09 Jun 2017

Kekejaman Perempuan Terhadap Lelaki


Baru-baru ni aku ada terbaca satu artikal. Aku tertarik dengan tajuk yang dipaparkan, terus aku baca dan hadam. Kekejaman wanita. Tetiba terfikir, kejamkan wanita itu? Bila dihadam, mungkin ada betulnya. Ya, sangat betul apa yang diketengahkan itu. Aku kongsinya disini sebagai peringatan buat diri sendiri dimasa akan datang. Untuk korang, bolehlah cuba hadam sekali. :)

Berikut adalah 9 perkara yang menjadikn seseorang lelaki mangsa kekejaman seorang makhluk tuhan yang bergelar perempuan.

1. Nombor telefon
Katakan anda adalah seorang lelaki dan telah berhempas pulas untuk menarik perhatian gadis idaman anda sekaligus untuk mendapatkan nombor telefon si dia. Ya, akhirnya dia kelihatan tertarik kepada anda dan memberikan nombor telefonnya kepada anda. Tetapi, bukanlah nombor telefon dia, sebaliknya nombor telefon jiran sebelah dia.

2. Kedai percuma
Berhati-hati apabila anda mempunyai kawan perempuan berkategori ‘hottie’ kerana kebiasaanya apbila si dia malas untuk keluarkan duit atau ingin rasa dihargai, dia akan mula mengambil handphone dan mencari mangsanya untuk diajak keluar. Kemudian apabia bersama ‘mangsanya’ di luar, dia akan mula menunjukkan perangai manja dan gediknya semata-mata untuk mendapatkan semuanya secara percuma.

3. Parasit
Perempuan jenis parasite ini adalah seseorang yg merasakan dirinya tak boleh hidup tanpa berpasangan dengan lelaki. Selagi masih belum jumpa lelaki baru, dia akan terus menghisap segala gala daripada anda. Apabila si dia jumpa lelaki yang lebih ‘baik’, dia akan tinggalkan perhubungan yang sedia ada & mula hinggap ke mangsa yang baru. Segala kata katanya adalah murahan semata mata.

4. Ratu putar emosi
Menangis dan berendam dengan airmata. Sedingin mana pun lelaki terhadap perempuan, tapi apabila perempuan mula menangis, lelaki akan mula berasa gelabah dan mencari jalan untuk membuatkan perempuan yang disayanginya berhenti menangis.

5. Fizikal
Kadangkala susah juga kalau perempuan ini terlebih pandai. Perempuan akan sesenang hati pukul, debik, dan belasah lelaki tapi apabila lelaki itu mula angkat tangan, mulalah kata ayat biasa dia.

“Lelaki tak elok pukui pompuan taw…Dayus…”

6. Kritik
Perempuan tahu malu kalau dikritik di khalayak umum tapi perempuan tidak sedar kadangkala percakapan dan pebuatan mereka secara tidak sengajanya telah mengkritik lelaki di khalayak ramai dan lebih tidak berhari perut lagi sehinggakan ianya dapat menjatuhkan maruah dan ego seorang lelaki.

7. Availability
Anda sebagai seorang lelaki terlalu sayangkan kekasih anda tapi si dia seolah-olah menganggap dirinya masih available dengan menjadi tumpuan lelaki dan membenarkaan dirinya bermain cinta dengan lelaki lain kerana baginya ianya bukanlah suatu kesalahan namun sebaliknya ianya suatu kepuasan.

8. Tak dapat
Seks umpama nyawa kepada lelaki. Namun apbila seorang suami mengajak isterinya untuk bersama dan isterinya menolak tanpa alasan yang tak munasabah, itu sesuatu yg memang kejam. Terseksa jiwa dan raga akibat memendam rasa kerana tidak dapat malam tadi.

9. Kawan vs awek
Si dia tahu anda akan keluar untuk menonton perlawanan bola sepak final ‘Liga Juara-Juara’ bersama kawan-kawan, tapi dia dengan selambanya telefon anda untuk datang berjumpa dengannya, kalau tidak, dia akan minta untuk memutuskan perhubungan.


Previous Post
Next Post

post written by:

Kurus dengan mudah dan sihat. 

Agent Sah Medina Desire. 

0 Pengkritik: