Nor Ain Rusli
Nor Ain Rusli

Perkara Wajib Tahu Ketika Memilih Tadika Terbaik Untuk Anak Kita Belajar


Sebagai ibu bapa, kita semestinya mahukan pendidikan yang terbaik buat anak-anak kita.

Hal ini sangat penting kerana melalui pendidikan, mereka akan didedahkan dengan pelbagai benda baru sepanjang mereka dalam proses membesar.

Oleh itu kita hendaklah memandang serius dalam pemilihan pusat pendidikan untuk anak-anak kita.

Berikut adalah 10 perkara wajib tahu ketika memilih tadika untuk anak kita belajar dan membesar.


  1.  Tadika yang mempunyai rekod kejayaan yang hebat.
  2.  Silibus pembelajaran di tadika yang diiktiraf dan terbaik!
  3.  Kawasan tadika yang bersih.
  4.  Lokasi tadika yang dekat dengan rumah/ dalam perjalanan ibubapa ke tempat kerja.
  5.  Faktor Keselamatan anak-anak yang dijadikan keutamaan.
  6.  Pendekatan pengajaran yang cekap (Cara guru yang terlatih dan berpengalaman mengajar).
  7.  Suasana tadika yang membuatkan anak-anak rasa selesa untuk belajar.
  8.  Guru yang disenangi murid dan berkeperibadian mulia (buat anak rasa tak sabar nak pergi tadika).
  9.  Tadika yang menitikberatkan pendekatan islamik.
  10.  Teknik mengajar yang “friendly” dan berjaya memudahkan anak-anak faham ketika belajar.


Sekarang ini boleh dikatakan agak sukar untuk kita cari tadika yang betul-betul kena dengan apa yang kita mahukan bagi menghantar permata-permata kita belajar.

Memang lumrah yang biasa jika ibu bapa amat menitik beratkan dimana sepatutnya anak-anak kecil mereka ini mula belajar.

Sumber : Group facebook

Tiada ulasan