Nor Ain Rusli
Nor Ain Rusli

Tips Untuk Move On Apabila Putus Cinta


Tak dinafikan zaman sekarang seorang muslimah, remaja, gadis bercinta sebelum nikah, sudah lumrah manusia mempunyai perasaan ingin disayangi dan dicintai oleh manusia

Cinta/couple macam best je bunyikan, terbayang seorang lelaki menaruh perasaan kepada perempuan, lalu bermula chatting, bergayut, couple, dating antara lelaki dan perempuan yang bukan mahram, dimulakan dengan salam, diakhiri dgn salam. Sungguh islamik, kan?

Bila tiada jodoh kita menyalahkn takdir Allah. kita berkata :

"Jika perpisahan membuatkan kita hilang arah, jadi apa tandanya Allah sayangkan kita?"

"Ustaz selalu kata Allah janjikan kebahagiaan untuk hambanya yang berdoa. Selama ni aku tak pernah berhenti berdoa, tapi mengapa Allah tetap menghukum aku dengan musibah yang benar benar membuatkan aku kecewa dan patah hati?"

Wahai muslimah,

Kasih sayang Allah itu ditunjukkan dalam pelbagai cara. Antaranya adalah dgn ujian. Ujian bertujuan mendidik hati agar dapat melatih jiwa supaya kuat dan kita tidak terlalu berharap kepada manusia dan cukuplah hanya berharap kepada Allah.

Antara cara untuk kita move on dan menerima segala takdir yang berlaku ialah :-

1. Bila kita kehilangan seseorang, jangan anggap ia sebagai 1 kehilangan, tapi sebagai 1 anugerah yang meringankan beban kita dalam perjalanan kehidupan.

2. Kadangkala bila kita tak dapat apa yang kita nak, kita harus akur bahawa Allah menetapkan bahawa perkara itu bukanlah yang terbaik buat kita

3. Move on kadangkala sangat menyakitkan, tapi tiada yang lebih menyakitkan dalam khidupan ini berbanding terperangkap dalam kehidupan yang bukan lagi milik kita

4. Mungkin Allah akan biarkan hati kita hancur berkali kali sampai kita rasa tiada ada lagi harapan di dunia ini dan itu akan membuat kita punya harapan hanya untuk Allah saja

5. Kebahagiaan kita yang sebenar apabila Allah tidak hilang dari hati kita

6. Ketika diri dibenci dan dilukai, tanyalah kembali kepada diri kita bergantung harap kepada siapa? Kepada apa kita terikat? Jika jawapan kita adalah Allah, inshaAllah, hati kita akan tenang dan menyerahkan kembali hal kelukaan hati kita kepada DIA.

7. Keimanan dan ketakwaan selalu diuji dengan cinta. Kadangkala kita perlu memilih melepaskan cinta kerana ia melemahkan keimanan dan itulah ujian paling berat bagi orang yang sedang jatuh cinta.

8. Belajarlah untuk lepaskan duka. Sekalipun kau rasa ia hati, jiwa luka rabak. Bila kita melepaskan, kita akan membuka ruang kepada perkara yang lebih baik untuk hadir dalam kehidupan kita.

9. Belajar melepaskan kenangan akan membuat kita berasa lega. Kerana kita akan sedar bahawa kita tak pernah memiliki apa apa pun di dunia ini. Semua bersebab dan semua juga pinjaman, begitu juga perasaan dan hati kita

10. Kadang Allah tahan permintaan kita kerana sewaktu kita meminta, kita dalam keadaan yang sangat jauh daripadaNya. Semakin kita berkehendak, semakin kita rapat pada Allah.

11. Simpankan dalam hati bahawa tiada penyesalan dalam pilihan, walau pilihan itu nanti menyebabkan kita terluka. Yang ada cuma hikmah dan pengajaran di atas pilihan yang telah dibuat, yang perlu kita cari apabila rasa kecewa.

12. Banyak memori di masa lalu yang kita harap dapat dihapuskan, tapi ia mustahil. Let it be. Berdoalah kepada Allah agar dikurniakan masa depan yang lebih baik.




3 ulasan

  1. tips yg berguna, selebihnya serah dkt Allah, dia tahu sgalanya hihih

    BalasPadam
  2. biarkan saja pergi.. better one will come =)

    CT follow sini..
    jemput singgah www.sitiyangmenaip.blogspot.com

    BalasPadam