Nor Ain Rusli
Nor Ain Rusli

Manfaat Tea Hijau Untuk Kesihatan


Siapa yang tidak sukakan teh? Selain mempunyai aroma yang harum dan mampu membuatkan hati menjadi tenang, teh juga mempunyai manfaat luar biasa serta mengagumkan untuk kesihatan tubuh.

Teh terdiri dari pelbagai variasi, iaitu teh hijau, teh putih, teh hitam atau juga teh merah.

Memandangkan manfaat teh yang sangat luar biasa, tidak hairan jika teh menjadi minuman kegemaran semua orang.

1) Mencerdaskan Otak
Kandungan kafein yang ada pada teh serta beberapa nutrisi lain di dalam teh, dipercayai mampu meningkatkan kecerdasan otak. Beberapa kajian mendapati bahawa pengambilan teh secara setiap hari akan meningkatkan kecerdasan otak sekaligus membuat fikiran lebih tajam.


2) Aktioksidan
Kajian juga mendapati bahawa nutrisi pada teh hijau dipercayai mampu menyerap racun yang ada dalam tubuh. Kandungan bioaktif seperti falvonoid dan catechin yang ada pada teh juga boleh meningkatkan kesihatan fizikal mahupun mental.


3)Membantu Program Diet
Teh hijau adalah minuman yang dipercayai boleh meningkatkan prestasi fizikal sekaligus mampu meningkatkan pembakaran lemak dalam tubuh. Kerana dua fungsi ini, tidak hairanlah jika teh dikatakan mampu menjadi nutrisi pemakanan yang sangat baik.

Tidak hanya meningkatkan pembakaran lemak dalam badan, pengambilan teh hijau secara teratur juga boleh meningkatkan sistem metabolisme tubuh.


4) Mengurangkan Risiko kanser
Siapa yang tak takut dengan penyakit kanser? Pasti ramai yang takut dengan penyakit yang boleh membawa maut ini. Agar terhindar dari risiko kanser, ada baiknya jika anda menjaga kesihatan dengan pengambilan teh hijau setiap hari.

Selain sangat bermanfaat untuk kesihatan tubuh, teh hijau juga sangat baik untuk kecantikan kulit.


1 ulasan