01 Julai 2017

Bahaya Makan Pedas Yang Berlebihan


Makanan pedas atau berempah sememangnya menjadi kegemaran masyarakat di Malaysia. Tidak sah jika sesuatu jenis makanan tidak dihidangkan dengan cili ataupun bahan yang membuatkan makanan tersebut menjadi pedas. Pakar gastroenterologist daripada India, Dr. SK Thakur berkata memakan makanan pedas boleh mengakibatkan seseorang itu mendapat beberapa penyakit yang serius.
Antara penyakit yang mungkin boleh dihidapi oleh mereka yang gemar memakan pedas berlebihan adalah seperti berikut : 

1) Meningkatkan Asid Perut
Rasa pedas cili itu sebenarnya dari kombinasi asid.Bila masuk dalam sistem pencernaan kadar asid akan meningkat.Bila anda makan makanan pedas sebenarnya menambah lagi jumlah asid di dalam perut.

2) Menyebabkan Gangguan Perut 
Peningkatan jumlah asid dalam perut yang ketara jika berterusan ini akan mengakibatkan individu itu akan mengalami gangguan sistem pencernaan .Ini akan menyebabkan mual,muntah-muntah,cirit-birit,demam dan sakit kepala.

3) Peradangan
Radang akan terjadi apabila terlalu kerap mengambil makanan pedas,berlanjutan hingga menyebabkan gangguan sistem pencernaan,dan menyebabkan perut terluka.Luka parah pada perut akan mengeluarkan nanah dan sakit yang luar biasa.Gejala ini akan mengakibatkan mual,muntah dan penurunan berat badan yang ketara.

4) Sukar Tidur Atau Insomnia
Makanan pedas meningkatkan suhu bdn dan badan akan berpeluh. Ini menyebabkan anda sukar tidur. Oleh itu, pengambilan makanan pedas ini disarankan adalah 3 atau 4 kali seminggu dengan kadar yang tidak terlalu tinggi.

Kesimpulannya, ia bergantung kepada anda jangan terlampau mengambil makanan pedas yang berlebihan, pada masakan pula jangan terlalu ketara pengambilan seperti cili dan rempah.


Previous Post
Next Post

post written by:

Kurus dengan mudah dan sihat. 

Agent Sah Medina Desire. 

2 ulasan:

  1. Saya memang tak tahan pedas.. Perut cepat meragam..

    BalasPadam