10 Oktober 2015



Setiap apa yang kita lakukan diatas muka bumi ini pasti ada pantang larangnya. Begitu juga dalam hubungan suami isteri. Dalam hubungan suami isteri perlu ada pantang larang agar kehidupan yang dilalui bersama dipenuhi dengan kegembiraan dan bukan tangisan serta pergaduhan. Ikuti kupasan 6 pantang larang dalam hubungan suami isteri yang disampaikan oleh Ustaz Kazim Elias.

1. Jangan puji orang luar, jiran tetangga atau saudara mara secara berlebihan.

2. Hindar meninggikan suara?menjerit memanggil pasangan. Tegur dan nasihatlah dengan nada rendah agar tidak mengguris hati.

3. Usah lontarkan kritikan pedas yang mengguris perasaan pasangan. Sentiasa membuka hati untuk menerima pandangannya.

4. Jangan berbohong dengan pasangan. Tiada tempat dalam syurga untuk si pembohong kerana rumah pertama dalam syurga adalah bagi mereka yang bercakap benar.

5. Usah meninggalkan isteri tanpa alasan dan sebab yang munasabah. Elak juga menjauhkan diri daripada isteri walau ketika isteri sedang haid.

6. Bersedia untuk mengakui kesilapan yang dilakukan. Usah sesekali merasakan diri tidak bersalah/betul setiap masa.

Semoga bermanfaat

Previous Post
Next Post

post written by:

0 Pengkritik: