wawa gerak slow-slow. Lagipun aku perlu hantar wawa, lepas tu balik rumah, siap-siap, angkut barang then gerak pergi terminal One, Seremban. Ishhh.. nak boleh ke balik tetiba keluar plak beberapa topik. Okay berborak kejap. Hahaaa.. sekali tengok jam dah dekat pukul lapan malam. Okay, aku gelabah!! Gelabah giler time ni, terus ajak Wawa balik. Pada Apis, aku berpesan nanti jumpa di Opis. Entah, tak sempat aku dengan respon dari dia sebab aku gerak terus. 

Syok bawak motor. Dua ketul trafik light aku langgar sebab time ti lampu merah. Kihkihkihhh.. maafkan daku sebab nak kejar masa beb! Sampai di Shell Senawang, tetiba motor stuck ! tayar belakang tak boleh berpusing. Nasib baik dekat selekoh waktu ni, jadi aku bawak slow je. Terus stop motor pastu tengok tayar belakang. Ya Allah.. rantai motor jatuh. Aku tanya wawa, dah pukul berapa. Alamakkk dah lapan suku. Serius, hati cuakkk gila. Hurmmm bus aku pukul 9.30 malam. Risau, takut tak sempat naik bus.. time ni rasa macam nak menangis pun ada. Dah tak fikir panjang, aku cuba tarik rantai tu. Aku cuba betulkan sendiri. Wawa bagi cadangan, cari bengkel. Tapi waktu ni mana ada bengkel yang masih buka. Dugaan sungguh, rantai tu tersekat dekat nut bahagian spoket. Serius aku rasa nak nangisss!! nak nangisss! Fikir.. idea.. fikir.. fikir.. aku minta tolong wawa call Apis. Alhamdulillah, nasib baik Apis angkat. Aku bercakap punyalah gelabah, si Apis boleh gelak bagai. Alahaiii Apis, sakit plak hati aku dengar gelak kau! ishhh.. katanya, kejap lagi dia sampai, sabar. 

Lepas je end call dengan Apis, ada sebijik kereta berhenti. Alhamdulillah, ada yang nak menolong. Waktu ni tengah kalut, lupa nak tanya nama bro dan wife dia. Apapun, thanks bro. Pertolongan kau sangat aku hargai. Huhuuu bro tu tarik rantai yang tersekat dengan nut tu. Gigih giler weh, aku yang tengok ni plak rasa risau, takot spoket tu nanti lust takpun tetiba rantai tu putus. Tapi.. bro tu kan lelaki so mesti dia tahu serba sedikit bab-bab motor, kan. Alhamdulillah, rantai dah kembali pada asal. tapi bro tu sempat pesan, bawak slow-slow sebab rantai dah kendur gila. jangan bawak sampau habis gear sebab takut rantai jatuh lagi. Maka, aku pun call Apis lagi sekali. Mintak tolong dia bawakkan spanar untuk tegangkan rantai. Heheee.. Okay, aku tengok jam dah pukul 8 setengah. Ya Allah.. ada lagi sejam sebelum bus aku gerak. Apis tah mana tak nampak lagi batang hidung. Aku waktu ni dah macam-macam benda yang difikir. nak menangis pun ada. Tunggu masa je airmata nak menitis ni. Wawa kat sebelah dah senyap sepi. mesti dia pun dah mati akal. 

Dalam 8.45 Apis sampai dengan fais bersama senyuman indah dibibir mereka. Alahaiiii sindir ke perli tu. Aku sudahlah tengah kalut wehhh! Sampai je, Apis pun tanya kenapa. Aku cerita serba sedikit dengan reaksi muka yang stress gila. Pastu Apis cakap, ambil motor dia. Pakai motor dia pergi hantar Wawa lepas tu balik rumah siap-siap apa yang patut. Fuhh lega kejap. tapi motor tu acamne? Katanya, nanti dia bawak. Setakat tegangkan rantai je. Okay, nanti pukul 9 malam jumpa dekat Opis. 

Aku dah malas fikir panjang, serabut. Terus start motor, pergi hantar wawa, pastu balik rumah bersiap apa yang patut, pastu ambil beg terus gerak pergi Opis. Kelam kabut punya pasal, kain dalam mesin basuh aku lupa nak jemur. Nasib baiklah owner rumah baik hati, tolong sidaikan.

Sampai Opis, boleh plak lepak kejap padahal dah lewat kowt. Kebetulan time tu Gemok rr, Gemok lc, Lonjong pastu member dia ada dekat Opis. Sembang-sembang jap pastu gerak terus ke Terminal One. Nasib baik jalan tak jem mana. pastu time trafik light plak, kebetulan semuanya hijau, maka perjalanan kami berjalan lancar. Sampai Terminal One lebih kurang pukul 9.15malam. Okay masih ada masa. Sempat borak jap kat tepi motor. Motor time tu parking dekat area teksi. Tengah borak tetiba dengar bunyi kesoh, main sound sound. Tak lama lepas tu salah seorang pemandu teksi tu berjalan laju depan kami pastu tampar lelaki tu. Siapa lelaki tu? Entah, aku tak pasti. tapi menurut pemandu-pemandu teksi yang berada disitu, katanya lelaki tu mabuk, pasti dia bercakap merapu meraban. Kata mereka lagi, lelaki tu orang asing, mengkin Nepal, mungking Myammar. Mungkinlahhh.. Fuhhh aku yang tengok terkejut kejap. Mengucap panjang...

Tepat jam 9.20 aku gerak ke tempat bus dan Apis balik rumah. Semoga Apis dapat jaga motor aku dengan selamat. Huhuuu.. dalam kalut nak naik bus, aku sempat jugak jumpa dengan Mirul. Ikutkan aku yang tengah kalut, nak naik bus terus. Naik awal, boleh rehat kejap sebelum bus gerak, kan. Tapi takpelah, dah dia cakap nak jumpa so ikutkan je. borak punya borak, nasib baik aku tak terlepas bus. Time bagi tiket untuk disemak tu, sempat lagi pakcik driver tu perli. Tak tengok ke waktu kat tiket tu pukul berapa.. ishh.. aku senyum.. minta maaf lepas tu bergegas cari tempat duduk. Penat dengan apa yang aku lalui setakat ni.

Bus mulai keluar dari Bandar Seremban. Aku punya seat single, no 7. Betul-betul depan sekali. Jadi permandangan agak jelas. Bus S.P.Bumi dua tingkat. Aku duduk bahagian atas, sebelah kiri.

Jam 3 pagi, bus berhenti rehat/makan di Cherating selama 45minute. Okay, waktu ni aku tengah mamai. Baru bangun tidur. Aku tak turun pun, malas plus sejuk gila. Dah lah waktu ni hujan renyai renyai. 


Okay, bus keluar je dari terminal One, aku dah lelapkan mata. Penat gila weh.. terkejar-kerja masa.. perjalanan yang bermula jam 9.30 malam dan memakan masa hampir 9jam akhirnya berakhir jam 5.45pagi. Alhamdulillah, aku selamat sampai ke Perhentian Bus Kuala Terengganu ketika azan Subuh berkumandang. 

Alhamdulillah, lebih kurang jam 5.45 pagi aku selamat sampai ke Perhentian Bus Kuala Terengganu , Dalam 10 minute aku tunggu aku tunggu ayah datang jemput. Ayah sampai, terus kami gerak balik rumah. 

Previous Post
Next Post

post written by:

Kurus dengan mudah dan sihat. 

Agent Sah Medina Desire. 

3 ulasan:

  1. Alhamdulillah.. selamat sampai rumah.. dugaan sungguh ye.. mujurlah tak terlepas bas..

    BalasPadam
  2. peuwww .. akhirnya dpat rehatkan diri =)

    BalasPadam
  3. Trying to find the Best Dating Site? Join and find your perfect match.

    BalasPadam