Nor Ain Rusli
Nor Ain Rusli

Renungan Jumaat yang indah


"Orang yang kamu sayang juga milik Allah,
mereka tetap akan pergi walau dengan cara yang menyakitkan.
Pujuklah hati, bersabarlah"

Aku tahu kau sayangkan aku.. aku juga sayangkan kau.. tapi aku milik Allah.. sama seperti kau.. kau dan kau.. bila tiba masanya nanti aku pasti akan pergi juga.. namun yang tak dapat aku pastikan ialah.. sama ada kau atau aku yang akan pergi terlebih dahulu.. aku tahu kau sayangkan aku.. aku juga begitu.. aku tahu kau impikan hidup berpanjangan disisi aku.. aku juga begitu.. tapi kita hanya merancang.. dan Dialah yang akan menentukan.. sesungguhnya sebaik-baik perancangan adalah perancangan dariNya untuk kita.. siapa kita.. kita tiada hak untuk menidakkan ketentuanNya.. belajar redha dan terima semuanya dengan ikhlas.. mungin dihati rasa payah.. tapi cuba ikhlaskan diri.. insyaAllah nanti segalanya akan dipermudahkan.. sesungguhnya apa yang berlaku pasti ada hikmah.. pandang dari sudut yang positif.. kehilangan aku nanti mungkin bukan menyedihkan kau sebaliknya menggembirakan.. mungkin bukan membuatkan kau sepi sebaliknya semakin meriah hidup kau nanti.. aku tahu masih ramai yang menyayangi kau selain aku.. hargai mereka yang menyayangi kau..hargai mereka yang ada disekeliling kau.. merekalah sumber kekuatan kau sebenarnya tanya kau sedar.. sesungguhnya walau kita terpisah nanti.. kau tetap utuh dihati aku..

12 ulasan

  1. salam jumaat..kasih sayang Allah itu lebih lebih lagi..dan kita walau pahit..meredhakan..

    BalasPadam
  2. Salam Jumaat..sabar dan redha. Blogwalking kat sini hari ini.

    Akak ada buat simple review di sini.. http://eetasams.blogspot.my/2015/10/post-31blogwalking-di-hari-jumaat-30.html

    BalasPadam
  3. terima dgn ikhlas dan redha...salam jumaat

    BalasPadam
  4. Setiap yang berlaku tu dah tertulis oleh Allah…kita sebagai umatnya kena pasrah dan redha..InsyaAllah :D

    BalasPadam
  5. Salam jumaat dik..
    Sayang tu kan milik Allah..
    Apa yang kita.dapat dan miliki itu hanyalah pinjaman semata-mata..

    Jom sembang dik

    http://sweetyzhanieyz83.blogspot.my/2015/10/jom-sembang-blogger-hari-2-bersama-44.html?m=1

    BalasPadam