Nor Ain Rusli
Nor Ain Rusli

Awas ! Bahaya Kolestrol



1) Pergilah check kolesterol 3 bulan sekali. Jumlah kolesterol dalam darah yang tidak merbahaya ialah di bawah 5.2 mg/dL
- Bacaan LDL (Kolesterol Jahat) bawah 2.6
- Bacaan HDL (Kolesterol Baik) atas 1.0

2) Belilah alat check darah tinggi harganya hanya 100 dan baterinya harganya 5 ringgit. Boleh check tiap-tiap hari di rumah sambil tengok TV pun boleh. Bacaan normal dan sihat ialah 120/80. Kalau lebih dari 140 pergilah jumpa doktor segera jangan buat-buat sihat sebab nyawa ada satu sahaja

3) Janganlah percaya pada tukang jual jamu atau herba kerana mereka bukan doktor dan sama sekali
tidak faham tentang ilmu kedoktoran. Hanya pandai bercakap sebab hendak lariskan produk mereka

4) Jangan sesekali lengahkan jumpa doktor jika rasa sakit kepala melampau atau pening melampau kerana umur kita sudah USIA SAKIT, [40>]. Dan hakikatnya ramai yang tidak tahu sebab utama sakit kepala. Minyak cap kapak bukan ubat saluran darah tersumbat.

5) Berhentilah minum teh tarik atau kopi susu isian pekat manis kerana ianya bukan susu tetapi pekatan kelapa sawit yang diperkaya dengan gula dan di diwarna putih.

6) Sebenarnya kita, awak dan kawan-kawan semua bukan pakar kesihatan. Hanya pandai bercakap sahaja. Seringlah berjumpa doktor. Jangan takut jumpa doktor kerana doktor bukan hantu atau harimau.

7) Lebih baik kita tahu daripada awal penyakit kita agar kita boleh berusaha mengubati daripada hanya menunggu mati

8) Jawatan tinggi, kerja yang bagus dan kedudukan kewangan yang mantap bukan ukuran bahawa kita terlepas daripada sebarang penyakit. Jangan sombong

Jagalah kesihatan ketika kita sihat agar kita terhindar dari kesakitan


3 ulasan