Nor Ain Rusli
Nor Ain Rusli

Nota kebahagian Yang Perlu Diambil


Bahagia. Setiap insan dambarkan kebahagiaan. Tetapi apakah cara dan usaha yang kita lakukan untuk kecapi kebahagiaan itu?

1. Usah bandingkan diri kita dengan orang lain, terutama sekali kawan Laman Sosial yang kita tidak kenal rapat. Usah ukur kebahagiaan seseorang melalui gambar di Laman Sosial.

2. Orang yang tidak secure akan memaparkan "kebahagiaan" di Laman Sosial kerana dia memerlukan endorsement orang lain untuk "kelihatan bahagia." Maka usah jadikan dia sebagai penanda aras kebahagiaan.

3. Syukur dengan apa yang ada, InsyaAllah kita bahagia. Apabila kita inginkan sesuatu yang tidak dimiliki, kita mula berasa kekurangan dan tidak bahagia.

4. Berhati², usah keliru antara kejayaan dan kebahagiaan. Kedua²nya tidak sama. Jauh panggang dari api.

5. Nombor bukan pengukur kebahagiaan. Ada RM1,000 bukan bererti lebih bahagia dari orang yang ada RM500. Ada tiga buah kereta belum tentu bahagia dari orang yang ada sebuah kereta. Ada kala, ada sebuah private jet sudah cukup untuk membuatkan kita lebih bahagia dari orang yang ada sepuluh buah kereta! Hehe

Semoga kita sentiasa bahagia


1 ulasan

  1. Allhamdulillah... org yg byk harta x semestinya memiiki kebahagiaan dan belum tentu tenang

    BalasPadam