08 Jun 2017

Airmata Seorang Lelaki


Ada yang mengatakan airmata ini tanda kelemahan. Bilamana lelaki menangis dan menitiskan airmata itu tandanya dia seorang yang lemah. Betul ke?

Bagi aku airmata tanda kekuatan dan ketabahan. Saat kita hampir tersungkur, saat kita j\hampir jatuh berguling-guling.. menangislah kerana setelah menangis hati akan reda, kepala akan rasa ringan. Sebahagian dari bebanan akan hilang bersama titisan airmata yang mengalir dipipi.

Perempuan sangat sinonim dengan airmata. Bagaimana dengan lelaki? Tahukah anda lelaki juga menangis. Bezanya, mungkin mereka menangis sdalam diam mahupun menyorok tangisan tersebut. Terdapat beberapa sebab yang boleh menyebabkan lelaki menangis. Antaranya adalah :-

1. Kehilangan orang yang dicintai
Orang yang dicintai tidak semestinya kekasih, tetapi ahli keluarga dan juga sahabat-sahabat yang terdekat dengan dirinya. Hati siapa yang tidak sedih bila kehilangan seseorang yang bermakna dalam hidup kita kan?

2. Membuat orang tuanya bangga
Baik lelaki mahupun wanita, pasti berkeinginan membuat orang tuanya bangga. Tapi bagi lelaki, ada perasaan emosional tersendiri yang lebih kuat apabila melihat kebahagiaan di mata orang tuanya.

3. Melihat orang yang disayangi sengsara
Lelaki mudah menjadi lemah apabila melihat orang yang disayanginya sengsara. Mereka boleh mengalirkan air mata kalau melihat orang tuanya atau ahli keluarganya terlantar di hospital. Kegagalan menyelamatkan orang-orang tercinta dari situasi buruk, boleh membuat mereka kecewa dengan diri sendiri dan akhirnya timbul kesedihan yang mendalam.

4. Mengecewakan orang yang terdekat dengannya
Bagi sesetengah lelaki atau wanita, merasa sedih adalah perkara normal setelah mengecewakan orang yang disayangi. Biarpun lelaki yang pada luarannya nampak macho, namun mereka tetap mempunyai perasaan seperti manusia lain.

5. Kematian haiwan kesayangan
Haiwan peliharaan biasanya dianggap seperti teman baik atau ahli keluarganya sendiri kerana haiwan itulah yang sentiasa berada dengannya walaupun haiwan tersebut tidak mampu bercakap. Hubungan antara haiwan kesayangan dan tuannya boleh menjadi sangat rapat, jika dia sudah merawatnya sejak kecil atau banyak menghabiskan masa bersama.

6. Ketika lamarannya diterima
Tidak ada jawapan lain yang diinginkan lelaki selain kata: “ya, aku bersedia” ketika dia melamar kekasihnya. Air mata lelaki tidak hanya keluar pada saat sedih saja, tetapi juga saat dia merasa kebahagiaan yang luar biasa. Salah satunya adalah menikahi wanita yang dicintainya!

7. Dicampak/ditinggalkan oleh kekasih yang sangat dicintainya
Ditinggalkan kekasih yang sangat dicintai kerana kehadiran orang ketiga akan membuatkan harga dirinya turun mendadak. Egonya akan tercabar dan hatinya terguris bagaikan dihiris sembilu! Pada peringkat kekecewaan dan sakit hati yang sangat dalam, lelaki biasanya tidak akan mampu untuk menahan air matanya lagi.

8. Saat menikah
Walaupun lebih ramai wanita yang menangis saat mengucap janji suci ketika saat pernikahan, lelaki juga boleh menitiskan air mata di salah satu saat paling penting dalam hidupnya ini. Ada ketegangan dan rasa emosional tersendiri ketika seseorang akan melangkah ke dunia baru dalam hidupnya.

9. Saat kelahiran anak pertama
Bukan semua lelaki sanggup menyaksikan sendiri proses kelahiran anak pertama. Bagi mereka yang tidak sanggup melihat, mereka adalah antara orang yang rugi kerana saat itulah yang sebenarnya sangat bererti buat pasangan itu dan diri lelaki itu sendiri.

10. Kehilangan barang yang dibeli dari hasil titik peluhnya sendiri
Bukan senang untuk lelaki nak mengumpul duit dan beli sesuatu dengan hasil titik peluhnya sendiri.

Wahai lelaki, betul ke senarai diatas tu? (:

Previous Post
Next Post

post written by:

Kurus dengan mudah dan sihat. 

Agent Sah Medina Desire. 

0 Pengkritik: