Nor Ain Rusli
Nor Ain Rusli

Panduan Keluar Dari Zon Selesa



1. UBAH CARA MAKAN

Apa kata sekali sekala anda ubah cara makan anda dengan menggunakan pinggan yang kecil. Mungkin sebelum ini anda sering menggunakan pinggan besar untuk setiap hidangan makanan yang anda ambil.

Dari sudut psikologi, manusia akan memenuhkan pinggan mereka. Lagi besar pinggan, lagi banyak makanan yang diambil. Tidak percaya, cubalah nanti. Pinggan kecil pun kenyang juga.

2. CARI KAWAN YANG SAMA MATLAMAT

Jika semua kawan-kawan anda "kaki makan", apa kata anda bergaul dengan kawan-kawan anda yang sama matlamat dengan anda (diet).

Sekurang-kurangnya, anda dapat mengawal nafsu makan anda apabila keluar dengan mereka.

3. BELAJAR KALORI

Ilmu pengetahuan mengenai kalori itu penting. Saya sarankan agar anda mendapatkan banyak maklumat mengenai makanan dan minuman serta nilai kalori dalam meal plan anda.

4. SERTAI PROGRAM-PROGRAM PENGURUSAN BERAT BADAN

Kalau anda masih belum bersenam, mulakanlah bersenam. Jalan kaki sahaja pun boleh. Tetapi ianya lebih seronok sekiranya anda mempunyai satu komuniti yang dapat saling memberikan sokongan dan melakukan aktiviti bersama-sama seperti peserta-peserta Weight Loss Challenge Online.

5. MASAK SENDIRI
Makan makanan yang dimasak dari rumah adalah lebih baik daripada makan makanan di kedai. Anda boleh mengawal kandungan minyak, gula dan garam. Lagi pun, kos pun lebih jimat. Ada duit lebih sedikit untuk menabung. Jadi, mulalah bawa bekal dari rumah.

SUKAR hanyalah mainan minda sahaja dan minda boleh di ubah dengan PEMIKIRAN YANG POSITIF.

Sumber : Info FB


1 ulasan

  1. With bistroMD you know that not only will you receive gourmet meals, but that every meal and every day in bistroMD's weight loss program will be balanced to bistroMD's specific nutritional platform that helps promote healthy diets.

    STEP 1 - Choose one of the weight loss plans for 5 to 7 days of entrees.
    STEP 2 - Review your menu in advance and choose the meals you desire for each day and week.
    STEP 3 - Order your diet plan online.
    STEP 4 - Your meals are delivered to your door.

    ORDER NOW - delivered to your home.

    BalasPadam