Nor Ain Rusli
Nor Ain Rusli

Elak Mulut Berbau Ketika Puasa


Berpuasa boleh membuatkan mulut anda kekeringan dan sekaligus ia akan mengakibatkan kehadiran bau yang tidak disenangi. Jelita senaraikan tip mudah untuk mengurangkan bau mulut ketika berpuasa.

Memberus gigi dan lidah

Memberus gigi sememangnya perkara yang mudah dan ia tidak mengambil masa yang lama. Namun cara anda memberus gigi perlu teliti, pastikan anda memberus seluruh celah gigi supaya makanan sahur tadi hilang. Jika perlu, anda boleh gunakan benang flos untuk mencapai ruang yang sempit. Jangan lupa untuk memberus lidah sekali.

Minum air

Banyakkan minum air masak ketika berbuka dan bersahur kerana sewaktu berpuasa, mulut anda akan menjadi kering. Minum air yang banyak dapat menjaga keseimbangan air dalam tubuh dan membantu penghasilan air liur.

Keju dan susu

Pengambilan keju yang rendah karbohidrat, tinggi kalsium dan turut mengandungi fostat dapat memperkuatkan gigi. meningkatkan pengeluaran air liur dan mengurangka pertumbuhan karang gigi. Pegambilan susu pula dipercayai dapat membantu untuk mengatasi masalah mulut berbau.

Pemakanan

Makanan yang dimakan juga turut menjadi punca masalah nafas mulut berbau. Antara makanan yang  boleh menyebabkan bau mulut adalah bawang putih dan kopi. Amalkan pemakananyang berkhasiat sewaktu bersahur seperti bijirin, kekacang dan buah epak kerana makanan ini dapat membersihkan bahagian lidah yang paling belakang.

Pemeriksaan doktor gigi

Mulut berbau ini adalah perkara normal sewaktu anda sedang berpuasa tetapi masih ada caranya untuk mengurangkan bau tersebut. Kalau baunya sudah ke tahap yang tidak dapat dibantu lagi ini bermakna sudah tiba masanya untuk anda bertemu dengan doktor gigi. Mungkin gigi anda perlu diservis.

Tiada ulasan