30 Oktober 2015

Stress | Macam mana nak buang iklan yang menyemakkan

Assalamualaikum

Nampak tak tajuk dekat atas tu? Ye, memang aku tengah stress dengan kehadiran iklan yang menyemakkan google chrome, mozilla firefox dan Torch aku dua tiga hari ni. Aku tak pasti samaada aku sorang je yang menghadapi masalah ni ataupun korang pun mengalami masalah yang sama. yang penting sekarang aku stress dengan iklan tu semua. Memberatkan lagi loding aku.


Nampak tak anak panah kaler merah tu? Hah tu lah antara iklan-iklan sesat yang muncul. Tak kiralah aku sedang blogging ke, twitter ke, tagged ke, bla bla bla ke, iklan-iklan tu memang akan muncul. Kalau macam aku sedang blogwalking, iklan tu pun tetap akan muncul jugak. Entah! Aku pun tak tahu macam mana iklan tu boleh wujud dalam dunia maya aku ni. 



Dari lima dah tinggal empat? Hah, itu disebabkan aku tekan pangkal iklan tu. Hurmmmm tapi kebiasaannya, bila aku tekan pangkah, mesti automatik akan ke new page. Maksudnya, secara automatik aku akan ke page iklan yang dipaparkan tu. Ishhh sakit pulak hati aku.


Aku terpaksa pangkah iklan tu satu persatu. Giler kau stress! Susah weh nak tekan pangkah tu. Iklan yang paling atas sebelah kanan tu lah yang paling susah nak pangkah. Asal tekan ke new page, asal tekan je new page. Sakit pulak hati aku. Berapa kali entah aku automatik ke new page bila tekan pangkah tu.



Untuk yang anak panah tu pulak memang aku langsung tak boleh nak hide kan. Macam mana nak hide kalau buttun pangkah pun tade. Dah sasau aku mencari tapi tade pun.

Sebenarnya aku pelik, macam mana iklan-iklan ni boleh muncul. Adakah aku saja yang mengalami masalah ni? Korang ada tak yang berdepan dengan masalah yang sama? Macam mana nak delete terus iklan-iklan tu erk? Aku try juga mencari penyelesaiannya tapi tak jumpa pun. Bila dah jadi macam ni, memang sangat mengganggu untuk aku blogging dan bertweet-tweet. Nak settlekan iklan-iklan ni pun dah hampir 15 minit. Itu yang membuatkan aku rasa malas nak blogging. 

Ada sesiapa yang tahu tak kenapa jadi macam ni dan macam mana nak settlekan masalah ni. Mohon otai-otai yang sudi semoga dapat membantu. Dah stress tahap gaban dah ni. Aku ingatkan dua tiga hari je masalah ni, lepas tu iklan-iklan ni akan hilang dengan sendiri tapi macam meleset je pemikiran aku tu. Sebab sampai ke hari ni iklan-iklan tu masih lagi menyibuk.

Iklan-iklan tu semuanya dari Sonic Train Ads
Mohon bantuan kawan-kawan yang tahu untuk membantu.

Previous Post
Next Post

post written by:

20 ulasan:

  1. cuba reset google chrome, clean cookies dan browsing data, download malware, dan delete extension dekat google chrome.
    Lissa pernah kena macam tu.. lepas rajin clean cookies dan clean malware, Alhamdulillah tiada iklann menyemak lagi.. hehe

    BalasPadam
  2. cik en bukak sni xde la plk iklan2 tu..

    Jemput singgah blog Nurfuzie.com
    Tinggal kurang 24 jam lagi berakhirnya Give Away Nurfuzie Dot Com #1 Bernilai RM1000. Moh kita join
    Dan pencarian Pencarian Bloglist Nurfuzie Dot Com #2

    BalasPadam
    Balasan
    1. Laa ye ke cik en. maybe prob nye pada lappy sy kowt

      Padam
  3. Fida pun tak nampak iklan dalam blog sis..Rasanya sis sendiri kot yang nampak..

    BalasPadam
  4. Hi Ucing pun tak nampak.cuba pakai Antivirus (avast free edition).

    BalasPadam
    Balasan
    1. Dah pakai antivirus.. still sama jugak

      Padam
  5. salam... rasanya ni masalah kat google chorme awk... cuba buka setting>extension

    pastu tgk ad tak extension pricechop.. kalau ad disable kan extension tu...

    Salam kenal ya.. http://duniakita94.blogspot.my/

    BalasPadam
    Balasan
    1. Thanks Ikhwan. Sangat sangat membantu

      Padam
  6. Bila akak buka blog adik..clear je alhamdulillah..

    BalasPadam
  7. pernah jugak jadi macam ni, tak tahu nak buat macam mana sabo jela

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alhamdulilllah dah berjaya hapuskan kak (=

      Padam
  8. Alahai..iklan sesat ni..tak dapek nak nolong sbb failed bab2 mcmni..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Huhuuu tu lah pasal kak..
      Tak tahu dari mana muncul..

      Padam
  9. Dah setel ke masalah iklan tu ?..Memang stress nak kena pangkah satu2 kan..? Salam kenal n done follow sini

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alhamdulillah dah ok..
      Thanks dekat blogger otai yg membantu (=

      Padam