04 Julai 2017

Air ketum


Ketum ialah sejenis tumbuhan yang banyak terdapat di Semenanjung Malaysia terutamanya di utara dan tengah Malaysia. Ketum juga terdapat di beberapa negara lain seperti di Afrika dan juga Selatan Thai. Ketum dikenali sebagai kratom di dalam bahasa Inggeris dan dikenali dengan pelbagai nama di Selatan Thai seperti Kakuam, Ithang atau Thom.

Apakah rupa pokok ketum?

Pokok daun ketum tumbuh dengan ketinggian 12-30 kaki tinggi dan 15 kaki lebar. Batang pokok ketum akan tumbuh menegak dan bercabang. Daunnya adalah berwarna hijau gelap dan bunganya berwarna kuning dan bulat serta cenderung untuk berkembang dalam kelompok.

Apakah khasiatnya dan bagaimana memprosesnya?

Sebelum kisah ketum ini viral pada tahun 2003 kerana kes ketagihan ketum, orang-orang dahulu menggunakan daun ketum sebagai ubat tradisional bagi memulihkan tenaga contohnya untuk wanita lepas bersalin. Cara untuk menyediakannya adalah dengan merebus daunnya dan airnya diminum sebagai pemulih tenaga, membuang angin di dalam badan dan merawat sakit belakang. Kebiasaannya, air ketum disimpan selama 2 hari sahaja kerana khasiatnya itu akan hilang selepas itu.

Daun ketum secara tradisinya dikunyah namun kesannya agak perlahan jika dibandingkan dengan air ketum. Ada juga sumber mengatakan, ketum digunakan sebagai ubat cirit-birit untuk bagi rawatan gangguan opioid dan ejakulasi pramatang ketika melakukan hubungan seks.

Apakah kesan sampingannya?

Oleh kerana kelebihannya ini, air ketum telah dijual secara meluas kepada pengguna biasa. Penggunaan air ketum yang tidak dikawal ini telah menyebabkan ketagihan terutamanya golongan remaja. Terdapat banyak berita di televisyen dan di dada-dada akhbar di mana pihak berkuasa juga telah acap kali melakukan operasi membasmi kegiatan ini.

Antara kesan sampingan akibat penggunaan air ketum adalah hilang selera makan dan berat badan, ejakulasi lambat, gelap kulit muka dan masalah usus. Ada di kalangan pengguna air ketum tegar melaporkan gejala seperti panas baran dan cepat marah, hidung berair dan cirit-birit. Terdapat kajian lain di Malaysia untuk pengguna air ketum tegar dimana mereka akan mengalami kejang otot dan sakit, sukar untuk tidur, demam, tiada selera makan dan mengalami masalah psikologi atau mental..

Mengikut kenyataan Pakar ketagihan dan saintis penyelidikan bersekutu, Yale University School of Medicine, Amerika Syarikat iaitu Dr. Mahmud Mazlan, kandungan alkaloid di dalam daun ketum yang memberi rangsangan akan hilang sekiranya air rebusan itu tidak lagi segar.

Bagaimanakah dengan tindakan undang-undang?

Terdapat usaha untuk meletakkan ketum di bawah Rang Undang-undang Dadah Berbahaya 1952 (Pindaan) 2014 oleh Timbalan Menteri Kesihatan(2015), Datuk Seri Hilmi Yahaya kerana Akta Racun 1952 yang ketika ini digunakan bagi mengawal penyalahgunaan daun ketum tidak cukup kuat untuk membasmi masalah penagihan dan pengedaran ketum ini.

Apakah pandangan Islam terhadap air ketum?

Di dalam Islam, meminum air ketum adalah tidak najis kerana ia adalah tumbuhan, sama seperti ganja.

Hukum meminum air ketum adalah haram kerana ia memberi peminum khayal dan menutup pemikiran waras akal manusia, sama seperti meminum arak dan segala jenis benda yang menghilangkan kewarasan manusia.

Melainkan, atas nasihat doktor, air ketum diperlukan bagi menyembuhkan penyakit, hukumnya jatuh kepada harus.

Sebagai manusia yang beriman dan waras akal fikiran, dinasihatkan kita mengelak daripada terjebak ke arah perkara yang merosakkan akal fikiran dan tubuh badan kerana menurut Hadis Riwayat Bukhari, Sesungguhnya kamu mempunyai tanggungjawab untuk menunaikan hak terhadap tubuh badan kamu.

Sumber : FB

Take Note : Aku pernah tengok pokok ketum, daun ketum, cara rebus ketum dan cara minum air ketum. Bagi aku, bagaimana cara kita minum itu bergentung pada diri kita sendiri. Untuk apa kita minum? Kenapa? Sebab apa? Semestinya kita tahu apa khasiat dan keburukan minum ketum, kan. Jadi terpulang pada diri kita. Setakat yang aku tahu, kalau minum tanpa sebarang campuran boleh dijadikan ubat. Yang bermasalahnya, apabila sebelum minum, kita campukan segala bagai khazanah dalam air ketum tersebut. Ada sesetengah orang campur ubat batuk, ada juga yang campur serbuk ubat nyamuk, ada juga yang campur air cola dan ada juga yang campur ais. Jujur cakap, aku pernah sekali minum air ketum ni. Kihkihkihhhhh.. saja je cuba minum waktu tu. Bukan salah kawan aku tau. Diaorang tak pelawa pun, tapi aku yang rela hati nak cuba setelah diceritakan serba sedikit khasiat air ketum ni. Mula-mula tu memang sebakul jugak diaorang membebel. Siap mengelak lagi sebab taknak bagi aku minum. Katanya taknak aku terpengaruh dengan peel tak semegah mereka tu. Huhuuu apa adahal, aku nak mencuba je. Niat dihati, minum untuk kesihatan. Okay, maka aku pun cuba minum. Fuhhhh nak termuntah ! baunya yg pior gila dan rasanya yang pahit gila. Memang gila!! Tapi bangun esok pagi memang badan rasa lega, segar sangat. 

Previous Post
Next Post

post written by:

Kurus dengan mudah dan sihat. 

Agent Sah Medina Desire. 

0 Pengkritik: