Nor Ain Rusli
Nor Ain Rusli

Subjek Semester 6 Chargeman A1



Rasa macam sekejap je masa berlaku. Alhamdulillah, aku kini berada di semester terakhir, semester 6.

Seperti yang korang ketahui, aku merupakan salah seorang pelajar di Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara, Sepang (IKTBN) dalam jurusan Teknologi Elektrik (Penjaga Jentera Elektrik A1)

Subjek semester 6.. untuk semester ni subjek agak gempak. Bagi aku, subjek semua killer. Hahaaa rasa macam nak menangis pun ada waktu tengok jadual kelas td. Fuhhh dengan jam kredit yg agak banyak. Takut weh !

Untuk semester ni, aku ambil 4 subjek umum non-teknikal, 1 subjek umum teknikal dan 9 subjek teknikal. Banyak sangat. Tapi apa boleh buat, susun atur subjek ni diuruskan oleh ketua jabatan. Maksudnya, nak ke tidak, kami memang perlu ambil jugak subjek subjek tersebut. Fuh !

Bagi aku subjek umum non-teknikal, mungkin aku boleh handle lagi. Subjek Keusahawanan 2, Pengetahuaan Islam 3, Matematik 1 dan Bahasa Inggeris 3. InsyaAllah, aku boleh hadapi. Untuk subjek umum teknikal, subjek Sains Kejuruteraan Elektrik & Elektronik 1. Okay rasa macam nak menangis. Dulu waktu study kat Pahang aku pernah ambil subjek Sains Kejuruteraan ni. Dia punya payah, rasa macam nak give up. Memang aku perlu usaha keras sngt waktu tu. Huhuuu..

Untuk subjek teknikal pula, subjek Senggaraan Motor Elektrik (Pepasangan Motor Elektrik, Kaedah Pengujian Litar Penghidup dan Motor Elektrik, Senggaraan Motor Elektrik), subjek Senggaraan Papan Suis Utama (Pepasangan Papan Suis Utama, Kaedah Pengujian Papan Suis Utama, Senggaraan Papan Suis Utama), subjek Senggaraan Talian Atas Voltan Rendah (Pepasangan Talian Atas Voltan Rendah, Kaedah Pengujian Talian Atas Voltan Rendah, Senggaraan Talian Atas Voltan Rendah), subjek Pengaturcaraan Kawalan Logik (PLC)(Asas PLC, Pengaturcaraan Perisian PLC, Selenggaraan PLC), subjek Elektronik Kuasa (Komponen & Binaan Komponen Elektronik Kuasa, Rectifier, Inverter, Ac-AC Controller, Chopper), subjek Sistem Pemasangan Peralatan Komunikasi (Sistem Pendawaian Close Circuit TV, Sistem Pendawaian Public Announcing, Sistem Pendawaian Telefon, Sistem Pendawaian Rangkaian Komputer), Teori Akhir, Amali Akhir dan Lisan Akhir.

Bagi aku, subjek teknikal semester akhir ni agak berat. Aku perlu usaha lebih gigih untuk semester akhir ni. Ini merupakan semester yang menentukan masa depan aku. Kemana hala tuju aku selepas ni. Doakan aku berjaya ye.


2 ulasan