Nor Ain Rusli
Nor Ain Rusli

Aku Ikhlas Menyayangimu

Maafkan jika kehadiranku mencipta derita..
Antara engkau dan dia..
Sering kali hati ini bertanya..
Di mana silapnya..

Maafkan aku jika kehadiranku membuatkan dirimu tak selesa..
Ketahuilah olehmu..
Bukan niatku mencipta derita..
Namun aku menusia yg punya rasa cinta..
Dan rasa itu merupakan anugerah daripadaNya..

Jika kehadiranku..
Membuatkan engkau membenci padaku..
Aku terima kebencianmu..
Aku redha dengan ketentuan itu…
Namun satu yg aku mahu kau tahu…
Dulu, kini dan selamanya..
Aku tak pernah beniat merampasnya daripadamu..

Kisah kasih ini memerlukan dua insan..
Dan aku lah yg harus pergi dari kisah ini..
Dan itulah yg sedang aku laksanakan..
melepaskan segala rasa dan cinta yg pernah tercipta di hati..

Cukuplah sedetik cuma aku merasa bahagia..
Cukuplah pandangan serong orang yg kurasa
Jika inilah yg harus kuterima..
Aku redha dengan ketentuanya..

Aku manusia yg punya rasa
Getar hati anugerah yg maha esa
Kini ia memberikan derita
Pada dirimu dan dia..

Mulai saat ini..
Ku lepaskan hatinya..
Semoga engkau dapat mencipta bahagia..
Yang berkekalan selamya..

Jaga hatinya..
Sesunggahnya dia anugerah yag tak terhingga..
Usah mencipta alasan bersamanya
Kerana hanya keyakinan yg akan mencipta bahagia..

Maafkan diri ini..
Membuatkan air matamu menitis lagi
Usaha lah ada sangsi lagi…
Tentang cinta yg dia beri..

Usah lah ragu dengan dirinya
Kerana sejujurnya dia..
Amat mengasihimu..
Tak kira sejauh mana halangan menimpa untuk kau bersamanya..

Mafakan dirimu..
Ini mungkin yang terakhir buatmu..
Andai benci itu milik diriku…

Untuk kau tahu..
Aku tak kan memilih dia untuk bersama ku..


Tiada ulasan