Nor Ain Rusli
Nor Ain Rusli

Jenis - Jenis Nasfu Yang Wujud Dalam Diri Kita


1) Nafsu Ammarah
Nafsu yang rendah dan jahat.berani melakukan kejahatan dan sukar ambil ikhtibar

2) Nafsu Lauwamah
Nafsu yg sudah sedar tapi masih lemah dan sering terpengaruh dgn dorongan nafsu

3) Nafsu Mulhamah
Nafsu kedudukan yg tidak tetap diantara NAFSU MUTMAINAH dan NAFSU MULHAMAH

4) Nafsu Mutmainah 
Nafsu jinak yang tunduk iaitu nafsu yang tenang

5) Nafsu Radhiah 
Nafsu yg mnerima dgn rela apa saja ketetapan dari Allah samada hukum hakam dan syariat

6) Nafsu Mardhiah 
Kedudukan mereka redha meredhai. Allah redha ke atas mereka dan mereka redha kepada Allah

7) Nafsu Kamilah 
Nafsu yang sempurna dan keinginan hanya kepada Allah semata mata. Nafsu ini di milik para nabi dan rasul.

Tak ramai dah org yang nak ambil tahu pasal peringkat nafsu ni, apalagi nak cari guru atau murabbi bagi membimbing diri untuk menundukan nafsu diri dan bersungguh sungguh dlm nafsu ini sudah tiada. Ramai orang bercita cita untuk masuk syurga tapi tak nak bersungguh sungguh untuk mendidik nafsu sekurang kurangnya memiliki nafsu mutmainnah, sedangkan hamba yang dijanjikan syurga itu adalah yang memiliki nafsu mutmainah. Wallahualam.

Sumber : Perkongsian dari group ws family.

Take note : Nafsu.. boleh dikatakan hampir setiap kali pergi ke pasar malam atau shopping kain baju, mesti aku akan sebut perkataan ' nafsu'. Kenapa? Sebab boleh dikatakan apa yang aku nampak, apa yang aku rasa berkenan, terus rasa nak dibelinya. tapi nasib baik akal masih berfungsi waras. Huhuuu aku akan sebut dalam hati.. "ishhh tak boleh.. tak boleh.. ni semua nafsu je.. nanti balik rumah bukan pakai sangat pun". Alhamdulillah, setakat ni menjadi lagi perang psiko dalam hati aku tu. Huhuuu.. semoga kita semua sama-sama dapat atasi rasa nafsu yang melembihi pemikiran akal kita. 


1 ulasan

  1. banyaknyaaa.. majoriti melemahkan kita. memang susah nak train nafsu..

    BalasPadam