Nor Ain Rusli
Nor Ain Rusli

Kucing Termahal di Dunia

Sebut tentang kucing semestinya kita terbayang si comel dengan bulu yang gebu dan mata yang comel. Geram nak gomol. Tahukah anda, harga seekor kucing boleh mencecah belasan ribu malahan ratusan ribu ringgit bergantung kepada ketulenan dan baka yang jarang-jarang ditemui? Ya, ini adalah fakta!


(10) BRITISH SHORTHAIR: RM2,000 - RM6,500


Baka kucing ini dikatakan berkemungkinan berasal dari Eropah dan diimport masuk ke Britain ketika penjajahan Roman pada abad pertama AD dan merupakan antara baka yang tertua di dunia. Ia mempunyai keunikan pada badannya yang montel, bulu lebat serta muka yang lebar. Warna yang paling lazim bagi kucing baka British Shorthair ini adalah "British Blue", mata berwarna tembaga (seakan oren), ekor sederhana panjang.

(9) SCOTTISH FOLD: RM850 - RM12,800

Baka Scottish Fold amatlah unik. Tengok sahaja anda pasti sudah tahu apakah keunikannya. Ia merupakan baka yang mempunyai genetik dominan yang termutasi memberi kesan kepada tulang rawan di sepanjang badan menyebabkan telinganya seperti terlipat ke depan. Sebelum ia mendapat nama Scottish Fold pada tahun 1966, baka ini dipanggil "lop-eared" atau "lops" bersempena arnab yang mempunyai telinga yang serupa. Terdapat beberapa pecahan baka bagi jenis kucing ini yang dikenali sebagai Highland Fold, Scottish Fold Longhair, Longhair Fold dan Coupari.

(8) SPHYNX: RM1,280 - RM12,800

Walaupun bagi sesetengah orang, kucing ini kelihatan sangat hodoh dan menakutkan, namun ia merupakan salah satu baka yang paling terkenal di antara baka-baka lain. Ramai selebriti Hollywood yang memiliki baka jenis ini termasuklah Steven Tyler, Lady Gaga dan Jennifer Anniston. Ia mempunyai rupa yang sangat mudah untuk dikenali kerana tidak berbulu, namun ia memerlukan penjagaan yang rapi dan khusus seperti memandikan seminggu sekali atau dua minggu sekali. Harganya yang sangat mahal membuatkan kucing ini mempunyai standard tersendiri.

(7) RUSSIAN BLUE : RM1,700 - RM12,800

Dikatakan berasal dari pelabuhan Arkhangelsk, Rusia, kucing ini terkenal dengan sifatnya yang suka bermain, ingin tahu serta pintar. Mereka juga mudah untuk membentuk hubungan yang rapat dengan pemilik mereka dan disukai disebabkan oleh personaliti, kecantikan dan warna mereka.

(6) PETERBALD : RM5,000 - RM20,000

Juga berasal dari Rusia, kucing yang kelihatan seolah-olah seperti Sphynx ini adalah hasil daripada ujikaji mengawan antara baka Juara Dunia kategori betina Oriental Shorthair dan baka Donskoy. Ia amat bijak, bertenaga serta bersifat ingin tahu serta mempunyai badan yang ramping dan berotot. Mereka tiada masalah untuk hidup bersama haiwan peliharaan lain.

(5) PERSIAN : RM2,100 - RM23,500

Antara kucing yang paling disukai ramai kerana rupanya yang sangat comel dan bulu super-gebu. Ia mempunyai wajah yang bulat dan muncung yang pendek. Juga dikenali sebagai Persian Longhair. Dikenali sebagai kucing Shirazi di Iran dan dipanggil kucing Iran di Timur Tengah. Dibiak oleh orang Inggeris pada mulanya dan pembiak di Amerika selepas Perang Dunia Kedua. Pecahan baka bagi kucing Parsi ini adalah Exotic Shorthair dan juga Himalayan.

(4) ALLERCA HYPOALLERGENIC: RM25,500

Namanya agak panjang dan pelik berbeza daripada baka-baka lain namun ia merupakan kucing yang biasa. Namun terdapat sedikit keistimewaan pada baka ini di mana ia merupakan hasil kepada pelbagai ujikaji genetik. Saintis-saintis yang mengkaji untuk menghasilkan baka ini cuba untuk mencari formula untuk mematikan genetik yang menyebabkan alergi kepada sesetengah orang.

(3) BENGAL: RM4,300 - RM106,000

Sekali pandang sebiji macam harimau kumbang, tapi ini sebenarnya seekor kucing. Ia merupakan hybrid yang terhasil daripada campuran baka antara baka domestik dan kucing Asian Leopard (ALC), Prionailurus bengalensis bengalensis. Harganya yang terlalu mahal membuatkan baka ini dapat melambangkan kekayaan seseorang.

(2) SAVANNAH : RM6,400 - RM212,000

Sama seperti Bengal, baka Savannah juga merupakan hasil hyrbid atau campuran di antara baka domestik dan juga baka serval. Baka ini sangat bijak dan pintar serta kesetiaan kucing ini dibandingkan dengan anjing. Pada tahun 2001, baka ini diterima oleh The International Cat Association (TICA) sebagai baka berdaftar yang baru dan diterima oleh TICA sebagai baka kejohanan.

(1) ASHERA : RM64,000 - RM426,000


Dan baka kucing yang termahal di dunia jatuh kepada, Ashera! Tengok harga seekor meleleh air liur, boleh beli rumah cash! Ia juga merupakan satu baka yang dikacuk antara kucing serval Afrika, kucing Asian Leopard dan kucing domestik biasa. Berkarakter sangat bijak, setia dan juga manja. Namun kesahihan dan ketulenan baka ini dipertikai kerana satu-satunya kucing yand diuji DNA-nya terbukti sebagai baka Savannah.

Sumber:-
1) Wikipedia
2) Destination Luxury

Credit : Iluminasi.com

Take Note : 
Si bulus manja ni aku panggil Wahid. Kalau diikutkan papa dia panggil comel, si uncle dia plak panggil budak kecil dan bila dapat dekat aku terus panggil wahid. Kenapa wahid? Huhuuu,, ada cerita disebalik nama itu untuk kami #genghuruhara. Heheee..

Wahid ni, si papa dia jaga dari kecil. Budak kecil ni sangat manja dengan uncle dia. Pantang nampak uncle mesti sibuk nak berkepit, bergesel dikaki. Minta dipeluklah tu. Manja sangat!

Rasa macam cepat je masa berlalu. Wahid pun dah besar sekarang ni. Dah semakin buas, nakal. Tak reti nak duduk diam, kerjanya panjat tingkap. Ishhh aku yang tengok ni plak rasa seram. Risau takut dia jatuh je. Si Wahid ni kesayangan #genghuruhara, penghibur hati kami.




3 ulasan

  1. bapak mahal... baik beli kereta.. hehehe.. rasenye kucing dato aliff terlajak laris tu no 3 kot..huhu

    BalasPadam