6 Cara Mudah Jaga Kesihatan Di Tempat Kerja
08 Julai 2017
Kebanyakan masa anda dihabiskan duduk sewaktu sedang bekerja. Kadang-kala postur duduk anda yang salah boleh mengakibatkan masalah kesihatan. Menurut pakar perubatan Barat, 75% punca keletihan dan sakit otot dan sendi adalah disebabkan oleh kedudukan yang salah sewaktu menghadap komputer dan 25% lagi adalah kegagalan untuk seimbangkan waktu kerja dan waktu rehat. Jelita kongsikan enam cara mudah untuk jaga kesihatan anda di tempat kerja.
Sakit Kaki
Jangan silangkan kaki anda. Ia akan menjejaskan peredaran darah, menekan urat kaki dan turut menyebabkan ketidakselesaan dalam bentuk sindrom kaki kebas. Apa yang boleh anda lakukan adalah untuk memastikan kerusi anda berada dalam ketinggian yang selesa. Pastikan kaki anda tidak tergantung sewaktu anda duduk dan tepi tempat duduk anda tidak menekan lutut anda. Letakkan kaki anda di atas lantai atau di atas tempat letak kaki khas supaya kaki anda berada dalam kedudukan yang lebih sedikit daripada 90 darjah.
Sakit Belakang
Kedalaman kerusi perlu sepadan dengan panjang pinggul anda. Jika anda duduk di atas kerusi yang terlalu besar, letakkan bantal di bawah pinggang anda untuk menyokong badan anda. Jika tidak, badan anda akan melurut ke bawah dan ini akan mengakibatkan ketegangan dan kesakitan pada belakang anda.Kerusi perlu mempunyai belakang yang selesa dengan lengkungan semula jadi agar belakang anda tidak berada dalam bentuk “tanda tanya.”Jangan tergesa-gea untuk mengubah kedudukan sekiranya anda rasa tidak selesa. Biarkan otot anda mengambil masa untuk sesuaikan dengan postur yang betul. Sesetengah daripada otot anda akan berehat dan postur anda akan menjadi lebih sihat namun ia tidak akan berlaku dengan serta-merta.
Tangan Yang Keletihan
Apabila anda bekerja menggunakan komputer, tangan anda mungkin akan cepat letih. Beban dan kedudukan yang salah boleh menyebabkan sakit dan serta kebas di bahagian tangan pada waktu pagi. Kedudukan yang betul adalah dengan memastikan papan kekunci dan tetikus anda berada di paras siku anda. Pergelangan tangan anda harus lurus dan tangna anda perlu dibengkokkan pada siku pada sudut 90 darjah dan harus diletakkan di atas meja sebagai sokongan.
Sakit Leher
Untuk elak dari sakit leher dan kepala, amat penting sekali untuk membetulkan kedudukan skrin komputer anda. Jika ia terlalu rendah, maka anda perlu bengkokkan badan anda ke belakang dan ini akan memberikan beban pada tepi hadapan cakera intervertebral dan boleh menyebabkan hernia. Duduk di atas kerusi, tutup mata anda dan berehat. Apabila anda membuka mata anda, anda akan nampak titik bahagian tengah skrin anda. Jika perlu, letakkan alas di bawah skrin anda supaya ia berada di paras mata anda. Pastikan skrin anda betul di hadapan anda dan bukannya menghadap sisi supaya beban pada leher dan mata anda adalah minimum.
Letih Dan Sakit Mata
Apabila anda bekerja menghadap skrin komputer terlalu lama, anda mungkin akan mengalami sindrom yang dipanggil sindrom penglihatan kompuer yang terdiri daripada penglihatan kabur, mata kering, mata merah. Ia juga boleh mengakibatkan sakit kepala.
Betulkan posisi skrin komputer anda sekali lagi. Menurut doktor, kedudukan optimum pusat monitor adalah pada paras mata, pada jarak kira-kira 50 cm dari wajah anda.Hilangkan silau dari skrin. Jika komputer anda berada di sebelah tingkap, alihkannya atau tutup tingkap tersebut dengan langsir atau tirai. Laraskan kecerahan, kontras dan saiz fon skrin komputer anda.Anda juga boleh menggunakn cermin mata khas yang membantu menyaringkan sebahagian daripada spektrum. Dengan cara ini, mata anda akan kurang rasa letih dan anda boleh menjaga penglihatan anda.Jangan lupa untuk buat senaman mata. Anda boleh melihat ke luar tingkap dan ‘imbas’ bilik dengan mata anda setiap sekurang-kurangnya 20 saat. Anda juga boleh melakukan senaman mata yang mudah.
Cepat Penat
Jika anda mengamalkan gaya hidup yang tidak sihat dan gemar mengambil makanan yang tidak berkhasiat, kolertrol akan berkumpul di dinding saluran dalaman merekat. Urat akan direnggangkan dan injap juga akan berhenti berfungsi. Rasa sensasi yang tidak menyenangkan akan muncul seperti sakit, cepat letih pada kaki, kaki bengkak dan tekanan darah tinggi. Gejala ini biasanya berlaku pada waktu lewat petang. Cuba ambil masa 15 minit untuk bersenam setiap hari.
Sumber : Majalah Kesihatan
loading..
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Nice sharing...dulu masa PC kerja...mata yang paling mudah letih mengadap skrin komputer..fuhhh..
BalasPadampaling penat time kerja nih masa berdiri dari pagi sampai petang...huh!!Sabar jak lah..
BalasPadam